Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 600 g tulang rusuk babi

    (dipotong menjadi ketulan 1 inci)

  • 1 sudu besar gula

  • 1 sudu kecil kicap soya

  • 1 sudu besar wain Shaoxing

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • ¼ sudu kecil lada hitam

  • 1 sudu besar tepung jagung

  • 2 sudu besar air

  • 1 sudu kecil bawang putih

    (dicincang)

  • 1 biji cili merah

    (dihiris)

  • 1 sudu kecil kacang hitam ditapai

    (direndam dan ditapis)

  • 1 sudu besar pes kacang ditapai

    (dicincang)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Tulang Rusuk Babi Kukus

{{totalReview}}
Kalau Tulang Rusuk Babi Kukus ini dihidangkan di jamuan, jangan terkejut kalau kena berebut untuk menikmatinya! Dijamin menarik perhatian ramai, tulang rusuk ini dipotong menjadi saiz gigitan dan kaya dengan perapan bawang putih, pes kacang ditapai, kacang hitam kering, kicap soya cair, minyak bijan, dan dikukus sehingga empuk. Hidangan ini biasa dipesan oleh pengunjung di restoran dim sum Cina dan dihidang dalam bekas pengukus mini. Boleh dinikmati begitu saja, atau bersama semangkuk nasi putih.
  • Sederhana
  • 40 min
  • 30 min
  • 10 min
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 40 min
  • 30 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Celur tulang rusuk

    • Didihkan satu periuk berisi air.

    • Masukkan tulang rusuk dan biarkan air mendidih sekali lagi. Buang bendasing yang timbul di permukaan air dan biarkan mendidih selama 1 minit sehingga tiada lagi bendasing yang timbul.

    • Keringkan dan ketepikan.

    Celur tulang rusuk


  2. Sediakan bahan perapan

    • Sediakan bahan perapan


  3. Perap tulang rusuk

    • Lumurkan tulang rusuk dengan gula, wain, kicap soya cair, lada hitam, minyak bijan, tepung jagung dan sedikit air.

    • Kemudian masukkan campuran pes kacang dan gaulkan semua bahan dengan tulang rusuk sehingga sebati.

    • Tutup dan ketepikan untuk diperap selama sekurang-kurangnya 30 minit.

    Perap tulang rusuk


  4. Kukus tulang rusuk

    • Letak tulang rusuk yang diperap ke dalam bekas tanah panas untuk dikukus.

    • Kukus pada kepanasan tinggi selama 25-30 minit atau sehingga daging pada tulang rusuk masak sepenuhnya.



Hias dan Sajikan!

Hiaskan dengan potongan daun bawang. | Enak dimakan bersama nasi panas

Hias dan Sajikan!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 600 g tulang rusuk babi

      (dipotong menjadi ketulan 1 inci)

    • 1 sudu besar gula

    • 1 sudu kecil kicap soya

    • 1 sudu besar wain Shaoxing

    • 1 sudu kecil minyak bijan

    • ¼ sudu kecil lada hitam

    • 1 sudu besar tepung jagung

    • 2 sudu besar air

    • 1 sudu kecil bawang putih

      (dicincang)

    • 1 biji cili merah

      (dihiris)

    • 1 sudu kecil kacang hitam ditapai

      (direndam dan ditapis)

    • 1 sudu besar pes kacang ditapai

      (dicincang)

    Pemakanan
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.