Resipi Masakan India untuk Chef di Rumah

Masakan India adalah antara masakan yang paling berperisa anda boleh jumpa. Padat dengan rempah ratus, setiap hidangan India dihasilkan dari pemilihan rapi bahan-bahan untuk melengkapkan rasa dalam setiap suapan. Ia tidak semestinya pedas - rahsianya adalah keseimbangan rasa dan tekstur. Bunyinya seperti mencabar, tetapi ia adalah sebaliknya. Asalkan anda ikut resipi dengan teliti, hidangan yang menyelerakan dari negara meriah Selatan Asia ini boleh dibuat.

Masakan India - dari resipi makan malam ke manisan

Selain daripada hidangan kari dan daging popular seperti ayam mentega dan kari ikan, masakan India juga dikenali dengan kepelbagaian hidangan vegetarian berkhasiat. Orang India sangat dengan penggunaan sayur-sayuran yang mereka ada, dan kepelbagaian dalam hidangan kulinari mereka dicipta dengan berdozen teknik masakan yang berasal dari lebih 20 negeri.

Jika anda ingin mengalami kepelbagaian ini, kami syorkan untuk menerokai resipi makanan India kami dari budaya berbeza untuk memahami negara ini dan hidangan mereka secara menyeluruh.

Cara-cara memasak makanan India - rahsianya

Sebelum belajar memasak makanan India, sama ada untuk jamuan makan malam atau kejutan untuk diberikan kepada insan tersayang, sediakan lima rempah terpenting yang ditemui dalam mana-mana isi rumah orang India. Ianya adalah:

  1. Jeera (jintan) - untuk rasa seakan kacang dan rasa salai pada lelangit
  2. Haldi (kunyit) - memberikan hidangan warna kuning asli dan dikenali untuk sifat antiradang dan antiseptik
  3. Dhania (ketumbar) - untuk rasa semula jadi dan aromatik
  4. Sarson ke beej (biji sawi) - memberikan rasa pedas dan tekstur berkacang
  5. Garam masala (serbuk rempah pedas) - campuran beberapa rempah yang melengkapkan setiap hidangan India

Masak hidangan berperisa di rumah dengan resipi India yang mudah

Berikut adalah beberapa hidangan India autentik untuk cuba buat di dapur. Sama ada anda mencari resipi makan malam India atau manisan untuk pencuci mulut, anda pasti akan jumpa resipi sesuai dalam buku masakan kami. Layari resipi India di bawah!

Bercakap tentang pencuci mulut, anda sudah layari koleksi pencuci mulut Asia kami yang digemari ramai seperti Sago Gula Melaka dan Pulut Mangga?

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.