Inspirasi bersama Anna Olson

Dapatkan inspirasi bersama Anna Olson sambil beliau berkongsi dengan anda cara-cara menyediakan manisan enak, hidangan utama dan banyak lagi. Mengambil inspirasi daripada penjelajahan ke serata tempat dan bertemu dengan berbilang chef, ini adalah resipi-resipi yang mengingatkan beliau terhadap semua tukang masak hebat dan keenakan masakan mereka.

Dapatkan Resipi

Resipi-resipi yang enak dan mudah dimasak daripada hidangan inspirasi Anna dari seluruh pelusuk Asia Tenggara.

resipi

Puding Karamel Limau

Pencuci mulut ini diinspirasikan oleh sajian manis yang sentiasa saya cari setiap kali berada di Filipina: Tocino del Cielo. Jika anda tidak pernah makan, rasanya seperti flan Sepanyol atau puding karamel yang manis, dan saya tambah zes limau dalam resipi ini, kerana saya juga adalah penggemar limau kasturi dari Filipina. Tocino del Cielo asli selalunya bersaiz kecil, dengan rasa yang padat kerana dibuat daripada kuning telur & gula. Resipi puding saya juga sama padat, jadi pencuci mulut bersaiz kecil adalah amaun yang sempurna.
resipi

Kepak Ayam Bersalut Mapel dan Cuka

Cuba campuran serbuk rempah ini pada makanan panggang lain yang anda gemar: dada ayam, tenderloin daging babi, atau boleh juga dicampurkan dalam daging cincang untuk buat burger.
resipi

Ayam Paprikash

Aroma yang enak dan mudah disediakan, paprikash ayam memberikan anda kepuasan sehingga suapan terakhir.
resipi

Krep

Ini adalah sejenis krep seperti Crepes Suzette, pencuci mulut klasik Perancis di mana krep disediakan di tepi meja dalam sos oren. Di sini saya panaskan krep dalam sos nanas karamel dan tambahkan aiskrim dan raspebri segar di atasnya.
resipi

Rosette Cookies

Enak, dengan kerangupan yang mencukupi. Biskut roset sedap dinikmati pada hari yang sama ia dihasilkan.
Above 60 mins

Granita Espreso Dengan Krim Kelapa

Sajian berais ini sangat menyegarkan pada hari panas.
Mushroom

Ayam Panggang Dengan Cendawan

Ayam panggang dengan cendawan adalah makanan selesa untuk saya. Memasak hidangan ini dalam belanga memberikan perisa enak dan isi ayam yang lembut dan empuk.
resipi

Wafel Mapel Dengan Kacang Manis & Masin

Rasa manis yang enak dengan tekstur rangup sedikit masin, wafel mapel ini mudah dibuat, gebu, rangup, dengan semua tekstur dan perisa yang menepati citarasa.
Egg

Kek Lobak Kukus

Inspirasi saya untuk sajian pencuci mulut ini sebenarnya bukanlah pencuci mulut, tetapi disebabkan satu nama. Bila melawat pusat penjaja di Singapura, saya suka menikmati “kek lobak” yang sebenarnya adalah hidangan sampingan lobak putih daikon kukus dan paling hampir dengan sejenis pencuci mulut. Saya sukakan idea tentang apa yang saya tahu berkenaan kek lobak adalah berbeza dengan versi penjaja, jadi saya hasilkan pencuci mulut di mana kek lobak ini lebih hampir dari segi perisa dengan pencuci mulut yang selalu saya makan ketika membesar, tetapi dengan inspirasi yang diambil daripada teknik kukusan, dan sedikit tambahan rempah savuri.

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.