Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4-6 orang
  • 120 g mochiko(tepung beras pulut Jepun)

  • 100 g tepung jagung

  • 180 ml air

  • 180 g gula

  • 2 sudu besar minyak

  • 2 biji keladi ungu(dikupas, dihiris dan dikukus)

  • 1 titis pewarna ungu tiruan- pilihan

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Mochi Keladi

{{totalReview}}
Mochi adalah sejenis kuih Jepun yang dibuat dari beras, biasanya dikukus dan ditumbuk sehingga lembut dan likat. Jom cuba buat kuih tradisi ini dengan menambahkan perisa ubi keladi ungu, pasti membuatkan keluarga dan rakan-rakan anda kagum!
  • Sederhana
  • 10 min
  • 50 min
  • 15 min
  • 6 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 6 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 50 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Lenyek keladi yang telah dikukus

    • Lenyek keladi dalam mangkuk menggunakan garpu atau pelecek kentang sehingga lembut dan halus.


  2. Tambah minyak dan gula ke dalam keladi

    • Masukkan 120 g gula dan 2 sudu besar minyak ke dalam keladi yang sudah dilenyek. Gaul sebati, kemudian ketepikan dan biarkan ia sejuk.


  3. Buat campuran doh

    • Dalam mangkuk asing, campurkan mochiko dan 60 g gula.

    • Tuangkan 180 ml air perlahan-lahan dengan 1 titis pewarna ungu tiruan.

    | Sekiranya anda tidak berminat dengan pewarna tiruan, tidak perlu menggunakannya.

    • Gaul sebati sehingga lembut dan tiada ketulan.

    • Masak campuran di dalam ketuhar gelombang mikro dengan haba tinggi (1100W) selama 1 minit. Keluarkan dari ketuhar, gaul campuran dan masak semula dalam ketuhar gelombang mikro selama lagi 1 minit.



  4. Pindahkan campuran mikro ke dalam mangkuk dan dinginkan

    • Keluarkan dari ketuhar, kacau sekali lagi dan pindahkan ke dalam mangkuk. Taburkan tepung jagung di bahagian atas mochi dan balut mangkuk dengan filem lekap. Dinginkan selama 15 minit atus sehingga sejuk dan pejal.


  5. Leperkan bebola doh

    • Taburkan tepung jagung di atas permukaan rata dan letak doh yang telah sejuk. Potong doh kepada 8 bebola sama saiz. Salut setiap bebola dengan tepung ubi dan leperkan menjadi bentuk cakera bulat.
    Leperkan bebola doh


  6. Hasilkan mochi keladi

    • Isi setiap cakera bulan dengan 1 sudu kecil inti pes kacang dan balut sehingga menjadi bentuk bulat. Pastikan seluruh permukaan bebola disalut dengan tepung jagung. Ulang langkah sehingga semua mochi diisikan dengan inti.
    Hasilkan mochi keladi


Saji dan Hidang!

Letak mochi di dalam pinggan hiasan atau dinginkan dalam peti sejuk sehingga sedia untuk dihidang.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4-6 orang
    • 120 g mochiko(tepung beras pulut Jepun)

    • 100 g tepung jagung

    • 180 ml air

    • 180 g gula

    • 2 sudu besar minyak

    • 2 biji keladi ungu(dikupas, dihiris dan dikukus)

    • 1 titis pewarna ungu tiruan- pilihan

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki