Bahan-Bahan

  • 16 ketul
  • 350 g paha ayam tanpa kulit (dipotong saiz suapan)

  • 16 helai daun pandan

  • 4 batang akar ketumbar

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 ½ sudu besar santan (boleh digantikan dengan krim kelapa)

  • ¼ sudu kecil biji lada putih

  • 1 sudu besar air asam jawa

  • 1 sudu besar + 1 sudu kecil sos kicap cair

  • 3 sudu besar sos kicap manis

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 70 g gula kabung (boleh gunakan juga gula biasa)

  • 1 sudu besar sos pedas Sriracha (boleh digantikan dengan sos cili)

  • ½ sudu kecil biji bijan putih

  • Minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Pandan Thai

Diserikan dengan kemanisan dan keharuman daun pandan, Ayam Pandan Thai adalah sajian pembukaan atau makanan cekut yang sesuai untuk parti (atau makan malam). Anda hanya perlukan beberapa helai daun pandan, ketulan ayam dan variasi bahan-bahan yang mudah untuk didapati di pasaraya! Untuk menjimatkan masa, perap ayam pada malam sebelumnya dan simpan di dalam peti sejuk.
  • Mudah
  • 45 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Perap ayam

    • Menggunakan alat penumbuk, tumbuk dan kisar akar ketumbar, bawang putih, biji lada putih, 1 susu kecil sos kicap cair, 2 sudu besar sos tiram dan 1 ½ sudu besar krim kelapa sehingga sebati.
    • Dalam sebuah mangkuk, campurkan ayam bersama perapan tadi sehingga sekata. Biarkan ia perap selama 30 minit.
    Perap ayam


  2. Sediakan sos pencicah

    • Dalam kuali kecil dengan suhu tinggi, campurkan gula kabung, 1 sudu besar sos kicap manis, 1 sudu besar sos kicap cair, 1 sudu besar sos pedas sriracha dan 1 sudu besar air asam jawa sehingga gula cair dan sos itu memekat. Biarkan ia sejuk dan tuang ke dalam mangkuk sos.


  3. Balut ayam yang telah diperap

    • Pintal bahagian tengah daun pandan (dengan kedua-dua bahagian hujung melekat ke arah luar).
    • Ambil satu ketulan kecil ayam yang telah diperap dan balut dengan daun pandan itu. Potong bahagian daun berlebihan. Ulang sehingga ayam habis.
    Balut ayam yang telah diperap


  4. Goreng ayam pandan

    • Dalam kuali atau periuk dengan api sederhana-tinggi, panaskan minyak untuk menggoreng dalam. Bila minyak sudah panas, lebih kurang 180C, gorengkan ayam pandan selama 3-4 minit sehingga ayam menjadi coklat keemasan.
    • Keluarkan ayam pandan daripada minyak panas dan letakkan di atas pinggan beralas tuala kertas  untuk menapis minyak.
    Goreng ayam pandan


Saji dan Hidang!

Sajikan ayam pandan Thai di atas pinggan sajian. Taburkan biji bijan di atas sos pencicah. Hidangkan ketika panas bersama sos pencicah di sisi.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • 16 ketul
  • 350 g paha ayam tanpa kulit (dipotong saiz suapan)

  • 16 helai daun pandan

  • 4 batang akar ketumbar

  • 2 ulas bawang putih

  • 1 ½ sudu besar santan (boleh digantikan dengan krim kelapa)

  • ¼ sudu kecil biji lada putih

  • 1 sudu besar air asam jawa

  • 1 sudu besar + 1 sudu kecil sos kicap cair

  • 3 sudu besar sos kicap manis

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 70 g gula kabung (boleh gunakan juga gula biasa)

  • 1 sudu besar sos pedas Sriracha (boleh digantikan dengan sos cili)

  • ½ sudu kecil biji bijan putih

  • Minyak sayuran

Pemakanan

Saiz Hidangan: grams

Hidangan Untuk Setiap Resipi: 16

Chicken is tasty
Snort turmeric
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.