Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • Kuah salad:

    2 ulas bawang putih(dicincang)

     

  • 2 biji cili padi(dihiris)

  • 2 sudu besar halia cincang

  • 5 sudu besar sos ikan

  • 4 biji limau kasturi(jus diperah)

  • 4 sudu besar air

  • 2 sudu besar gula

  • 2 sudu kecil minyak

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • 2 sudu besar cuka putih

  • Salad:

    500 g udang kecil, dibuang kulit dan direbus(udang boleh diganti dengan hirisan sotong, hirisan daging lembu atau potongan ayam)

  • 2 gumpal tang hoon kering

    (tang hoon boleh diganti dengan mee hoon)

  • 100 g tauge

  • 1 biji lobak

    (diparut atau dipotong julienne)

  • 2 sudu besar daun pudina(dipotong)

  • 3 helai daun bawang(dihiris nipis)

  • ½ cawan daun ketumbar dipotong (sebagai hiasan)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Salad Udang dan Tang Hoon Vietnam

Segar dan lazat, Salad Udang dan Tang Hoon Vietnam adalah hidangan yang akan menambahkan perisa dalam menu makanan harian anda. Resipi asli dari Vietnam ini mempunyai tekstur dan lapisan-lapisan perisa hasil daripada gabungan herba dan sayuran segar, ditambah dengan jus limau kasturi dan sos ikan. Perkara yang menarik tentang hidangan ini? Anda boleh sediakannya dengan awal dan simpan di dalam peti sejuk untuk dimakan pada bila-bila masa!
  • Mudah
  • 30 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 15 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 15 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 10 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Buat kuah salad

    • Campurkan semua bahan-bahan kuah salad dan ketepikan. Kuah salad juga boleh didinginkan dalam peti sejuk.


  2. Sediakan udang, tang hoon dan tauge

    • Perap udang dalam ¼ cawan kuah salad.

    • Rendam tang hoon dalam air yang baru mendidih sehingga menjadi lutsinar.

    • Tapis dan rendam tang hoon dalam air sejuk, tapis dan ketepikan.

    • Letak tauge dalam penapis dan tuangkan air yang baru mendidih dari cerek. Kemudian bilas tauge dengan air sejuk dan tapis dengan menggoncangkan penapis supaya  tauge tidak basah.

    Sediakan udang, tang hoon dan tauge


  3. Gaulkan salad

    • Gunakan mangkuk besar untuk menggaul udang yang diperap dengan tang hoon bertapis, daun bawang, tauge dan lobak.

    • Campurkan 2 sudu besar kuah salad; tambah lebih banyak kuah salad mengikut citarasa.

     Gaulkan salad


Saji dan Hidang!

Taburkan potongan daun ketumbar dan daun pudina sebelum salad diletak dalam pinggan hidangan.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • Kuah salad:

    2 ulas bawang putih(dicincang)

     

  • 2 biji cili padi(dihiris)

  • 2 sudu besar halia cincang

  • 5 sudu besar sos ikan

  • 4 biji limau kasturi(jus diperah)

  • 4 sudu besar air

  • 2 sudu besar gula

  • 2 sudu kecil minyak

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • 2 sudu besar cuka putih

  • Salad:

    500 g udang kecil, dibuang kulit dan direbus(udang boleh diganti dengan hirisan sotong, hirisan daging lembu atau potongan ayam)

  • 2 gumpal tang hoon kering

    (tang hoon boleh diganti dengan mee hoon)

  • 100 g tauge

  • 1 biji lobak

    (diparut atau dipotong julienne)

  • 2 sudu besar daun pudina(dipotong)

  • 3 helai daun bawang(dihiris nipis)

  • ½ cawan daun ketumbar dipotong (sebagai hiasan)

Pemakanan

Saiz Hidangan: grams

Hidangan Untuk Setiap Resipi: 4

Chicken is tasty
Mala is spicy
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.