Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 2 cawan minyak sayuran atau minyak canola untuk menggoreng

  • 1 cawan air

  • ½ cawan mentega bergaram

  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

  • ¼ sudu garam

  • 1 cawan tepung serbaguna

  • 2 biji telur saiz besar

  • sos coklat cili:

    1 cawan cip coklat separa manis

  • ½ cawan krim tebal

  • 1 sudu kecil serbuk cili

  • 1 biji cili padi (dihiris halus)

Churros dengan Sos Coklat Cili
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Churros dengan Sos Coklat Cili

{{totalReview}}
Rangup di luar dan lembut di dalam, churros goreng segar adalah snek kegemaran di negara Sepanyol dan Mexico. Secara tradisionalnya ia dicelup dalam sos coklat pekat, tapi kami menambah serbuk cili dan cili padi untuk menyuntik rasa pedas! Rahsia orang tua Sepanyol yang tidak akan diberitahu - buat churros awal! Biar ia sejuk selepas goreng dan letak dalam peti ais dalam bekas kedap udara. Apabila sudah sedia untuk dihidang, panaskan dalam ketuhar pada suhu 180°C hingga rangup!
  • Mudah
  • 15 min
  • 15 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 11 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 11 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 15 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Cairkan mentega dan campur dengan tepung

    • Panaskan air, mentega dan garam dalam periuk. Biarkan api hingga mentega cair.
    • Masukkan tepung dan gaul sebati.
    • Padamkan api.


  2. Tambah telur

    • Tambah esen vanila dan gaul sebati.
    • Sementara ia masih panas, tambah telur satu demi satu, gaul sebati hingga doh lembut terhasil.


  3. Paipkan doh dan goreng

    • Masukkan doh dalam beg paiping dengan hujung muncung berbentuk bintang. Ketepikan.
    • Panaskan minyak dengan api sederhana rendah.
    • Paip doh lebih kurang 2 inci panjang dalam minyak panas.
    • Potong doh menggunakan gunting.
    • Biar ia masak hingga perang keemasan.
    • Guna penyepit dapur untuk angkat churros. Kemudian sadur churros goreng dengan campuran gula kayu manis.


  4. Buat sos coklat cili

    • Dalam periuk lain, panaskan krim dengan api rendah.
    • Masukkan cip coklat. Gaul sebati hingga coklat cair.
    • Tambah serbuk cili dan cili padi. Gaul dan ketepikan.


Saji dan Hidang!

Hidang churros dengan sos coklat cili panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 2 cawan minyak sayuran atau minyak canola untuk menggoreng

    • 1 cawan air

    • ½ cawan mentega bergaram

    • 1 sudu kecil ekstrak vanila

    • ¼ sudu garam

    • 1 cawan tepung serbaguna

    • 2 biji telur saiz besar

    • sos coklat cili:

      1 cawan cip coklat separa manis

    • ½ cawan krim tebal

    • 1 sudu kecil serbuk cili

    • 1 biji cili padi (dihiris halus)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki