Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 1 ekor ayam

    (dipotong 8 ketul)

  • 2 ketul halia saiz sebesar ibu jari

    (dipotong julienne)

  • 1 biji bawang besar

    (dipotong)

  • 5 ulas bawang putih

    (dicincang)

  • 1 biji cili merah

  • 2 betik muda

    (dipotong kiub) - boleh diganti dengan sayote (labu siam)

  • 5 cawan stok ayam

    (boleh diganti dengan air)

  • 2 sudu besar sos ikan

  • 2 sudu besar minyak sayuran

  • garam

    (secukup rasa)

  • lada hitam

    (secukup rasa)

Ayam Tinola
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Tinola

{{totalReview}}
Cepat dimasak, enak dan menyegarkan, Ayam Tinola adalah sup ayam yang lazat lagi memuaskan hati. Hidangan satu periuk ini menggabungkan bahan-bahan ringkas seperti ayam, halia, bawang, dan betik muda untuk menghasilkan hidangan yang lazat dan berkhasiat. Digemari oleh keluarga orang Filipina, ia dijamin membuatkan anda makan berulang-ulang kali!
  • Mudah
  • 20 min
  • 40 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 11 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 11 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 40 min
  • 10 min

Tinola Ayam (Tinolang Manok) 

 

Sup Ayam Halia Bawang Putih Filipina yang Menyelesakan

Sup ayam tradisional berperisa yang menenangkan, hidangan ini adalah salah satu resipi popular di isi rumah orang Filipina. Ayam Tinola, juga dikenali sebagai ‘Tinolang Manok’ dalam bahasa Tagalog, adalah sup ayam kernih yang diperisakan secukupnya dengan halia dan bawang putih - menjadikan ia hidangan sempurna untuk hari hujan dan cuaca sejuk.

Resipi Ayam Tinola sangat cepat, enak dan menyegarkan jika anda mahu cuba sesuatu yang baru di dapur! Sup ayam untuk jiwa, resipi Filipina yang mudah ini adalah hidangan satu periuk menggabungkan bahan-bahan ringkas seperti ayam, halia, bawang dan betik muda untuk hidangan yang berkhasiat dan menyihatkan. Digemari oleh keluarga Filipina, ianya dijamin membuatkan anda makan berkali-kali!

Soalan Sering Ditanya Tentang Ayam Tinola

Adakah ini kali pertama anda masak Ayam Tinola?

Jangan risau, sup ayam Filipina ini merupakan hidangan yang mudah disediakan di rumah dan boleh dihidang dalam beberapa cara, mengikut kesukaan anda.

Adakah brot ayam satu keperluan? 

Brot ayam tidak wajib ditambah ke dalam resipi Ayam Tinola. Tetapi, anda perlu memasak sup untuk beberapa jam dengan api rendah untuk mengeluarkan perisa sepenuhnya dari tulang ayam. Untuk mengeluarkan perisa yang seakan resipi tradisional Filipina ini, tambahkan brot ayam ke dalam sup.

Apakah bahan alternatif yang boleh menggantikan daun kelor? 

Daun kelor berasal dari iklim tropika - ia mungkin tidak tersedia di pasaraya kegemaran anda. Bayam adalah pengganti yang bagus!

Bagaimana cara untuk meningkatkan tahap kepedasan dalam resipi Ayam Tinola? 

Jika anda penggemar makanan pedas, boleh tambahan cili hijau atau cili jalapeno ke dalam bro Ayam Tinola. Rasa pedas akan lebih kuat berbanding biasa.

Adakah resipi Ayam Tinola ini berkhasiat? 

Ya! Dengan jumlah betik muda dan daun kelor yang mencukupi, makanan Filipina ini adalah hidangan untuk berkhasiat untuk makan malam.

Apa lagi cara popular tetapi mudah untuk mempelbagaikan resipi Ayam Tinola?

Tambah santan kelapa ke dalam resipi ini untuk menghasilkan Ayam Tinola yang lebih berkrim, kaya dan berperisa! 

Apa cara untuk menghidangkan Ayam Tinola? 

Resipi keluarga Filipina ini adalah hidangan ringkas tetapi berperisa yang padat dengan perencah dari garam, halia dan bawang putih. Enak dihidang bersama nasi putih gebu dan panas dengan hidangan plum masam atau pencicha sos ikan. Untuk alternatif lebih berkhasiat, anda boleh gunakan beras perang untuk dinikmati bersama Ayam Tinola.

Memasak Ayam Tinola: Tip dan Petua Resipi 

Ayam Tinola adalah salah satu resipi Filipina paling ringkas, sesuai bagi mereka yang baru belajar memasak yang ingin menyediakan hidangan berkhasiat dan berperisa di rumah. 

  1. Sediakan bahan-bahan secara awal: Potong semua bahan utama - bawang, halia, bawang putih dan cili sebelum mula mendidihkan sup ayam. Potong ayam menjadi saiz gigitan supaya ia mudah empuk dalam rebusan sup. 
  2. Tumis aromatik: Tumis semua bahan aromatik boleh meningkatkan perisa dalam sup ayam. Tumis bawang, bawang putih dan halia dengan minyak panas dalam kuali sehingga menjadi lembut. 
  3. Guna ayam bertulang untuk resipi ini: Bahagian ayam bertulang menawarkan perisa lebih bagus bila ia direbus dalam brot sehingga empuk. Rebusan api rendah membolehkan perisa keluar sepenuhnya untuk resipi Ayam Tinola ini. 

 

Cara membuat

  1. Tumis bawang besar, halia, cili dan bawang putih

    • Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dalam kuali dan tumis bawang besar, halia, cili dan bawang selama 1 minit.

    (Tambahkan lobak jika mahu untuk nutrien ekstra dan warna tambahan.)

    Tumis bawang besar, halia, cili dan bawang putih


  2. Masak ayam

    • Masukkan ayam dan masak sehingga keperangan.

    (Guna dada ayam atau paha ayam tanpa tulang untuk menyediakan hidangan ini dengan lebih mudah.)

    Masak ayam


  3. Rebus stew

    • Tambah stok ayam dan 2 sudu besar sos ikan. Didihkan dan kemudian reneh dengan api rendah selama 10 minit.

    • Masukkan betik muda dan teruskan mereneh sehingga empuk dan ayam masak sepenuhnya. Proses ini mengambil masa lebih kurang 30 minit.

    Rebus stew


Saji dan Hidang!

Tambahkan garam dan lada hitam secukup rasa, kemudian hidangkan panas-panas.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 1 ekor ayam

      (dipotong 8 ketul)

    • 2 ketul halia saiz sebesar ibu jari

      (dipotong julienne)

    • 1 biji bawang besar

      (dipotong)

    • 5 ulas bawang putih

      (dicincang)

    • 1 biji cili merah

    • 2 betik muda

      (dipotong kiub) - boleh diganti dengan sayote (labu siam)

    • 5 cawan stok ayam

      (boleh diganti dengan air)

    • 2 sudu besar sos ikan

    • 2 sudu besar minyak sayuran

    • garam

      (secukup rasa)

    • lada hitam

      (secukup rasa)

    Pemakanan

    Saiz Hidangan: grams

    Hidangan Untuk Setiap Resipi: 4

    Chicken is tasty
    Snort turmeric
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.