Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 3 orang
  • 50 g tepung ubi / tepung sagu

  • 125 g tepung beras

  • 450 ml air

  • 75 ml air daun suji atau jus daun pandan dari 10-12 helai

    (atau campur dua-dua daun suji & pandan)

  • ½ sudu kecil garam

  • 2 sudu besar air beralkali

  • kiub ais untuk menyejukkan jeli dawet

  • 500 ml santan kelapa

  • 200 g gula jawa / gula kabung / gula perang

  • 7 biji buah nangka

    (dipotong menjadi ketulan 1x1 cm)

  • tapai ubi atau durian

    (pilihan)

  • ais kisar

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Yuda Bustara

Cendol Indonesia (Es Dawet)

{{totalReview}}
Es Dawet atau cendol Indonesia, adalah pencuci mulut tipikal Jawa yang dibuat daripada tepung beras atau tepung beras pulut, dihidang dengan ais kisar, gula perang dan santan kelapa. Ia biasa dinikmati di Asia Tenggara. Resipi ini mengikut gaya cendol Jawa yang sangat mudah untuk disediakan. Saya perasan setiap negara membuat sentuhan tersendiri bila membuat hiasan tetapi asasnya semua adalah sana. Cendol Malaysia biasanya mempunyai hiasan berwarna-warni seperti jagung manis, durian, kacang merah, buah kabung/attap chee, kacang tanah, cincau atau juga aiskrim. Sementara Cendol Singapura pula biasanya dihidang dengan kacang merah dan sirap gula Melaka. Di sini, saya akan menyediakan cendol berkhasiat, menggantikan santan kelapa dengan susu rendah lemak, menggantikan sirap gula dengan madu dan menambah hiasan seperti aloe vera, biji chia, avokado dan buah delima untuk memberi warna yang menawan.
  • Mudah
  • 20 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Buat sirap gula jawa

    • Untuk membuat sirap gula Jawa, masa gula Jawa dalam air sampai gula cair dan menjadi pekat.

    • Tambah buah nangka dan biarkan sirap sejuk.

    Buat sirap gula jawa


  2. Masak jeli cendol

    • Dalam mangkuk asing, campurkan tepung ubi, tepung beras, air, jus daun suji/pandan, air beralkali dan garam. Gaul sebati.

    • Masak campuran sampai menjadi pekat. Ia perlu menghasilkan doh yang lembut. Jika terlalu keras, tambahkan sedikit air.

    • Jangan tambah air terlalu banyak kerana ia akan menjadi lembik.

    • Pastikan doh dimasak sepenuhnya.



  3. Buat jeli cendol

    • Sementara masih panas, tekan campuran ke dalam acuan cendol (atau apa-apa pengayak) untuk menghasilkan helaian cendol.

    • Helaian yang terbentuk hendaklah dimasukkan terus ke dalam air sejuk.

    • Bila menyejuk, cendol akan menjadi pejal.

    Buat jeli cendol


Saji dan Hidang!

Untuk menghidang, isi gelas dengan ais kisar, cendol, santan kelapa, 2 sudu besar sirap gula perang (secukup rasa) dan nangka. Tambahkan tapai ubi atau durian jika mahu.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 orang
    • 50 g tepung ubi / tepung sagu

    • 125 g tepung beras

    • 450 ml air

    • 75 ml air daun suji atau jus daun pandan dari 10-12 helai

      (atau campur dua-dua daun suji & pandan)

    • ½ sudu kecil garam

    • 2 sudu besar air beralkali

    • kiub ais untuk menyejukkan jeli dawet

    • 500 ml santan kelapa

    • 200 g gula jawa / gula kabung / gula perang

    • 7 biji buah nangka

      (dipotong menjadi ketulan 1x1 cm)

    • tapai ubi atau durian

      (pilihan)

    • ais kisar

    Pemakanan
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.