Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 160 g tepung gandum

  • ½ sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil gula

  • 1 sudu kecil yis

  • ½ cawan susu suam

  • ¼ cawan + 3 sudu besar minyak

  • ¼ cawan gula perang

  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis

  • 2 sudu besar kacang tumbuk (dibakar)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Hotteok

Hotteok, sejenis penkek yang selalunya diletakkan inti gula perang, serbuk kayu manis dan kacang tumbuk, merupakan antara snek jalanan yang paling popular di Korea ketika musim sejuk. Rangup di luar dan lembut di dalam, ia pasti memberikan kepuasan kepada peminat pemanis mulut.
  • Mudah
  • 90 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 90 min
  • 10 min
  • 10 min

Soalan Sering Ditanya Tentang Hotteok

 

Bagaimana cara menyimpan Hotteok?

Secara tipikal, kami nasihatkan untuk makan pankek pada hari ia dimasak kerana rasanya paling sedap di waktu itu. Tetapi, jika anda perlu simpan Hotteok, anda boleh masukkan ke dalam beg berzip dan letak di dalam penyejuk beku. Bila mahu makan, hanya perlu keluar dan panaskan dalam kuali atau dalam ketuhar gelombang mikro.

 

Berapa lama Hotteok boleh disimpan?

Jika anda simpan Hotteok dalam peti sejuk atau penyejuk beku, kami nasihatkan untuk makan Hotteok dalam masa seminggu supaya anda masih boleh rasa kesegaran perisanya. Jika disimpan pada suhu bilik, ia perlu dimakan dalam masa satu atau dua hari.

Bolehkah saya gantikan gula perang dengan madu dalam resipi Hotteok?

 

Ya boleh, dan sebenarnya, madu akan membuatkan inti menjadi lebih lembut melekit dan sangat enak bila dikunyah. Anda juga boleh tambahkan kacang walnut untuk melengkapkan perisa madu.

 

Adakah Hotteok sentiasa berinti manis?

Bagi sesiapa yang mahu eksperimen dengan  Hotteok berinti savuri, boleh buat inti sayur seperti kimchi atau bulgogi. Anda juga boleh buat Hotteok dengan perisa makanan tempatan! Pankek ini sangat versatil - kami galakkan anda untuk cipta resipi Hotteok tersendiri dengan inti istimewa untuk keluarga dan rakan-rakan.

 

Tip Cara untuk Buat Hotteok

Tambah tepung beras pulut untuk buat pankek lebih kenyal: Memang boleh tambah tepung beras pulut, tetapi pastikan anda tidak buat pankek jadi terlalu kenyal. Hotteok sepatutnya kenyal dan empuk, dan untuk mendapatkan tekstur ini, anda boleh kekalkan nisbah tepung biasa dan tepung beras pulut kepada 1:1 dalam resipi ini, sambil pastikan air tidak banyak.

Guna kacang dicincang halus untuk inti: Dengan menggunakan kacang dicincang halus, anda membenarkan lebih banyak ruang untuk diisi dengan gula perang, bahan utama untuk pankek ini.

Tambah herba segar: Anda boleh berikan resipi Hotteok sentuhan kontemporari dengan menambah herba ke dalam tepung ketika menyediakan doh.

Cara Penyediaan

  1. Sediakan doh

    • Ayak tepung ke dalam mangkuk besar dan tambahkan garam, gula, yis dan susu. Gaulkan sebati sehingga menjadi doh dan balut mangkuk dengan plastik pembalut. Biarkan ia dalam suhu bilik sehingga doh itu menjadi dua kali ganda lebih besar. (Lebih kurang 1 jam pada suhu bilik 27°C)
    • Bila doh itu sudah menaik, keluarkan gas dengan menumbuk doh itu beberapa kali menggunakan tangan anda. Balut semua dengan plastik pembalut dan biarkan selama 20 minit lagi. 
    • Bila doh itu sudah siap, letakkan sedikit minyak pada tangan anda (untuk elakkan daripada melekat) dan bahagikan doh itu untuk membuat 6 penkek bersaiz sederhana.


  2. Sediakan inti

    • Di dalam mangkuk adunan lain, letakkan gula perang, serbuk kayu manis dan kacang tumbuk. Gaulkan sebati dan biarkan sebentar.
    Sediakan inti


  3. Membuat penkek

    • Salut tangan anda dengan minyak sayuran. Letakkan satu daripada doh itu ke tangan anda, leperkan doh menggunakan tangan supaya anda boleh meletak satu sudu besar inti ke dalamnya. Bila sudah selesai, tutup doh itu dengan merapatkan bahagian tepi. Ulang untuk menghabiskan doh yang lain.


  4. Menggoreng penkek

    • Panaskan periuk dengan api sederhana dan bila sudah panas letakkan lapisan nipis minyak masak.
    • Letakkan doh (1 atau lebih bergantung kepada saiz periuk. Jika lebih, pastikan terdapat ruang untuk ia mengembang bila ditekan nanti) ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana sehingga bahagian bawah menjadi sedikit coklat keemasan (lebih kurang 30 saat). Terbalikkan dan tekan doh dengan menggunakan senduk atau alat penekan professional. Masak sehingga bahagian bawah menjadi coklat keemasan (lebih kurang 1 minit). Terbalikkan penkek sekali lagi dan perlahan api. Tutup periuk dengan penutup dan masak sehingga inti gula cair sepenuhnya (lebih kurang 1 minit). Ianya masih boleh dimakan jika anda tidak tutup periuk dengan penutup tetapi inti gula itu tidak akan cair sepenuhnya.
    • Angkat dan letakkan di atas tuala kertas.
    Menggoreng penkek


Saji dan Hidang!

Hidang ketika panas.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 2 orang
  • 160 g tepung gandum

  • ½ sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil gula

  • 1 sudu kecil yis

  • ½ cawan susu suam

  • ¼ cawan + 3 sudu besar minyak

  • ¼ cawan gula perang

  • ¼ sudu kecil serbuk kayu manis

  • 2 sudu besar kacang tumbuk (dibakar)

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.