Bahan-bahan

  • 200 g beras pulut

  • 180 g coklat gelap

  • 3 sudu besar gula perang

  • 100 g coklat putih

  • 100 ml susu penuh krim

  • 15 g ikan bilis (dikenali sebagai ‘tuyo’ di Filipina)

  • ½ garam

  • air

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Champorado

Nikmati bubur pulut Filipina yang kaya dengan perisa pahit manis coklat gelap - sesuai dihidang untuk waktu snek minum petang.
  • Mudah
  • 5 min
  • 40 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 5 min
  • 40 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Masak beras pulut dengan air dan coklat gelap

    • Masukkan beras pulut dan 1 L air ke dalam periuk dengan api tinggi. Gaul sebati dan didihkan.

    • Bila mendidih, tambah coklat gelap, 3 sudu besar gula perang dan ½ sudu kecil garam. Gaul sebati sehingga coklat cair. Masak dengan api sederhana selama 30 minit.



  2. Cairkan coklat putih dengan susu

    • Dalam periuk kecil asing, isikan ½ periuk dengan air. Letak mangkuk adunan logam di atas periuk untuk membuat teknik periuk tingkat.

    • Masukkan coklat putih dan susu ke dalam mangkuk adunan logam. Kacau rapi selama 5 minit sehingga coklat putih cair. Alih dari api dan ketepikan.

    Cairkan coklat putih dengan susu


  3. Goreng kering ikan bilis

    • Dalam kuali dengan api sederhana tinggi, goreng kering ikan bilis selama 2 minit sehingga berwarna sedikit perang. Ketepikan.
    Goreng kering ikan bilis


Hias dan Hidang!

Pindahkan champorado ke dalam mangkuk atau pinggan hidangan dan titiskan campuran coklat putih. Hias dengan ikan bilis dan hidang panas-panas.

Hias dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • 200 g beras pulut

  • 180 g coklat gelap

  • 3 sudu besar gula perang

  • 100 g coklat putih

  • 100 ml susu penuh krim

  • 15 g ikan bilis (dikenali sebagai ‘tuyo’ di Filipina)

  • ½ garam

  • air

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.