Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 6 orang
  • 22 g serbuk agar-agar

  • 2 sudu kecil esen pandan

  • 80 g gula melaka (gula kabung) - dipotong

  • 400 ml santan

  • 100 ml susu

  • 60 g gula putih

  • ½ sudu kecil garam

  • ½ kelapa segar (sebagai hiasan)

  • 8 helai daun pandan

  • Air

  • Gula melaka parut (sebagai hiasan)

  • Daun pisang (dibersihkan dan dipotong mengikut pinggan sajian)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Jeli Pandan dan Gula Melaka

{{totalReview}}
Jeli yang menggoda, dengan lapisan santan, gula melaka dan pandan, cukup sempurna sebagai pemanis mulut untuk dikongsi bersama.
  • Mudah
  • 30 min
  • 35 min
  • 15 min
  • 5 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 5 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 35 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan jus pandan

    • Menggunakan mesin pengisar, masukkan 6 helai daun pandan dan 150 ml air dan dikisar halus.


  2. Hasilkan lapisan pandan

    • Menggunakan penapis, tapis jus pandan ke dalam periuk kecil.
    • Dengan api sederhana-rendah, tambah 30 g gula putih, esen pandan serta 7 g serbuk agar-agar dan dibiarkan sehingga mendidih.

    Anda boleh menggunakan acuan pilihan anda, mengikut kreativiti ketika sajian..

    • Bila semua sudah sebati, tuangkan ke dalam acuan.
    • Biarkan sejuk dan letak di dalam peti sejuk selama 10 hingga 15 minit.

    Semua campuran itu dibiarkan sejuk sehingga suhu bilik sebelum dituangkan ke dalam acuan.

    Hasilkan lapisan pandan


  3. Hasilkan lapisan gula melaka

    • IDalam periuk kecil yang lain, tuangkan 400 ml air, 2 helaian ikatan daun pandan, gula melaka dan 7 g serbuk agar-agar.
    • Biarkan ia mendidih.
    • Bila semuanya sudah sebati, biarkan sejuk sehingga suhu bilik sebelum campuran itu di atas lapisan pandan yang sudah keras.

    Pastikan lapisan sebelum itu telah keras sepenuhnya sebelum anda menambah lapisan seterusnya untuk memastikan lapisan yang cantik.

    Hasilkan lapisan gula melaka


  4. Hasilkan lapisan santan

    • Dalam periuk kecil yang lain, tuangkan 400 ml santan, susu, 30 g gula putih, ½ sudu kecil garam dan 8 g serbuk agar-agar.
    • Masak dengan api sederhana-tinggi, kacau sehingga semuanya sebati. 
    • Biarkan ia panas tetapi tidak sehingga mendidih.
    • Tuangkan campuran santan di atas lapisan gula melaka yang telah keras, dan biarkan ia sejuk.
    • Tutup dengan filem lekap dan letak di dalam peti sejuk untuk 2 jam minimum.


  5. Keluarkan jeli daripada acuan dan saji

    • Alaskan pinggan sajian dengan daun pisang dan keluarkan jeli daripada acuan dengan menolak lembut bahagian sisi, kemudian terbalikkan dan mengetuk bahagian bawah.


Saji dan Hidang!

Taburkan kepala parut dan gula melaka di atas jeli dan hidang ketika sejuk.

Saji dan Hidang!

Get Some Tableware!

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 6 orang
    • 22 g serbuk agar-agar

    • 2 sudu kecil esen pandan

    • 80 g gula melaka (gula kabung) - dipotong

    • 400 ml santan

    • 100 ml susu

    • 60 g gula putih

    • ½ sudu kecil garam

    • ½ kelapa segar (sebagai hiasan)

    • 8 helai daun pandan

    • Air

    • Gula melaka parut (sebagai hiasan)

    • Daun pisang (dibersihkan dan dipotong mengikut pinggan sajian)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki