Masakan Thai

Adakah anda penggemar sajian dan pemanis mulut Thai? Asian Food Network akan membantu anda dengan membuatnya lebih mudah, cepat, dan kekal autentik. Resipi kami datang daripada pencinta masakan di Thailand, dan juga dari sekitar Asia, dan diamalkan sendiri oleh mereka. Cara penyediaan langkah demi langkah, gambar, dan video akan membuat lebih mudah tidak kira di mana anda berada. Informasi diet utama diterangkan, jadi kurang masa untuk penyediaan tetapi lebih banyak masa untuk berkongsi hidangan Thai yang autentik, mudah dan cepat dengan yang tersayang. Anda sudah menjamu selera?

Resipi Hidangan Thai untuk Masak di Rumah

Terima kasih kepada globalisasi, anda boleh mencari restoran Thai yang menyajikan hidangan terkenal seperti tom yam goong, som tam, kari hijau dan nasi goreng nanas di seluruh dunia.

Boleh dikarakterkan dengan komponen aroma yang kuat dan pedas, masakan tradisional Thai boleh dibahagikan kepada empat kategori:

  1. Tom - masakan rebus
  2. Yam - salad pedas
  3. Tam - makanan yang ditumbuk
  4. Gaeng - kari

Walaupun mudah untuk mencari hidangan Thai yang menyelerakan dengan adanya banyak restoran Thai di seluruh dunia, apa kata anda mencuba memasak sendiri sajian Thai?

Tidak boleh dinafikan memasak di rumah memerlukan usaha yang lebih tetapi memasak hidangan Thai akan memberikan pengalaman budaya Thai kerana makanan menjadi portal kepada tradisi dan warisan mereka. 

Kami mempunyai pelbagai resipi masakan Thai di laman web kami. Layarinya hari ini!

Top 3 Hidangan Thai Mengikut Tahap Kepedasan.

Mudah untuk berasa takut dengan jumlah rempah dan cili yang digunakan dalam masakan Thai. Tetapi ada juga hidangan yang sesuai buat individu yang kurang gemar masakan pedas tapi kekal menyelerakan. Di sini terdapat 3 hidangan Thai yang disenaraikan dari kurang pedas kepada sangat pedas.

  1. Thai Pork Dumplings: jika anda tidak tahan pedas, hidangan ini sesuai buat anda! Tiada cili langsung digunakan dalam resipi ini.

  2. Kari Hijau Ayam & Terung: percaya atau tidak, kari hijau tidak sepedas yang disangka. Cili dan rempah yang digunakan telah dikaburi oleh perasa lain daripada sos ikan dan santan.

  3. Salad Mangga Thai (Som Thai): Salad mangga Thai sangat menyegarkan tetapi ia juga dipenuhi dengan perasa pedas daripada cili padi. Jika anda mahu kurangkan kepedasan, anda boleh mengurangkan jumlah cili padi mengikut citarasa anda.

Sempurnakan Hidangan Anda Dengan Minuman

Untuk mendapatkan pengalaman autentik Thai, apa kata anda cuba membuat Thai Milk Tea?

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.