Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 500 g nasi

  • 50 g cili kering (direndam air panas dan ditapis)

  • 4 ulas bawang putih

  • 2 biji bawang merah

  • 4 sudu besar minyak masak

  • 50 g hati ayam ( dipotong dadu dan dicelur)

  • 50 g pedal ayam (dipotong dadu dan dicelur)

  • 100 g dada ayam (dipotong dadu dan dicelur)

  • ½ cawan kubis (dipotong halus)

  • ½ cawan bayam bayi

  • 3 biji telur

  • 50 g daun bawang

  • 3 sudu besar sos kicap manis

  • 1 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu besar lada putih

  • 1 sudu besar garam

  • 2 sudu besar bawang merah (digoreng)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nasi Goreng Indonesia

Nasi goreng Indonesia adalah antara hidangan paling popular di Indonesia dan seluruh Asia. Cepat, penuh rasa, autentik dan sesuai dimakan pada bila-bila masa dari sarapan ke makan malam. Ia boleh dimasak bersama pelbagai jenis daging dan sayuran, ayam antara pilihan yang paling popular. Cara masakan menggunakan sambal goreng ini menjadikan Nasi Goreng Indonesia bersama ayam kami sebagai makanan selesa Asia utama yang paling cepat, mudah dan enak.
  • Mudah
  • 10 min
  • 15 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 15 min
  • 10 min

Nasi Goreng Indonesia

Resipi Nasi Goreng Tradisional Untuk Masak di Rumah.

Nasi Goreng Indonesia tradisional adalah resipi popular yang mempunyai pelbagai variasi dalam budaya masakan hari ini. Satu sajian klasik, Nasi Goreng Indonesia menggabungkan pelbagai rasa dan bahan-bahan untuk ‘sambal goreng’ buat nasi goreng. 

Hari ini nasi goreng hadir dalam macam-macam bentuk - bersama telur goreng, kiub ayam, udang, daging kisar dan sayuran. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa bahan-bahan utama yang dapat membezakan Nasi Goreng Indonesia dengan variasi nasi goreng lain. 

Kombinasi kicap manis dan adakalanya, sedikit pes udang, sudah cukup untuk menjadikan nasi goreng ini antara makan selesa yang paling lazat pernah anda makan. 

Seperti sajian goreng lain, Nasi Goreng Indonesia adalah sejenis hidangan yang sesuai untuk makan malam ketika malam minggu. Ianya cukup versatil. Dengan mudah anda boleh menghasilkan satu periuk nasi goreng dengan menggabungkan nasi bersama daging pilihan anda dan juga semua jenis sayuran. Selain itu, Nasi Goreng Indonesia adalah sajian sempurna untuk makan malam yang mengenyangkan bila terdapat makanan berlebihan di dapur. Bahan-bahan pula senang untuk didapati, anda tidak perlu menyusahkan diri untuk mencari bahan yang luar biasa. 

Seperti masakan Asia lain, Nasi Goreng Indonesia mempunyai rasa kemanisan dan savori, yang diseimbangkan dengan rasa udang atau sos ikan selain kemanisan sos kicap soya. Ia boleh dijadikan pedas dengan menambah pes cili atau teksturnya juga boleh lebih melekat dengan menambah sos kicap pekat.

Nasi Goreng Indonesia adalah makanan kegemaran penduduk Indonesia yang selalunya dihidangkan bersama taburan bawang goreng atau keropok udang serta timun di sisi.

Tiada inspirasi? Cuba resipi kami untuk hidangan Nasi Goreng Indonesia yang popular dan suntikkan citarasa anda tersendiri.

Soalan-Soalan Yang Sering Diajukan Mengenai Nasi Goreng Indonesia

Nasi Goreng Indonesia selalunya dimasak menggunakan pes udang atau cili, kicap manis dan potongan kecil ayam atau ketulan daging. Dalam resipi kami hari ini, kami akan menggunakan pes cili, potongan dada ayam, dan sedikit sos ikan sebagai perasa. Mahu mencuba rasa kompleks pada Nasi Goreng Indonesia? Kami ada jawapan buat soalan-soalan anda.

Bolehkah Nasi Goreng Indonesia menjadi hidangan vegetarian?

Sudah tentu! Hanya keluarkan daging daripada senarai bahan-bahan dan digantikan dengan sayuran. Selain menggunakan daging, anda boleh cuba menambah kacang panjang, potongan kecil lobak merah atau kiub tauhu di dalam nasi goreng anda. 

Bolehkah saya simpan di dalam peti sejuk dan panaskan semula Nasi Goreng Indonesia keesokan harinya?

Bukan sahaja mudah dimasak, ianya juga sangat versatil. Anda boleh menghasilkan satu periuk nasi goreng dan simpan dalam bekas untuk dimakan semula nanti. Ya, Nasi Goreng adalah antara hidangan yang paling mudah untuk disediakan dan boleh dipanaskan semula keesokan harinya. 

Bagaimana saya boleh membuat Nasi Goreng Indonesia ini lebih pedas atau lebih berperisa dalam teksturnya?

Hanya tambahkan lebih cili atau pes cili pada Nasi Goreng anda dan ia pasti membuatnya lebih pedas. 

Untuk lebih berperisa dan tekstur pula, tambahkan kacang yang akan memberikan sentuhan rangup sementara telur goreng boleh diletakkan sebagai pelengkap sajian. Keropok udang juga menjadi kegemaran selain sambal belacan.

Tip & Trik Untuk Memasak Nasi Goreng Indonesia Yang Lebih Berperisa

Untuk resipi semudah ini, trik untuk menambahkan perisa dalam Nasi Goreng Indonesia adalah terletak pada bahan-bahan dan juga proses penyediaannya. Ia memainkan peranan yang sangat penting.

  1. Cuba gunakan nasi semalam yang sejuk: Penggunaan nasi panas yang baharu masak akan memberi kesan kepada proses gorengan. Nasi panas selalunya kan melekat bila digorengkan dalam sos. Nasi sejuk akan membenarkan ia untuk menjadi karamel dan mengekalkan rasa dan warna kicap manis. Jika anda menggunakan nasi panas, anda boleh ratakan dalam dulang dan simpan dalam peti sejuk untuk beberapa jam untuk mengeringkan permukaan nasi. 
  2. Pastikan anda menggunakan kicap manis: Lebih pekat dan manis daripada sos kicap biasa, kicap manis adalah bahan utama dalam Nasi Goreng Indonesia. Kicap manis akan memberikan rasa kemanisan dan savori pada Nasi Goreng Indonesia.
  3. Eksperimen dengan pes udang: Dalam resipi hari ini, kami hanya menggunakan pes cili. Walau bagaimanapun, Nasi Goreng Indonesia akan lebih lazat dengan tambahan pes udang. Ia akan menambahkan lagi perisa pada Nasi Goreng anda.
  4. Sediakan semua bahan-bahan: Dengan memastikan semua bahan-bahan telah dipotong, saute dan disusun akan memudahkan proses masakan anda. Nasi Goreng Indonesia adalah hidangan yang masak dengan cepat. Bila daging dan sayuran sudah disaute terlebih dahulu, anda hanya tinggal untuk menggoreng semua bahan-bahan lain sehingga nasi menjadi karamel dan coklat.

Cara Penyediaan: Bagaimana Untuk Menghasilkan Nasi Goreng Indonesia

  1. Kisar dan goreng pes cili

    • Dalam mesin pengisar, kisar cili kering, bawang putih dan bawang merah.
    • Tambah 1 sudu besar minyak ke dalam kuali dengan api sederhana. 
    • Bila minyak sudah panas, goreng bahan yang telah dikisar sehingga wangi.
    Kisar dan goreng pes cili


  2. Saute ayam dan sayuran

    • Dalam kuali sama, tambahkan dada dan hati ayam, saute sehingga sekata. 
    • Dalam kuali berbeza, goreng pedal ayam dan kemudian masukkan ke dalam kuali bersama ayam lain.
    • Tambah kubis serta daun bayam dan saute dengan pantas sehingga layu.


  3. Tambah perisa serta masak nasi dan telur

    • Tambah nasi, 3 sudu besar kicap manis, 1 sudu besar sos ikan, 1 sudu besar lada putih dan 1 sudu besar garam.
    • Goreng dengan suhu tinggi dan gaul sehingga bercampur sekata. 
    • Pecahkan telur ke dalam mangkuk. Tolakkan bahan-bahan ke tepi, dan masukkan telur terus pada permukaan kuali. 
    • Hancurkan telur dengan suhu tinggi, dan gaulkan bersama nasi goreng.

    Untuk lebih unik, masak telur dadar nipis dan tutup nasi goreng. Stail masakan ini dikenali sebagai ‘Pattaya’.



Saji dan Hidang!

Masak secukup rasa, kemudian angkat. Tambah daun bawang sebagai hiasan dan dicampurkan. Hidang bersama bawang goreng.

Satu hidangan yang mudah dan lengkap, Nasi Goreng Indonesia merupakan antara sajian yang paling terkenal. Jangan lupa untuk tag kami di Instagram nanti.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 500 g nasi

  • 50 g cili kering (direndam air panas dan ditapis)

  • 4 ulas bawang putih

  • 2 biji bawang merah

  • 4 sudu besar minyak masak

  • 50 g hati ayam ( dipotong dadu dan dicelur)

  • 50 g pedal ayam (dipotong dadu dan dicelur)

  • 100 g dada ayam (dipotong dadu dan dicelur)

  • ½ cawan kubis (dipotong halus)

  • ½ cawan bayam bayi

  • 3 biji telur

  • 50 g daun bawang

  • 3 sudu besar sos kicap manis

  • 1 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu besar lada putih

  • 1 sudu besar garam

  • 2 sudu besar bawang merah (digoreng)

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.