Resipi Makanan Korea untuk Dicuba

Budaya pop Korea telah menguasai arena hiburan, fesyen dan juga makanan antarabangsa! Bila menyentuh makanan Korea, terdapat banyak lagi makanan yang boleh dinikmati di samping nasi goreng kimchi, sup ayam ginseng dan stew tentera. Daripada pergi ke restoran untuk menikmati makanan Korea kegemaran, apa kata anda masak sendiri di rumah? Lagi pun, memasak juga merupakan satu pengalaman berharga!

Walaupun terdapat beribu-ribu restoran Korea di seluruh dunia, menyediakan sendiri masakan Korea boleh membantu anda menghayati pengalaman yang lebih autentik dan menyeluruh. Dari membeli-belah bahan-bahan diperlukan, menyediakan setiap satu bahan di dapur, memasak sesuatu hidangan dan menjamah hidangan yang dimasak, dapur anda menjadi pintu masuk ke budaya dan warisan berlainan.

Anda sangat bertuah, kerana kami mempunyai koleksi penuh resipi makanan Korea untuk dinikmati sepanjang hari. Tambahan lagi, koleksi kami menggabungkan lebih dari sekadar hidangan biasa. Anda boleh cuba menyediakan sendiri hotteok dan lempeng makanan laut.

Layari hari ini!

3 Hidangan Korea Paling Mudah

Ada yang berfikir hidangan Korea sukar untuk dimasak terutamanya resipi yang melibatkan banyak bahan-bahan dan langkah penyediaan. Jika anda baru mula memasak dan mahu mencuba beberapa resipi Korea yang selamat mudah disediakan, kami telah pilih 3 resipi untuk anda cuba.

  1. Telur Perap dalam Brot Soya: snek enak atau hidangan sampingan, telur ini sedap dinikmati bersama nasi putih. Ia padat dengan protein dan rasa umami yang lazat.
  2. Japchae: hidangan ini biasanya dihidangkan di festival Korea. Rahsia untuk menyempurnakan hidangan ini adalah dengan mendapatkan keseimbangan rasa manis dan masin.
  3. Makaroni & Keju dengan Labu Kimchi: jika anda selalu makan makaroni & keju dengan sos pedas yang banyak, anda pastikan gemarkan resipi ini! Manis, berperisa dan pedas, hidangan ini sangat sesuai bagi mereka yang sukakan makanan pedas.
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.