Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 350 g beras risotto Arborio

  • 1 - 2 sudu besar pes tom yam (Setiap jenama pes tom yam mengandungi kandungan garam berbeza, mulakan dengan menggunakan 1 sudu besar dahulu. Ketika nasi sedang dimasak, rasa dan tambah lagi jika anda mahukan lebih perisa.)

  • 1.2 L stok ikan

  • 12 - 16 ekor udang harimau (buang kulit tetapi tinggalkan kepala)

  • 2 cawan tomato ceri 

    (dipotong setengah)

  • 2 cawan cendawan tiram

  • 4 helai daun limau purut

  • 2 batang serai 

    (dipotong sedikit dan diketuk)

  • 2 sudu besar minyak sayuran

  • daun ketumbar segar 

    (untuk hiasan)

  • potongan limau 

    (untuk hiasan)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Sarah Huang Benjamin

Risotto Tom Yam Satu Periuk

{{totalReview}}
Risotto adalah sajian satu periuk yang sempurna untuk mengagumkan tetamu anda. Hidangan ini menampilkan perisa Thai, menggabungkan sup tom yam klasik bersama risotto yang cukup menyelerakan. Berikan citarasa anda sendiri bila bereksperimen dengan elemen yang lain.
  • Mudah
  • 20 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 11 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 11 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 30 min
  • 15 min

Cara membuat

  1. Masak nasi

    • Panaskan kuali dalam dengan api sederhana, dan tambahkan minyak sayuran.
    • Tumis serai dan daun limau purut sehingga beraroma. Ia mengambil masa 2 minit.
    • Tinggikan api dan tambah beras arborio. Masak beras dalam minyak aromatik sehingga menjadi sedikit perang keemasan.

    | Berbeza dengan beras Asia, air perlu dimasukkan secara beransur-ansur, sambil beras itu dikacau. Ini untuk membenarkan kanji semula jadi di dalam beras untuk keluar dan memekatkan sos, membuatkannya lebih menyelerakan. Oleh itu, jangan bilas beras ketika anda memasak risotto



  2. Masak risotto

    • Bahagi 6 stok ikan dan tambah ke dalam beras, kacau sehingga stok telah diserap oleh beras setiap kali.
    • Untuk bahagian stok ikan terakhir, kacau bersama cendawan tiram dan tomato ceri.

    | Untuk membuat risotto tom yam ayam, gantikan udang dengan hirisan dada ayam, dan gantikan stok ikan dengan stok ayam.  Untuk memasak risotto vegan pula, gantikan pes tom yam dengan pes tomato, dan gantikan stok ikan dengan stok sayuran. Jangan lupa untuk perisakan dengan garam, gula dan jus limau!

    Masak risotto


  3. Masak udang

    • Letak udang di atas risotto, dan tutup kuali untuk mengukus udang selama 5 - 7 minit.
    • Apabila anda membuka kuali, udang itu sepatutnya sudah masak dan hampir semua stok itu telah diserap.

    | Jika anda tidak mahu menggunakan udang, anda boleh menggantikan dengan makanan laut lain seperti kepingan ikan, kupang atau kerang.

    Masak udang


Saji dan Hidang!

Gaulkan bersama daun ketumbar segar, dan perahkan limau segar sebelum dihidangkan! | Jika anda mahu tambah rasa pedas, tambahkan potongan cili padi di dalam pes tom yam.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 350 g beras risotto Arborio

    • 1 - 2 sudu besar pes tom yam (Setiap jenama pes tom yam mengandungi kandungan garam berbeza, mulakan dengan menggunakan 1 sudu besar dahulu. Ketika nasi sedang dimasak, rasa dan tambah lagi jika anda mahukan lebih perisa.)

    • 1.2 L stok ikan

    • 12 - 16 ekor udang harimau (buang kulit tetapi tinggalkan kepala)

    • 2 cawan tomato ceri 

      (dipotong setengah)

    • 2 cawan cendawan tiram

    • 4 helai daun limau purut

    • 2 batang serai 

      (dipotong sedikit dan diketuk)

    • 2 sudu besar minyak sayuran

    • daun ketumbar segar 

      (untuk hiasan)

    • potongan limau 

      (untuk hiasan)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki