Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 1-2 orang
  • 1 ekor ayam (lebih kurang 0.7 kg - 1 kg), dibersihkan dengan organ dan lemak dibuang, lap kering

  • ¼ cawan beras pulut (basuh dan rendam selama 1 jam)

  • 1 akar ginseng, dibasuh

  • 2 biji jujube besar(kurma merah)

  • 8 ulas bawang putih(dibasuh dan dikupas)

  • 2- 3 helai daun bawang(dipotong)

  • garam

  • lada hitam

  • 1.5 L air

  • Sos pencicah bijan:

    1 - 2 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil biji bijan

  • secubit serbuk lada hitam

  • 2 sudu kecil minyak bijan

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Sup Ayam Ginseng

Padat dengan nutrien berkhasiat, Sup Ayam Ginseng ala Korea (Samgyetang) dikatakan sebagai makanan musim panas paling sesuai untuk menangani rasa bahang. Ayam yang diisi penuh dengan beras pulut lembut dan direneh bersama bawang putih, halia, herba masakan Asia bermutu tinggi, ginseng, yang dikenali dapat meningkatkan tenaga dan sistem imun. Paling sedap bila dihidangkan dengan nasi putih, potongan bawang putih, garam dan lada hitam!
  • Mudah
  • 15 min
  • 70 min
  • 15 min
  • 2 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 70 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Sos pencicah

    • Gabungkan garam, biji bijan, serbuk lada hitam, dan minyak bijan dalam satu mangkuk dan kacau sebati. Ketepikan.


  2. Masak ayam

    • Tapis beras pulut.

    • Sumbat beras pulut, 1 ginseng, 2 biji jujube dan 8 ulas bawang putih ke dalam ayam.

    • Panaskan air hingga mendidih di dalam periuk besar.

    • Bila sudah mendidih, masukkan ayam ke dalam air. Tutup periuk dan masak dengan api sederhana tinggi selama 30 minit.

    • Turunkan api ke sederhana rendah dan masa lagi selama 40 minit sehingga ayam, ginseng dan beras menjadi lembut. Tambahkan sedikit air panas jika perlu.

    Masak ayam


Saji dan Hidang!

Untuk menghidang dalam periuk tembikar, tambahkan satu senduk sup, kemudian panaskan periuk. Tambahkan ayam dan lebih banyak sup dengan berhati-hati. Taburkan potongan daun bawang dan makan bersama sos pencicahah bijan.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 1-2 orang
  • 1 ekor ayam (lebih kurang 0.7 kg - 1 kg), dibersihkan dengan organ dan lemak dibuang, lap kering

  • ¼ cawan beras pulut (basuh dan rendam selama 1 jam)

  • 1 akar ginseng, dibasuh

  • 2 biji jujube besar(kurma merah)

  • 8 ulas bawang putih(dibasuh dan dikupas)

  • 2- 3 helai daun bawang(dipotong)

  • garam

  • lada hitam

  • 1.5 L air

  • Sos pencicah bijan:

    1 - 2 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil biji bijan

  • secubit serbuk lada hitam

  • 2 sudu kecil minyak bijan

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.