Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 2 sudu besar minyak

  • 3 biji tomato

    (dipotong menjadi ketulan kecil)

  • 1 cawan stok ayam

  • 2 cawan air

  • 2 sudu kecil kicap soya cair

  • ½ sudu kecil minyak bijan

  • ¼ sudu kecil lada putih

  • garam

    (secukup rasa)

  • 1 biji telur

  • 1 ½ sudu kecil tepung jagung

    (campur dengan 2 sudu besar air)

  • 1 batang daun bawang

    (dicincang)

  • 2 sudu besar daun ketumbar

    (dicincang)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Sup Telur dan Tomato

Masam dan manis, Sup Telur dan Tomato adalah hidangan pembuka selera yang terbaik. Berasal dari negara China, hidangan ini mudah disediakan, tanpa mengguna herba istimewa atau teknik istimewa selain daripada mengacau telur bagi mencipta jaluran riben telur. Hidangan yang sangat versatil, anda boleh nikmatinya sebagai pembuka selera, lauk sampingan atau hidangan ringan.
  • Mudah
  • 10 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 10 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Tumis tomato

    • Panaskan minyak dalam periuk dengan api sederhana rendah. Masukkan tomato dan tumis selama 5 minit sehingga lembut dan mula hancur.


  2. Tambah stok

    • Masukkan stok ayam, air, kicap soya, minyak bijan, lada putih dan garam secukup rasa.

    • Didihkan dan rendahkan api supaya sup mereneh dengan periuk ditutup.

    Tambah stok


  3. Buat riben telur

    • Pukul telur dalam mangkuk kecil dan sediakan campuran tepung jagung dalam mangkuk lagi satu.

    • Guna senduk untuk buatkan gerakan pusaran di dalam sup secara perlahan-lahan. Teruskan pusaran sambil anda tuangkan campuran tepung jagung sehingga digabungkan dengan sebati.

    • Kemudian tuang telur pula di tengah-tengah pusaran sambil senduk terus mengacau sup. Inilah caranya untuk menghasilkan riben telur yang cantik.

    • Padamkan api serta-merta bila riben telur telah terbentuk.

    Buat riben telur


Saji dan Hidang!

Hidangkan panas-panas atau pada suhu bilik. Ceduk sup ke dalam mangkuk dan hias dengan potongan daun bawang dan daun ketumbar.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 2 sudu besar minyak

  • 3 biji tomato

    (dipotong menjadi ketulan kecil)

  • 1 cawan stok ayam

  • 2 cawan air

  • 2 sudu kecil kicap soya cair

  • ½ sudu kecil minyak bijan

  • ¼ sudu kecil lada putih

  • garam

    (secukup rasa)

  • 1 biji telur

  • 1 ½ sudu kecil tepung jagung

    (campur dengan 2 sudu besar air)

  • 1 batang daun bawang

    (dicincang)

  • 2 sudu besar daun ketumbar

    (dicincang)

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.