Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 700 g kentang(dikupas kulit dan dihiris)

  • 1 tangkai daun ketumbar(dicincang)

  • 1 tangkai daun bawang(dihiris)

  • 1 biji telur

  • 1 sudu kecil serbuk jintan

  • 1 sudu kecil gula putih

  • 1 sudu kecil lada putih

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Begedil Indonesia

Dikenali di Indonesia dan Malaysia sebagai begedil, ianya garing di luar dan sangat empuk di dalam. Begedil yang digemari ramai ini biasanya digandingkan dengan Soto Ayam & Nasi Lemak. Sedap dimakan begitu sahaja atau bersama hidangan lain.
  • Sederhana
  • 20 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 4 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 20 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Goreng hirisan kentang

    • Panaskan minyak sayuran dalam periuk dengan api sederhana. Goreng hirisan kentang selama 5-7 minit sehingga perang keemasan.

    • Angkat kentang dan letak atas pinggan beralas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak. Simpan minyak untuk digunakan semula.



  2. Lenyek kentang

    • Lenyek kentang dalam mangkuk menggunakan garpu atau pelecek kentang sehingga hancur dan sedikit berketul.


  3. Tambah perasa dan herba dan jadikan bentuk bebola

    • Tambah daun ketumbar, daun bawang, bawang merah, ½ sudu kecil serbuk jintan, 1 sudu kecil gula putih, 1 sudu kecil lada putih dan 1 sudu kecil garam ke dalam kentang lenyek. Gaul sebati.

     Anda juga boleh tambahkan protein seperti daging cincang.

    • Ambil 1 ½ sudu besar campuran kentang dan gulungkan menjadi bentuk bebola. Gunakan tapak tangan untuk leperkan sedikit bebola kentang. Ulang langkah sehingga campuran kentang habis
    Tambah perasa dan herba dan jadikan bentuk bebola


  4. Celup begedil dalam telur dan goreng

    • Panaskan semula minyak yang diketepikan awal tadi dengan api sederhana selama 5 minit.

    • Pecahkan telur dalam mangkuk kecil asing dan pukul telur menggunakan garpu. Celup begedil dalam telur goreng dalam minyak. Goreng 2 hingga 3 ketul begedil dalam satu selama 5 minit sehingga berwarna perang keemasan.

    • Angkat begedil dan letak di atas pinggan beralas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

    |  Hidangan ini sesuai dijadikan pembuka selera atau dihidang bersama makanan popular Melayu seperti lontong.

    Celup begedil dalam telur dan goreng


Hias dan Hidang!

Aturkan begedil dalam pinggan hidangan dan hias dengan daun ketumbar. Hidangkan panas-panas.

Hias dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 700 g kentang(dikupas kulit dan dihiris)

  • 1 tangkai daun ketumbar(dicincang)

  • 1 tangkai daun bawang(dihiris)

  • 1 biji telur

  • 1 sudu kecil serbuk jintan

  • 1 sudu kecil gula putih

  • 1 sudu kecil lada putih

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.