Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 200 g tepung gandum

  • 20 g tepung jagung

  • 4 sudu kecil susu tepung

  • 480 g pes kacang merah (gantikan kacang merah dengan pes teratai atau pes keladi)

  • 2 biji telur

  • 2 sudu besar gula perang

  • 1/8 sudu kecil garam

  • 300 ml air

  • 4 sudu besar minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Penkek Kacang Merah Cina

{{totalReview}}
Bayangkan - krep rangup, keemasan yang mempunyai lapisan baldu pes kacang merah suam. Sesuai sebagai pemanis mulut sempurna, ia berasal dari China, dan merupakan menu wajib ada di semua restoran Cina yang autentik. Dihasilkan dengan bahan-bahan yang sangat mudah seperti tepung gandum, minyak bijan dan pes kacang merah (buat sendiri atau dalam tin) - dan tidak seperti pemanis lain, ia memerlukan masa yang singkat untuk disediakan. Jika anda mahukan sedikit warna dan kemanisan, taburkan gula aising di atas penkek nanti!
  • Mudah
  • 10 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan bater

    • Dalam mangkuk adunan, tambah tepung gandum, tepung jagung, susu tepung, 2 sudu besar gula perang dan ⅛ sudu kecil garam. Campurkan sebati.
    • Kacau perlahan dengan 300 ml air, dan pecahkan 2 biji telur dan kacau.
    • Biarkan sebentar.


  2. Masak dan isikan penkek

    • Dalam kuali yang tak melekat dengan api perlahan, sapukan lapisan nipis minyak.
    • Bila sudah panas, tuang 1 senduk adunan bater dan putarkan untuk menjadi krep nipis. 
    • Masak selama 1 minit (atau sehingga kering), pastikan krep tidak terlampau masak. 
    • Angkat, set di tepi dan ulang dengan adunan bater yang masih ada. 
    • Letakkan satu krep di permukaan rata, kemudian letak satu sudu 80 g pes kacang merah pada bahagian tengah dalam bentuk segi empat.
    • Lipatkan bahagian tepi, kemudian lipatkan bahagian bawah ke atas, dan lapiskan bahagian atas, seperti sampul surat.

    Bila menuang bater ke atas kuali panas, pastikan bater itu tidak terlalu tebal - secara idealnya bater perlu kelihatan sedikit jarang atau lut cahaya.

    Masak dan isikan penkek


  3. Goreng pancake

    • Dalam kuali lain dengan api sederhana-panas, panaskan 4 sudu besar minyak sayuran.
    • Bila sudah panas, goreng tohor 2 penkek dalam satu masa sehingga menjadi coklat keemasan.
    Goreng pancake


Saji dan Hidang!

Sajikan bersama teh Cina panas sebagai hidangan snek petang.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 200 g tepung gandum

    • 20 g tepung jagung

    • 4 sudu kecil susu tepung

    • 480 g pes kacang merah (gantikan kacang merah dengan pes teratai atau pes keladi)

    • 2 biji telur

    • 2 sudu besar gula perang

    • 1/8 sudu kecil garam

    • 300 ml air

    • 4 sudu besar minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki