Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 3 orang
  • 150 g mentega tanpa garam, ekstra untuk gris

  • 300 g gula muscovado ringan

  • 75 g serbuk koko

  • 150 g tepung gandum

  • 1 sudu kecil soda bikarbonat

  • ¼ sudu kecil serpih garam laut (ekstra 1 sudu kecil untuk hiasan)

  • 4 biji telur

  • 1 sudu kecil ekstrak vanila

  • 150 g cip coklat susu

  • Jus dan parutan kulit 2 biji limau

    Ekstra parutan kulit 1 biji limau untuk hiasan (pilihan)

Brownie Limau dan Garam Laut
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Brownie Limau dan Garam Laut

{{totalReview}}
Brownie Limau dan Garam Laut kegemaran ramai ini amat mudah dibuat. Rasa masam limau mengimbakan kemanisan coklat brownie, dan bila lidah bersentuhan dengan kristal garam laut, anda pastikan tidak mahu berhenti menikmati kek ini.
  • Sederhana
  • 15 min
  • 25 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 4 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 25 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Panaskan ketuhar

    • Panaskan ketuhar pada suhu 190°C.
    • Gris dulang pembakar 9” x 13” dengan mentega, kemudian lapiskan dengan kerajang aluminium. Biarkan ia terkeluar dari dulang supaya mudah untuk mengeluarkan brownie. Griskan bahagian dalam kerajang aluminium.


  2. Campur bahan-bahan kering

    • Gaul serbuk koko, tepung, soda bikarbonat dan ¼ sudu kecil serpihan garam laut dalam mangkuk.


  3. Cairkan mentega dan campurkan bater

    • Cairkan mentega dengan parutan kulit 2 biji limau dan gula dalam kuali, kemudian tambah bahan-bahan kering dan gaul sebati.
    • Alihkan kuali dari api.
    • Pukul telur, jus limau dan ekstrak vanila dalam mangkuk atau jag, kemudian tuang ke dalam kuali dan gaul sebati.
    • Masukkan cip coklat, kemudian skup bater ke dalam dulang membakar.
    • Ratakan bahagian atas, dan taburkan 1 sudu teh serpihan garam laut di atas.


  4. Bakar brownie

    • Bakar selama 20-25 minit, tetapi jangan terlebih masak, atau ia akan menjadi kering dan tidak lembut.
    • Angkat brownie dari dulang dan biar sejuk sepenuhnya di atas rak penyejuk kek.


Hias dan Hidang!

Potong kepada 12 potongan dan taburkan parutan kulit limau di atas jika mahu.

Hias dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 orang
    • 150 g mentega tanpa garam, ekstra untuk gris

    • 300 g gula muscovado ringan

    • 75 g serbuk koko

    • 150 g tepung gandum

    • 1 sudu kecil soda bikarbonat

    • ¼ sudu kecil serpih garam laut (ekstra 1 sudu kecil untuk hiasan)

    • 4 biji telur

    • 1 sudu kecil ekstrak vanila

    • 150 g cip coklat susu

    • Jus dan parutan kulit 2 biji limau

      Ekstra parutan kulit 1 biji limau untuk hiasan (pilihan)

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki