Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 3 biji telur

  • Stok ayam (sama volum seperti telur)

  • Air (sama volum seperti telur) - boleh digantikan dengan stok ayam/sayuran

  • ½ sudu besar minyak bijan

  • Garam

  • Bawang goreng

  • Daun bawang

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Telur Kukus Selembut Sutera

Disajikan di dalam mangkuk untuk dikongsi atau dalam belanga untuk setiap orang, Telur Kukus Selembut Sutera adalah hidangan yang popular untuk dimakan di rumah, atau restoran Cina di sekitar Asia. Ia menampilkan resipi yang sangat mudah, hanya campurkan air bersama telur pukul, perasa dan kukus - tetapi untuk mendapatkan tekstur yang lembut dan betul memerlukan perhatian, seperti mendapatkan nisbah telur dan air yang tepat!
  • Mudah
  • 10 min
  • 15 min
  • 5 min
  • 3 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 7 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 15 min
  • 5 min

Cara Penyediaan

  1. Pukul telur

    • Pecahkan telur ke dalam mangkuk besar, tambah secubit garam, dan pukul selama 1 minit sehingga kembang.

    Memukul telur akan memberikan tekstur yang ringan untuk telur kukus nanti

    Pukul telur


  2. Gabungkan stok bersama campuran telur

    • Sukat air - sama seperti volum telur
    • Sukat stok - sama seperti volum telur
    • Tambah air, stok, campuran telur dan 1 sudu besar minyak bijan ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati.


  3. Kukus telur

    • Tuangkan perlahan campuran telur ke dalam mangkuk tahan panas menggunakan penapis.
    • Tutup dengan filem lekap dan cucuk untuk membuat lubang kecil.
    • Letak mangkuk di atas rak pengukus di dalam wok yang diisikan dengan air mendidih dengan suhu panas. Pastikan air tidak mendidih ke dalam mangkuk ketika mengukus.
    • Perlahankan api dan kukus selama 10 minit.

    Menapis campuran telur akan mengelakkan terhasilnya buih dan memberikan permukaan seperti kaca.

    Kukus telur


Saji dan Hidang!

Alihkan dari alat pengukus. Taburkan bawang goreng dan daun bawang sebelum dihidangkan.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 3 biji telur

  • Stok ayam (sama volum seperti telur)

  • Air (sama volum seperti telur) - boleh digantikan dengan stok ayam/sayuran

  • ½ sudu besar minyak bijan

  • Garam

  • Bawang goreng

  • Daun bawang

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.