Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 3 orang
  • 340 g udang

  • 4 sudu besar kucai kuning

    (dicincang halus)

  • 7 - 8 keping kulit tauhu (dipotong saiz 6x6 inci)

  • minyak untuk menggoreng

  • 2 sudu besar mayonis

  • Perencah:

    ½ sudu kecil serbuk stok ayam

  • ¼ sudu kecil garam

  • ½ sudu kecil wain Shaoxing

  • ½ sudu kecil minyak bijan

  • ¼ sudu kecil lada

  • ½ sudu kecil minyak

  • 1 sudu kecil tepung jagung

  • ½ sudu kecil putih telur

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Popia Kulit Tauhu Inti Udang

{{totalReview}}
Satu lagi kategori dim sum popular, Popia Kulit Tauhu Inti Udang rangup dan berjus yang sangat menyelerakan, boleh membuatkan anda makan tanpa henti. Hidangan ini seringkas namanya - inti udang cincang manis dibalut dalam kulit tauhu, digoreng sehingga rangup dan berwarna perang keemasan. Hidangkan panas-panas bersama mayonis untuk dicicah!
  • Mudah
  • 45 min
  • 5 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 5 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Perap udang

    • Potong separuh jumlah udang jadi ketulan kecil dan lagi separuh dicincang.

    • Campur udang dengan semua bahan-bahan Perencah termasuk kucai kuning. Jika campuran terlalu cair dan tidak melekit, tambahkan tepung jagung.



  2. Balut popia udang

    • Letak sekeping kulit tauhu di atas permukaan rata. Sapukan dengan tuala lembap pada permukaan supaya menjadi lembut dan mudah lentur.

    • Ceduk 1 sudu besar inti udang dan letak di atas kulit tauhu. Sapu sedikit air di sekeliling kulit tauhu untuk dijadikan gam.

    • Gulungkan bahagian bawah kulit, dan bungkus inti udang dengan padat. Gulung sehingga ke penghujung kulit tauhu.

    • Lipat kedua-dua bahagian kulit yang terbuka dan pastikan dibungkus rapi supaya bila digoreng, minyak tidak meresap masuk. Basahkan tangan supaya mudah untuk membungkus popia.

    Balut popia udang


  3. Goreng

    • Panaskan minyak secukupnya dalam kuali untuk menggoreng. Bila minyak sudah panas, turunkan api kepada sederhana dan perlahan-lahan masukkan popia udang ke dalam minyak.

    • Sentiasa terbalikkan popia dan goreng sehingga perang keemasan.

    • Angkat dan letak di dalam pinggan beralas tisu dapur untuk menyerap lebihan minyak.

    Goreng


Saji dan Hidang!

Popia boleh dipotong dua dan hidangkan dengan mayonis.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 3 orang
    • 340 g udang

    • 4 sudu besar kucai kuning

      (dicincang halus)

    • 7 - 8 keping kulit tauhu (dipotong saiz 6x6 inci)

    • minyak untuk menggoreng

    • 2 sudu besar mayonis

    • Perencah:

      ½ sudu kecil serbuk stok ayam

    • ¼ sudu kecil garam

    • ½ sudu kecil wain Shaoxing

    • ½ sudu kecil minyak bijan

    • ¼ sudu kecil lada

    • ½ sudu kecil minyak

    • 1 sudu kecil tepung jagung

    • ½ sudu kecil putih telur

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki