Bahan-Bahan

  • 1 balang
  • 1 biji kubis Napa (lebih kurang 2.2kg)

  • 1 biji lobak merah bersaiz besar (dipotong nipis)

  • 250 g lobak putih (dipotong nipis)

  • ½ + ½ cawan garam kasar

  • ¼ pear asia (dipotong nipis)

  • 2 batang daun bawang (dipotong serong menjadi 1 inci panjang)

  • 5 cawan air

  • 1 sudu besar tepung beras pulut

  • ¾ cawan air (untuk tepung beras pulut)

  • ½ cawan empingan cili merah Korea

  • 6 sudu besar sos ikan

  • 3 sudu besar bawang putih kisar

  • 1 sudu kecil halia parut

  • ½ cawan dashima (brot kelp kering)

  • 2 sudu besar biji bijan

Resipi Kimchi Autentik Korea
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Resipi Kimchi Autentik Korea

Cukup sempurna untuk semua dari nasi goreng ke ladu (atau makan terus dari balang!), kimchi adalah hidangan yang boleh didapati di semua restoran dan rumah Korea. Hidangan warna merah terang yang rangup ini dibuat menggunakan sayuran yang ditapaikan, dan diperasakan dengan empingan cili, bawang putih, halia, sos ikan dan dashima. Dan jika anda selalu curiga bagaimana orang Korea mempunyai kulit yang cantik, kimchi adalah sumber antioksidan yang bagus.
  • Mudah
  • 60 min
  • 0 min
  • 10 min
  • 8 langkah-langkah
  • 15 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 8 langkah-langkah
  • 15 Bahan-bahan
  • 60 min
  • 0 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan kubis napa

    • Potong kubis Napa secara memanjang kepada 4 bahagian
    • Potong 4 bahagian kubis Napa itu kepada 2.5 inci lebar dan biarkan sebentar
    Sediakan kubis napa


  2. Rendam kubis Napa dalam air garam

    • Dalam mangkuk yang besar, larutkan ½ cawan garam dalam 5 cawan air.
    • Tuangkan air garam ke dalam mangkuk yang telah diisi dengan kubis Napa yang telah dipotong.
    • Tapis kubis Napa secara perlahan dan keluarkan air garam ke dalam satu mangkuk.
    • Ketepikan kubis Napa yang kering dan air garam.


  3. Terus merendam kubis Napa

    • Menggunakan ½ cawan garam lagi, taburkan ke atas kubis Napa.
    • Lambung-lambungkan kubis Napa itu.
    • Tuangkan air garam daripada mangkuk pertama ke atas kubis.
    • Biarkan selama 1.5 jam, putarkan yang berada di bawah ke atas setiap 20 minit.


  4. Keringkan kubis Napa

    • Bilaskan kubis Napa dengan air sebanyak 3 hingga 4 kali.
    • Keringkan dan biarkan sebentar.


  5. Sediakan bubur

    • Campurkan 1 sudu besar tepung beras pulut bersama ½ cawan air. 
    • Reneh campuran tepung beras pulut dengan api perlahan, kacau selalu. 
    • Apabila sudah memekat menjadi pes, biarkan sebentar untuk menyejuk.


  6. Sedikan perasa

    • Campurkan empingan cili merah Korea, bawang putih kisar, halia parut, bubur, dashima (brot kelp kering) dan sos ikan.


  7. Sediakan campuran kimchi

    • Campurkan lobak putih, pear Korea dan lobak merah dalam satu mangkuk.
    • Masukkan campuran perasa kimchi.
    • Tambah daun bawang dan gaulkan perlahan.


  8. Membuat kimchi

    • Satukan kubis Napa bersama campuran kimchi tersebut.
    • Gaulkan bersama. Letakkan kubis Napa itu ke dalam sebuah balang atau bekas kedap udara.
    • Tekan untuk mengeluarkan air berlebihan.
    • Biarkan kimchi dalam suhu bilik selama satu hari dan kemudian masuk ke dalam peti sejuk.


Saji dan Hidang!

Hiaskan bersama biji bijan sebelum dihidangkan.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • 1 balang
  • 1 biji kubis Napa (lebih kurang 2.2kg)

  • 1 biji lobak merah bersaiz besar (dipotong nipis)

  • 250 g lobak putih (dipotong nipis)

  • ½ + ½ cawan garam kasar

  • ¼ pear asia (dipotong nipis)

  • 2 batang daun bawang (dipotong serong menjadi 1 inci panjang)

  • 5 cawan air

  • 1 sudu besar tepung beras pulut

  • ¾ cawan air (untuk tepung beras pulut)

  • ½ cawan empingan cili merah Korea

  • 6 sudu besar sos ikan

  • 3 sudu besar bawang putih kisar

  • 1 sudu kecil halia parut

  • ½ cawan dashima (brot kelp kering)

  • 2 sudu besar biji bijan

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.