Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • 400 g mee wantan segar(mee telur)

  • 150 g daging ayam

  • 150 g isi udang(dicincang)

  • 1 paket kulit wantan(lebih kurang 40 keping)

  • 100 g choy sum(dicuci dan dipotong memanjang 2 inci)

  • 2 biji cili hijau besar(dihiris nipis)

  • 6 ulas bawang putih(4 ulas dicincang halus, 2 ulas ditumbuk)

  • 5-6 biji cendawan hitam cina kering(batang dibuang, direndam dalam air suam selama 30 minit, ditapis dan air rendaman disimpan)

  • ⅔ cawan cuka beras putih cina(boleh diganti dengan cuka epal sider)

  • 1 putih telur

  • 1 sudu kecil halia parut

  • 1 ½ sudu kecil serbuk stok ayam

  • ½ sudu besar tepung jagung(dilarutkan dalam 2 sudu besar air)

  • 1 sudu besar kicap soya pekat

  • 6 sudu kecil kicap soya

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 1 ½ cawan air

  • 1 sudu kecil soya berperisa cendawan(pilihan)

  • sriracha (untuk hidangan) - pilihan

  • minyak sayuran

  • 2 sudu besar gula + 1 sudu kecil gula

  • garam

  • lada hitam

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Mee Wantan Malaysia

Mee wantan, atau mee wantan, merupakan hidangan berasaskan mee yang popular di Asia. Dibuat dengan mee telur segar, digaul dengan sos kicap soya pekat istimewa dan diganding dengan hirisan char siew, mee wantan versi Malaysia ini digemari oleh keluarga dan rakan-rakan anda.
  • Sederhana
  • 30 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 8 langkah-langkah
  • 25 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 8 langkah-langkah
  • 25 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 20 min
  • 15 min

Mee Wantan Malaysia

Hidangan Mee dengan Wantan yang Enak

Hidangan Kantonis ini sangat terkenal di seluruh Asia. Dibuat daripada mee yang digaul dalam sos yang sarat dengan perasa, diganding dengan ladu yang lazat, atau kadangkala dengan char siew, resipi mee wantan Malaysia memberikan panduan untuk anda menyediakan hidangan yang pasti menambat hati penggemar kuisin autentik.

Mee adalah salah satu sumber karbohidrat yang popular, dan tersedia dalam pelbagai pilihan. Dari udon Jepun hingga Kway Teow selembut sutera, lain-lain jenis mee boleh dijadikan asas untuk kebanyakan hidangan. Mee telur kuning biasanya digunakan untuk Mee Wantan. Teksturnya yang lembut dan kenyal sesuai dikontrakan dengan tekstur komponen lain yang rangup atau lembut seperti ladu dan sayuran-sayuran. Pilihan orang ramai adalah Mee Kia, tetapi Mee Pok juga sesuai sesuai diganding dengan sos dan ladu. Untuk pengetahuan anda, apa saja pilihan mee yang dimasak al dente dan kekal kenyal sesuai digunakan untuk hidangan ini. Ada juga orang yang gemar bereksperimen menggunakan kway teow atau pasta angel hair.

Satu mangkuk sup secara lazimnya akan mengiringi sepinggan mee wantan. Memandang sup hanyalah sampingan, sangat penting untuk memastikan komponen-komponen lain dalam mee wantan menyerlahkan karakter masing-masing. Selain kualiti mee, sos adalah salah satu komponen penting lain. Kicap soya pekat sarat dengan perisa yang berbeza daripada kicap soya cair. Kicap soya pekat dalam resipi ini direneh perlahan, membolehkan ia menjadi lebih likat seakan karemel, dan lebih manis. Cendawan yang ditambah ke dalam sos meningkatkan lagi aroma sedia ada.

Soalan Sering Ditanya tentang Mee Wantan Malaysia

1. Bolehkah wantan digoreng berbanding direbus?

Asalkan bahan yang diperlukan dan masa memasak mencukupi, apa saja jenis ladu, tak kira digoreng, direbus atau dikukus, akan memberikan kelazatan rasa yang sama apabila kulit wantan digigit. Hanya perlu isi inti wantan dengan penuh dan kulit tidak terlalu tebal supaya kekal rangup selepas digoreng.

2. Bolehkan inti wantan diganti dengan bahan-bahan lain?

Inti wantan boleh diganti dengan daging ayam cincang, isi ketam atau apa saja yang anda inginkan.

Inti memainkan peranan penting dalam hidangan ini; begitu juga faktor tekstur yang boleh menentukan tahap kelazatannya. Tambahkan buah berangan untuk buatkan inti wantan lebih rangup.

3. Bolehkan choy sum digantikan dengan sayur-sayuran lain?

Sudah tentu! Anda boleh gunakan Gai Lan (brokoli Cina) atau Bok Choy sebagai hiasan. Apa-apa sayur yang berdaun dengan batang rangup boleh boleh melengkapkan hidangan ini.

4. Bolehkah mee wantan disimpan dalam peti sejuk dan dihangatkan semula esok hari?

Disyorkan untuk setiap komponen hidangan ini disimpan berasingan. Mee yang siap dimasak boleh disimpan dalam peti sejuk selama satu atau dua hari, kerana ia boleh menghilangkan rasa alkali yang kuat dalam mee telur. Hanya perlu dicelup dalam air mendidih selama beberapa saat untuk dipanaskan.

Tip & Petua Menghidangkan Sepinggan Mee Wantan yang Harmoni

1. Sediakan beberapa komponen sehari awal: Ada komponen yang mengambil masa untuk disediakan, seperti jeruk cili hijau. Buat jeruk cili hijau pada waktu malam sebelum mula membuat mee wantan keesokan hari, supaya ada masa yang lama bagi proses penjerukan.

2. Lipat wantan cara berlainan: Sama ada gaya Taiwan, Hong Kong atau Cina, ada pelbagai cara untuk membungkus wantan. Kalau mahu cara mudah, lipas saja bentuk segi tidak seakan samosa wantan. Rupa semula jadinya memang berketul dan berkedut, tetapi kena pastikan wantan dibungkus kemas dan rapi supaya tiada poket udara. Bungkusan yang kemas memastikan wantan tidak terlerai ketika dimasak, sekaligus memerangkap inti berjus yang enak.

3. Kekalkan tekstur mee yang kenyal: Pastikan mee dicelur dalam air panas mendidih tidak lebih dari 20 saat. Basuhan pantas dalam air sejuk membuang kanji berlebihan pada permukaan mee dan meningkatkan teksturnya. Setiap gigitan pasti lagi memuaskan.

Cara Penyediaan

  1. Sediakan jeruk cili hijau

    • Campur 1 cawan cuka beras putih cina, ½ sudu kecil garam dan 2 sudu besar gula dalam satu mangkuk dan kacau sehingga larut.

    • Tambah garam/gula mengikut rasa.

    • Tuang air panas ke dalam mangkuk yang mengandungi cili yang telah dipotong.

    • Biarkan selama 30 minit dan tapis air.

    • Tuang larutan cuka ke dalam mangkuk berisi cili sehingga terendam sepenuhnya.

    • Letak dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya 2 jam atau sehingga cili berwarna hijau buah zaitun.



  2. Lipat kulit wantan

    • Lipat hujung kulit wantan menjadi bentuk segi tiga dan tekan untuk kelimkan doh.

    • Satukan kedua-dua hujung dan picit untuk jadikan bentuk “beg duit”.
    • Ulang untuk semua kulit wantan.

    | Ada pelbagai cara untuk melipat wantan, satu cara lain adalah membiarkan wantan dalam bentuk segi tiga untuk rupa yang lebih ringkas.



  3. Sediakan minyak bawang putih

    • Panaskan 2 sudu besar minyak masak dalam kuali dan tumis 4 ulas bawang putih cincang dengan api sederhana sehingga berwarna keemasan dan garing. Kemudian ketepikan.


  4. Sediakan sos cendawan

    • Panaskan ½ sudu besar minyak sayuran dalam kuali kecil dan tumis 2 ulas bawang putih yang ditumbuk bersama cendawan yang dipotong separuh selama 1 minit. Kemudian masukkan 1 ½ cawan air, 1 sudu kecil serbuk stok ayam, 1 ½ sudu besar sos tiram, 2 sudu kecil kicap soya, 1 sudu kecil soya berperisa cendawan (pilihan), dan tambah garam dan lada hitam secukup rasa. Biarkan ia mendidih.

    • Tutup kuali dan biar mereneh selama 20 minit, kemudian tambah ½ sudu besar tepung jagung yang dilarutkan dalam 2 sudu besar air, dan kacau sehingga sos mendidih dan sedikit pekat. Tambahkan garam dan lada hitam jika perlu. Padamkan api, tutup kuali dan ketepikan.



  5. Celur sayur-sayuran

    • Didihkan air dalam periuk besar dan tambah secubit garam dan gula. Rendam choy sum bermula dengan batang dan diikuti dengan daun. Angkat, tos dan ketepikan.


  6. Masak wantan

    • Dalam periuk, didihkan air dan masak wantan secara berperingkat selama 1-2 minit setiap satu. Wantan sudah masak apabila ia terapung.

    • Tos dan ketepikan. Anda juga boleh masukkan wantan ke dalam mangkuk berisi sup ayam dan hiaskan dengan daun bawang.



  7. Sediakan mee

    • Isi 2 sudu besar sos perasa dalam mangkuk hidangan cetek.

    • Masak satu gumpal mee selama 30 saat di dalam air rebusan yang digunakan untuk mencelur sayur.

    • Gunakan penapis besar untuk menapis mee dan rendam mee dalam air sejuk selama 5 saat untuk membersihkan lebihan kanji sambil meningkatkan tekstur mee, kemudian celup semula mee dalam air rebusan hanya untuk tujuan pemanasan.

    Sediakan mee


Hias dan Hidang!

Alihkan mee ke dalam mangkuk hidangan dan gaul bersama sos perasa, kemudian tambah sos cendawan dan gaul lagi. Tambah sedikit lada putih dan hias mee dengan choy sum, wantan dan jika anda mahu, boleh tambah hirisan char siew. Hidangkan segera bersama jeruk cili hijau dan satu mangkuk sup wantan.

Hias dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • 400 g mee wantan segar(mee telur)

  • 150 g daging ayam

  • 150 g isi udang(dicincang)

  • 1 paket kulit wantan(lebih kurang 40 keping)

  • 100 g choy sum(dicuci dan dipotong memanjang 2 inci)

  • 2 biji cili hijau besar(dihiris nipis)

  • 6 ulas bawang putih(4 ulas dicincang halus, 2 ulas ditumbuk)

  • 5-6 biji cendawan hitam cina kering(batang dibuang, direndam dalam air suam selama 30 minit, ditapis dan air rendaman disimpan)

  • ⅔ cawan cuka beras putih cina(boleh diganti dengan cuka epal sider)

  • 1 putih telur

  • 1 sudu kecil halia parut

  • 1 ½ sudu kecil serbuk stok ayam

  • ½ sudu besar tepung jagung(dilarutkan dalam 2 sudu besar air)

  • 1 sudu besar kicap soya pekat

  • 6 sudu kecil kicap soya

  • 2 sudu besar sos tiram

  • 1 ½ cawan air

  • 1 sudu kecil soya berperisa cendawan(pilihan)

  • sriracha (untuk hidangan) - pilihan

  • minyak sayuran

  • 2 sudu besar gula + 1 sudu kecil gula

  • garam

  • lada hitam

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.