Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • ½ ayam(dipotong 16)

  • 1 isi kelapa parut segar(boleh diganti dengan 2 cawan santan)

  • 1 batang daun serai(ditumbuk)

  • 1 helai daun kunyit(dihiris nipis)

  • 3 sudu besar minyak kelapa

  • 6 biji cili padi

  • 2 biji cili merah besar

  • 1 cm halia sega

  • ½ sudu besar serbuk kunyit

  • 2 biji bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • 1 jag air suam

  • garam

  • gula perang

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Masak Lemak

Masakan yang terkenal di Malaysia, diterjemahkan kepada ‘ chicken in turmeric coconut curry’ dikatakan berasal dari negara Sri Lanka.
  • Sederhana
  • 15 min
  • 25 min
  • 20 min
  • 5 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 5 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 25 min
  • 20 min

Cara Penyediaan

  1. Perah santan kelapa

    • Masukkan isi kelapa parut bersama dua cawan air suam di dalam mangkuk dan gaul menggunakan tangan.

    • Perah santan kelapa menggunakan penapis sehingga anda dapat lebih kurang 2-3 cawan santan.

    • Ketepikan santan. Abaikan langkah ini jika anda guna santan kotak atau dibeli di kedai.



  2. Kisar dan tumis pes rempah

    • Kisar 6 biji cili padi, 1 biji cili merah besar, halia, ½ sudu besar serbuk kunyit, bawang merah dan bawang putih menggunakan pengisar sehingga menjadi pes.

    • Jika pes terlalu kering, tambah air sehingga dapat konsistensi halus.

    • Tumis pes dalam kuali dengan api sederhana selama 5 minit.



  3. Masak ayam dalam pes rempah

    • Masukkan serai yang ditumbuk dan ayam ke dalam kuali dan gaul sebati.
     Masak ayam dalam pes rempah


  4. Tambah santan kelapa dalam pes cili

    • Panaskan santan kelapa dan 3 sudu besar minyak kelapa dalam periuk besar dengan api sederhana sehingga naik bau, tetapi tidak mendidih.

    • Bila berbau sedikit harum, tuang ke dalam pes cili.

    • Biarkan mereneh selama 10 minit sehingga ayam masak



  5. Tambah garam/gula dan daun kunyit

    • Masukkan garam dan gula perang secukup rasa, kemudian masukkan daun kunyit.

    • Padamkan api, tutup periuk dan biarkan selama 5 minit.

    | Sedap dimakan bersama nasi putih kukus.

    Tambah garam/gula dan daun kunyit


Saji dan Hidang!

Pindahkan lauk ke dalam pinggan hidangan dan hias dengan hirisan cili merah besar. Hidang panas-panas.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • ½ ayam(dipotong 16)

  • 1 isi kelapa parut segar(boleh diganti dengan 2 cawan santan)

  • 1 batang daun serai(ditumbuk)

  • 1 helai daun kunyit(dihiris nipis)

  • 3 sudu besar minyak kelapa

  • 6 biji cili padi

  • 2 biji cili merah besar

  • 1 cm halia sega

  • ½ sudu besar serbuk kunyit

  • 2 biji bawang merah

  • 4 ulas bawang putih

  • 1 jag air suam

  • garam

  • gula perang

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.