Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 3 orang
  • Bua Loy Labu:

    60 g labu(dipotong dadu dan dikukus) |Labu boleh diganti dengan ubi keladi, labu kabucha atau ubi keledek.

  • 55 g tepung beras pulut

  • air

  • 70 g tepung beras pulut

  • 70 g daun pandan(dipotong kecil 1 cm)

  • 205 ml air

  • ¼ cawan air pandan

  • Kuah santan:

    250 ml santan kelapa

  • 2 sudu besar gula

  • 1 sudu besar gula Melaka

  • ¼ sudu kecil garam

  • 1 helai daun pandan (diikat simpul)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Bua Loy (Bebola Beras Pulut dalam Santan)

{{totalReview}}
Bua Loy, diterjemahkan kepada “teratai terapung”, merupakan pencuci mulut yang secantik namanya. Bebola berwarna jingga dan hijau terang terapung bergenang di dalam lautan kuah santan, pencuci mulut tradisional Thailand ini berbau harum dan pasti memuaskan hati penggemar manisan. Walaupun agak mudah untuk disediakan, ada beberapa langkah yang perlu diikuti, agar anda dapat hasil yang berbaloi bagi setiap saat anda luangkan di dapur!
  • Mudah
  • 45 min
  • 15 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 15 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Buat bebola labu beras pulut

    • Lenyek labu yang telah dikukus menjadi puri dan tambah tepung beras pulut. Uli campuran tepung sehingga menjadi doh dengan tekstur berpasir.

    • Tambahkan air, 1 sudu kecil satu per satu sehingga doh teradun dan berkilat.

    • Biasanya melibatkan 5-6 sudu kecil.

    • Gulungkan doh menjadi bebola bersaiz guli.



  2. Buat bebola pandan beras pulut

    • Kisar daun pandan dan air sehingga hancur menggunakan pengisar.

    • Gunakan penapis untuk mengasingkan cecair daripada pulpa sebanyak yang boleh. Hanya ¼ cawan air pandan diperlukan dan simpan selebihnya dalam peti sejuk untuk kegunaan lain.

    • Campurkan air pandan bersama tepung beras pulut. Tambahkan tepung jika doh terlalu cair, atau tambah air pandan jika terlalu tebal.

    • Gulungkan doh menjadi bebola bersaiz guli.



  3. Masak kuah santan

    • Masukkan santan kelapa, dua jenis gula, garam dan simpulan daun pandan ke dalam kuali kecil dan renehkan selama beberapa minit.

    • Jangan biarkan sehingga mendidih.

    • Keluarkan daun pandan.



  4. Masak bebola labu dan pandan

    • Panaskan air sehingga mendidih dalam periuk dan masukkan semua bebola labu dan pandan.

    • Rebus selama 30 saat sehingga 1 minit, atau sehingga bebila timbul di permukaan air.

    • Angkat bebola menggunakan penapis dan bahagikan ke dalam mangkuk.



Saji dan Hidang!

Tuangkan kuah santan yang manis dan panas ke atas bebola. Sedia untuk dinikmati.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 orang
    • Bua Loy Labu:

      60 g labu(dipotong dadu dan dikukus) |Labu boleh diganti dengan ubi keladi, labu kabucha atau ubi keledek.

    • 55 g tepung beras pulut

    • air

    • 70 g tepung beras pulut

    • 70 g daun pandan(dipotong kecil 1 cm)

    • 205 ml air

    • ¼ cawan air pandan

    • Kuah santan:

      250 ml santan kelapa

    • 2 sudu besar gula

    • 1 sudu besar gula Melaka

    • ¼ sudu kecil garam

    • 1 helai daun pandan (diikat simpul)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki