Bahan-bahan:

  • Menghasilkan 4 pankek
  • 2 biji telur

  • 30 g tepung kek

  • 20 ml susu

  • 8 g esen vanila

  • 1 sudu kecil serbuk penaik

  • 34 g gula

  • 10 g mentega

  • 15 ml air

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Pankek Souffle

{{totalReview}}
Buat kejutan untuk insan tersayang dengan pankek tradisional waktu pagi yang diberikan sentuh lebih gebu. Pankek souffle dalam gaya kegebuan yang popular di Jepun adalah kegemaran orang ramai buat masa ini, dan bila anda sudah menikmati pankek selembut bantal ini, sarapan pagi anda akan berubah. Kepingan pankek yang cantik bila diambil gambar ini tidak sukar untuk disediakan dan ianya sangat sedap bila dihidang bersama sirap mapel keemasan dan taburan buah-buahan segar seperti beri biru dan strawberi
  • Sederhana
  • 20 min
  • 15 min
  • 15 min
  • 2 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 2 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 15 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan campuran

    • Asingkan kuning telur dan putih telur ke dalam 2 mangkuk.

    • Gabungkan kuning telur bersama susu, vanila dan gaul sebati. Ayak masuk tepung kek dan serbuk penaik. Pukul sampai pekat.

    • Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan gula kastor sehingga sederhana kembang (Meringue).

    • Gaul meringue masuk ke dalam campuran kuning telur. Jangan pukul campuran terlalu kuat, hanya perlu gaul perlahan-lahan sehingga bercampur sebati.

    Sediakan campuran


  2. Masak pankek

    • Hidupkan api sederhana rendah. Gunakan kuali tidak melekat dan letakkan acuan yang digris dengan mentega.

    • Tuang campuran pankek ke dalam acuan (tinggalkan seinci daripada rim) dalam kuali. Curah satu sudu besar air ke dalam kuali dan tutup dengan penutup (bagi menghasilkan stim). Tunggu selama 4-5 minit.

    • Terbalikkan pankek secara berhati-hati dan pastikan ia cantik keperangan, tutup semula penutup tanpa mencurah air (masak selama 3-4 minit atau sehingga perang keemasan).

     Masak pankek


Saji dan Hidang!

Sedia untuk dihidang, anda boleh padankan pankek dengan apa-apa bahan seperti sirap mapel atau hirisan buah-buahan segar, dan taburkan dengan gula aising.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Menghasilkan 4 pankek
    • 2 biji telur

    • 30 g tepung kek

    • 20 ml susu

    • 8 g esen vanila

    • 1 sudu kecil serbuk penaik

    • 34 g gula

    • 10 g mentega

    • 15 ml air

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki