Ingredients

  • Serves 2 people
  • 2 gumpal mee sua kering

  • ¼ kepala kubis

    (diparut)

  • ½ biji lobak

    (dikupas dan dipotong julienne)

  • 1 cawan tauge

    (dipotong)

  • 1 biji cili merah merah

    (dibuang biji dan dipotong julienne)

  • ½ biji bawang kuning

    (dikupas dan dihiris nipis)

  • 4 ulas bawang putih

  • 2 sudu kecil kicap soya cair

  • 1 sudu besar sos tiram

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • 1 sudu kecil gula

  • sedikit serbuk lada putih

  • secubit garam

  • 80 ml air

  • minyak sayuran secukupnya untuk menggoreng celur

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Sarah Huang Benjamin

Episod 2: Me Sua, Adakah Perlu Untuk Digoreng Celur Terlebih Dahulu?

{{totalReview}}
Hidangan mee sua goreng yang wangi ini biasanya dihidang di meja perayaan keluarga Hokkien, kerana ia memerlukan sedikit kemahiran teknikal untuk dimasak dengan sempurna. Ia adalah makanan rumah yang selesa, menampilkan kemahiran mengguna wok dan pengawalan suhu, jadi masaklah hidangan ini untuk insan yang paling disayangi.
  • Mudah
  • 25 min
  • 25 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 25 min
  • 25 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Goreng celur mee sua

    • Dalam wok atau kuali besar, panaskan minyak sayuran secukupnya untuk menggoreng celur mee sua.

    • Uji kepanasan minyak dengan memasukkan secebis mee. Ia sepatutnya berbuih dan bertukar perang keemasan dalam 15 saat. Ini maknanya minyak sudah cukup panas.

    • Masukkan gumpalan mee sua, terbalikkan supaya kedua-dua belah mee digoreng sekata.

    • Keluarkan mee dan bila minyak diserap dalam pinggan beralaskan tisu dapur.

    • Letak mee yang digoreng dalam mangkuk dan tuang air mendidih ke atasnya. Biar mee direndam sampai lembut selama 30 saat - 1 minit.

    • Bila sudah lembut dan terlerai, tapis mee dan biarkan kering.

    (Jika anda tidak mahu menggoreng celur mee sua, resipi ini juga boleh diguna untuk bihun goreng (vermisili beras). Hanya perlu rendam bihun dalam air sejuk sampai lembut sebelum digoreng.)

    Goreng celur mee sua


  2. Goreng kilas mee sua

    • Dalam mangkuk, campurkan kicap soya cair, sos tiram, gula, minyak bijan, lada putih, garam dan air.

    • Tuang minyak keluar dari kuali, tinggalkan 2 sudu kecil sahaja. Naikkan api tinggi.

    • Tumis bawang putih dan hirisan bawang sampai naik bau. Tambah kubis dan lobak dan tumis sampai lembut.

    • Tambah tauge, kemudian cili merah dan goreng sehingga sedikit lembut.

    • Sekarang, masukkan mee sua yang sudah dilembutkan. Goreng semua bahan sampai sebati.

    • Tuangkan campuran sos, dan goreng sehingga sos diserap oleh mee dan bahan-bahan lain.

    (Hidangan vegetarian ini sesuai digandingkan dengan sumber protein, tetapi anda juga boleh tambahkan ayam atau daging lain ke dalam kuali semasa menggoreng untuk menghasilkan hidangan lengkap.)

    Goreng kilas mee sua


Hias dan Hidang!

Hidang serta-merta, dihias dengan bawang goreng atau daun ketumbar jika anda suka.

(Untuk sentuhan lebih mewah, goreng mee sua dengan cendawan dan isi ketam, diperisakan dengan sedikit sos ikan.)

Hias dan Hidang!

Saya suka jalan pintas, kerana saya gemarkan kemudahan sama seperti orang lain. Jadi, saya ingin bereksperimen. Adakah saya perlu ikut langkah ekstra untuk menggoreng celur Mee Sua, atau saya boleh ambil jalan pintas hanya dengan menggoreng kilas terus? Mari kita lihat. Pertama, rendam kedua-duanya dalam air panas selama seminit untuk dilembutkan. Jika anda gemarkan mee seperti saya, dan ada beberapa perkara tentang mee yang anda ingin ketahui dengan lebih lanjut, bersama saya di dapur agar kita boleh jadikan kehidupan ini lebih mudah dan lebih sedap. Sekarang, mari kita masak mee.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Serves 2 people
    • 2 gumpal mee sua kering

    • ¼ kepala kubis

      (diparut)

    • ½ biji lobak

      (dikupas dan dipotong julienne)

    • 1 cawan tauge

      (dipotong)

    • 1 biji cili merah merah

      (dibuang biji dan dipotong julienne)

    • ½ biji bawang kuning

      (dikupas dan dihiris nipis)

    • 4 ulas bawang putih

    • 2 sudu kecil kicap soya cair

    • 1 sudu besar sos tiram

    • 1 sudu kecil minyak bijan

    • 1 sudu kecil gula

    • sedikit serbuk lada putih

    • secubit garam

    • 80 ml air

    • minyak sayuran secukupnya untuk menggoreng celur

    Pemakanan
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.