Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 8-10 orang
  • 500 g ubi keledek oren (dikupas dan dipotong kiub 2 cm)

  • 400 g ubi keladi (dikupas dan dipotong kiub 2 cm)

  • 40 g sagu (direbus dan direndam dalam air sejuk)

  • Jeli Ubi Kayu:

    200 g tepung ubi kayu

  • 150 ml air panas mendidih

  • pewarna merah

  • pewarna hijau

  • sup kelapa:

    600 ml santan kelapa

  • 1.1 L air

  • 10 helai daun pandan (dibasuh dan diikat)

  • 190 g gula

  • ¼ sudu kecil garam

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Bubur Cha Cha

{{totalReview}}
Nama Bubur Cha Cha terhasil kerana apabila anda memakannya anda seperti ingin menari Cha-Cha! Hidangan pencuci mulut Peranakan popular dan kebiasaannya dihidangkan di kafe-kafe di Hong Kong. Bubur Cha Cha adalah pencuci mulut santan yang mempunyai rasa pandan dan mengandungi kiub ubi keledek dan ubi keladi (taro) berwarna-warni. Terbaik sebagai pencuci mulut dan snek lewat malam!
  • Sederhana
  • 30 min
  • 40 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 40 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Kukus ubi keledek

    • Letakkan ubi keledek dan ubi keladi dalam pengukus dan kukus selama 20 minit atau sehingga lembut.

    (Rendam ubi keledek dalam air sejuk bagi mengelakkannya menjadi hitam jika anda tidak masak dengan segera).

    Kukus ubi keledek


  2. Buat jeli ubi kayu

    • Dalam mangkuk berisi tepung ubi kayu, perlahan-lahan masukkan air mendidih, dan kacau menggunakan pengepit makanan hingga berketul-ketul.
    • Setelah sejuk, uli campuran hingga menjadi doh halus.
    • Bahagikan doh kepada 2 bahagian.
    • Tambah 2-3 titik pewarna merah dan hijau pada 2 doh berbeza.
    • Uli kedua-dua doh hingga warna menjadi sekata.
    • Taburkan tepung ubi kayu atas lapik meja dan pisau. Gulung kan doh menjadi kepingan panjang, dan potong 1 cm panjang.
    • Taburkan tepung ubi kayu pada potongan untuk mengelakkan ia melekat pada satu sama lain.

    (Pakai sarung tangan ketika memotong ubi kerana tangan akan menjadi gatal apabila terkena getahnya.)

    Buat jeli ubi kayu


  3. Rebus jeli ubi kayu

    • Didih air berasingan, masukkan kiub ubi kayu dalam air mendidih hingga kiub ubi kayu timbul dan menjadi jernih.
    • Angkat kiub dari air mendidih dan rendamkan dalam semangkuk air.
    • Ketepikan untuk digunakan nanti.
    Rebus jeli ubi kayu


  4. Rebus sup kelapa

    • Dalam kuali besar, tambah air, gula, daun pandan dan biar mendidih hingga gula cair.  Tambah gula mengikut kemanisan yang anda suka.
    • Keluarkan dan buang daun pandan.
    • Kecilkan api dan tambah santan dan gula. Biar mereneh. Jangan biarkan ia mendidih hingga menggelegak dan jangan tutup periuk.
    • Masukkan ubi keladi, ubi keledek, sagu, jeli ubi kayu.
    • Biar bubur cha cha mereneh selama 5 minit atau hingga mencapai tekstur yang anda inginkan.
    • Padamkan api.


Saji dan Hidang!

Setelah santan ditambah, mendidihkannya dengan api yang kuat akan menghasilkan ketulan dalam sup.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 8-10 orang
    • 500 g ubi keledek oren (dikupas dan dipotong kiub 2 cm)

    • 400 g ubi keladi (dikupas dan dipotong kiub 2 cm)

    • 40 g sagu (direbus dan direndam dalam air sejuk)

    • Jeli Ubi Kayu:

      200 g tepung ubi kayu

    • 150 ml air panas mendidih

    • pewarna merah

    • pewarna hijau

    • sup kelapa:

      600 ml santan kelapa

    • 1.1 L air

    • 10 helai daun pandan (dibasuh dan diikat)

    • 190 g gula

    • ¼ sudu kecil garam

    Pemakanan

    Saiz Hidangan: grams

    Hidangan Untuk Setiap Resipi: 8

    Chicken is tasty
    Mala is spicy
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.