Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 6-8 orang
  • 1 cawan tepung serba guna

  • 1 sudu besar gula pasir

  • 1 cawan susu 2%

  • 2 biji telur besar

  • 3 sudu besar minyak sayuran

  • ½ cawan soda berkarbonat

  • sos nanas:

    ¾ cawan gula pasir

     

  • sedikit air

  • ¼ cawan mentega

  • 2 cawan nanas segar dipotong dadu

  • jus 1 biji limau

  • 1 sudu kecil esen vanila

  • aiskrim vanila dan raspberi segar

    (untuk hiasan, pilihan)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Episod 2: Krep

{{totalReview}}
Ini adalah sejenis krep seperti Crepes Suzette, pencuci mulut klasik Perancis di mana krep disediakan di tepi meja dalam sos oren. Di sini saya panaskan krep dalam sos nanas karamel dan tambahkan aiskrim dan raspebri segar di atasnya.
  • Mudah
  • 15 min
  • 30 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 30 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Buat tepung bater

    • Untuk krep, pukul tepung dan gula dalam mangkuk dan masukkan susu, telur dan minyak.

    • Dinginkan selama sejam sebelum membuat krep. Sebelum sedia untuk dimasak, masukkan soda berkarbonat (bater akan menjadi cair).



  2. Masak krep

    • Panaskan kuali krep atau kuali tidak melekat dengan api sederhana dan griskan sedikit.

    • Ceduk sedikit tepung bater di tengah-tengah kuali dan pusingkan kuali supaya bater menyaluti setiap permukaan dengan sama rata.

    • Letak semula kuali di atas api dan masak sehingga permukaan bater nampak kering (matte).

    • Anda mungkin selaraskan tahap kepanasan api dan jumlah bater untuk dapatkan hasil yang “betul”.

    • Alihkan krep ke atas dulang pembakar beralas kertas pacmen dan teruskan membuat krep dengan baki tepung bater, sambil kuali digris untuk setiap krep.

    • Selepas krep sudah sejuk, ia boleh ditindihkan dan dibungkus dalam pembalut plastik.

    • Jika mahu menggunakan krep pada hari sama, biarkan ia pada suhu bilik.

    • Jika anda menggunakannya di masa lain, sejuk bekukan dan nyah beku di kaunter dapur bila perlu.



  3. Susun krep

    • Untuk menyediakan pencuci mulut, sediakan dan atur bahan siap-siap bila anda mahu masak dan sajikan krep serta-merta di depan tetamu.

    • Lipat krep mengikut suku saiznya dan aturkan di atas pinggan.



  4. Buat sos nanas

    • Masukkan gula dan air dalam kuali dengan api tinggi. Biarkan gula cair dan berbuih (goyangkan kuali sedikit untuk pastikan gula cari sama-rata) sehingga ia mula menjadi karamel, selama 90 saat hingga 2 minit.

    • Masukkan mentega dan kacau secara kuat dengan sudu kayu. Sebaik saja mentega cair, masukkan nanas, jus limau dan esen vanila dan panaskan semula sampai mendidih dengan api tinggi, sambil mengacau perlahan-lahan.

    • Tolak nanas ke bahagian tepi kuali dan gunakan penyepit untuk masukkan beberapa krep dan menyapunya di dalam sos supaya ia menjadi panas.



Saji dan Hidang!

Susun 2 keping krep yang telah dipanaskan dalam setiap pinggan dan letak sos nanas diatasnya. Tambahkan satu skup aiskrim dalam setiap pinggan dan taburkan buah raspberi. Hidang serta-merta.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 6-8 orang
    • 1 cawan tepung serba guna

    • 1 sudu besar gula pasir

    • 1 cawan susu 2%

    • 2 biji telur besar

    • 3 sudu besar minyak sayuran

    • ½ cawan soda berkarbonat

    • sos nanas:

      ¾ cawan gula pasir

       

    • sedikit air

    • ¼ cawan mentega

    • 2 cawan nanas segar dipotong dadu

    • jus 1 biji limau

    • 1 sudu kecil esen vanila

    • aiskrim vanila dan raspberi segar

      (untuk hiasan, pilihan)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki