Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 4 biji mangga hijau thai(diparut)

  • ½ sudu besar udang kering(direndam dan ditapis)

  • 8 biji tomato ceri(dipotong suku)

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 biji limau(diperah)

  • 2 biji cili padi(dibelah dua)

  • 4 sudu besar sos ikan

  • 2 sudu besar gula melaka

  • 4 sudu besar kacang hancur

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Kerabu Mangga Thai Manis & Pedas (Som Tum Mamuang)

Kerabu yang mudah dan cepat disediakan, juga dikenali dengan nama Som Tum Mamuang mempunyai rasa manis dan pedas yang seimbang.
  • Mudah
  • 30 min
  • 0 min
  • 5 min
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 0 min
  • 5 min

Kerabu Mangga Thai Manis & Pedas (Som Tum Mamuang)

Kerabu Mangga Thai yang Menyegarkan

Padat dengan perisa tropika, ramuan bahan-bahan segar dalam Kerabu Mangga Thai akan memuaskan selera ramai. Terdiri daripada komponen seperti rasa pedas, manis, masam dan masin yang harmoni, profil perisa hidangan yang ringkas ini sangat mengagumkan. Dengan berpandukan resipi kami, anda boleh menyediakan hidangan ringkas ini secara mudah di rumah. Hidangan ini tetap akan berhasil dengan sempurna, walaupun anda bereksperimen dengan bahan-bahan atau cara penyediaan dengan menukarkan gaya potongan atau gaya memasak.

Kerabu yang menyegarkan ini boleh diubah mengikut pelbagai cara untuk menepati citarasa anda dan juga mengikut apa saja bahan tersedia. Mangga hijau Thai terkenal kerana kerangupannya bagaikan buah epal, dan rasanya yang berlemak. Sebab itu mangga muda juga boleh digunakan untuk resipi ini. Sekiranya anda hanya ada mangga kuning yang telah masak, rasa manisnya boleh diseimbangkan dengan perahan jus limau ekstra.

Resipi yang ringkas dan versatil ini membolehkan bahan-bahannya ditukar ganti secara mudah. Anda gemarkan rasa manis? Tambahkan jumlah gula. Gula melaka juga boleh ditukar dengan gula perang atau madu. Anda mahukan resipi versi vegan atau vegetarian? Hanya perlu keluarkan udang kering dan gantikan sos ikan dengan air asam jawa, kicap soya, tamari atau amino kelapa. Setiap bahan ada gantian alternatif.

Cara penyediaan bahan-bahan juga boleh memberikan hasil berbeza. Selain daripada mangga dipotong julienne atau diparut, cuba potong menjadi dadu. Bukan sahaja sos akan diperap pada seluruh permukaan mangga, teksturnya yang lembut dan rangup juga akan memberikan keseronokan dalam setiap kunyahan.

Kerabu ringkas dan mudah ini pasti menjadi kegemaran ramai dengan rasa manis dan pedas yang seimbang. Sama ada disediakan di saat akhir sebagai hidangan sampingan, disajikan sebagai “palate-cleanser”, atau dijadikan sebagai pembuka selera, Som Tum Mamuang pasti menjadi hidangan menyelerakan dalam apa-apa menu.

 

Soalan Sering Ditanya berkenaan Kerabu Mangga Thai

1. Bolehkah saya tukarkan mangga hijau Thai dengan betik muda?

Semestinya! Betik muda biasanya digunakan untuk hidangan ini. Mangga hijau Thai diganti dengan betik muda akan menghasilkan Som Tum, kerabu betik muda Thai. Pastikan mangga tidak terlalu ranum supaya isinya masih rangup.

2. Bolehkah saya gantikan udang kering?

Sudah pasti! Apa-apa bahan yang boleh memberikan rasa umami atau bergaram boleh digunakan. Cuma tambahkan ikan bilis kering atau eksperimen dengan jumlah sos ikan untuk mendapatkan tahap kemasinan yang anda gemar. Untuk vegetarian dan vegan, jangan bimbang. Sos tiram vegetarian boleh diguna sebagai ganti.

3.Bolehkah saya simpan Kerabu Mangga Thai dalam peti sejuk dan panaskan semula pada hari esok?

Kerabu Mangga Thai boleh kekal segar dalam peti sejuk selama dua hari di dalam bekas kedap udara. Kacang akan menjadi kembang kerana menyerap sos ikan dan jus limau yang enak, jadi anda boleh asingkan kacang dan hanya tambahkan bila sedia untuk dihidang.

4. Apa yang sesuai dihidangkan bersama Kerabu Mangga Thai?

Sos ringkas yang terdiri daripada gula melaka, sos ikan, dan jus limau membuatkan ia sesuai dihidangkan bersama pelbagai bahan. Faktor versatil kerabu ini membolehkan bahan lain dicampur masuk seperti zukini, tauge, isi kelapa, atau sumber protein seperti ayam atau tauhu.

Tip & Petua untuk Menghasilkan Kerabu Mangga Thai yang Sempurna

1. Potong mangga hijau Thai bila hampir masa untuk dihidang: Kekalkan kesegaran dan kerangupan dengan hanya memotong atau memarut mangga beberapa minit sebelum digaulkan dengan bahan-bahan lain. Fokus menyediakan bahan-bahan lain terlebih dahulu supaya senang digaulkan bila bahan utama sudah bersedia.

Petua pintar: Untuk pastikan mangga lebih rangup, rendamkan mangga dalam air berais selepas ia diparut. Kemudian tapis mangga dan lap sedikit dengan tisu sebelum digaulkan dengan bahan-bahan lain.

2. Sediakan bahan-bahan lebih awal: Jimatkan masa dengan membuat persediaan awal. Parut mangga Thai, potong suku tomato ceri dan hiris cili padi. Pastikan udang kering direndam dalam air siap-siap, agar udang menjadi lembut dan mengeluarkan lebih banyak perisa.

3. Tambahkan rasa pedas: Untuk penggemar makanan pedas, cuba eksperimen dengan jumlah yang ditambah ke dalam kerabu dan dapatkan rasa pedas yang kuat. Anda juga boleh cincang cili kepada saiz kecil, supaya kapsaisin dikeluarkan. Serbuk cili juga boleh ditambah untuk meningkatkan rasa pedas.

Resipi: Cara Menyediakan Kerabu Mangga Thai Manis & Pedas

Jadi lebih kreatif dengan buah-buahan tropika yang anda ada, dan campurkannya untuk menghasilkan Kerabu Mangga Thai yang menyegarkan. Sediakan hidangan berkhasiat dalam masa 30 minit berpandukan resipi ringkas kami di bawah.

Cara Penyediaan

  1. Tumbuk bawang putih, udang kering dan cili

    • Gunakan batu lesung untuk tumbuk bawang putih dan udang kering menjadi pes. Tambah 4 sudu besar sos ikan, 2 sudu besar gula melaka, jus limau dan cili, kemudian sambung menumbuk.

    | Tambah atau kurangkan gula dan sos ikan mengikut kemanisan dan kepedasan yang anda mahu. Untuk buatkan lebih pedas, potong cili padi kecil-kecil.



  2. Tumbuk mangga

    • Masukkan beberapa genggam mangga yang diparut dan gaul sambil tumbuk perlahan. Gaulkan 2 biji tomato ceri, kemudian keluarkan dari batu lesung dan alih ke dalam pinggan.


Saji dan Hidang!

Hiaskan dengan kacang hancur dan siap untuk dihidang.

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 4 biji mangga hijau thai(diparut)

  • ½ sudu besar udang kering(direndam dan ditapis)

  • 8 biji tomato ceri(dipotong suku)

  • 2 ulas bawang putih

  • 2 biji limau(diperah)

  • 2 biji cili padi(dibelah dua)

  • 4 sudu besar sos ikan

  • 2 sudu besar gula melaka

  • 4 sudu besar kacang hancur

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.