Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2-3 orang
  • 8 ekor udang saiz sederhana

    (dikupas kulit dan dibuang kotoran)

  • 1 sudu kecil gula

  • ½ sudu kecil soda penaik

  • air untuk rendam udang

  • 1 cawan ais kiub

  • 4 + 4 sudu besar minyak

  • 5 biji telur

  • 3 cawan nasi masak

  • 1 sudu kecil serbuk stok ayam

  • ¾ sudu kecil garam

  • ¾ sudu besar kicap soya

  • 2 batang daun bawang

    (dipotong)

  • ½ sudu kecil lada sulah

Nasi Goreng Din Tai Fung
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nasi Goreng Din Tai Fung

{{totalReview}}
Jika anda selalu ada nasi lebih di rumah, kami ada penyelesaian yang enak untuk anda. Kalau anda fikirkan tentang nasi goreng, tepat sekali kerana anda boleh gunakan nasi lebih untuk masak hidangan yang berekonomi, sangat muda disediakan dan sentiasa menjadi kegemaran di meja makan. Hanya perlu goreng, kacau dan nasi goreng siap disediakan!
  • Mudah
  • 40 min
  • 15 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 40 min
  • 15 min
  • 10 min

Cara Membuat

  1. Sediakan udang

    • Campurkan gula dan soda penaik ke dalam mangkuk berisi air.

    • Masukkan udang ke dalam air.

    • Tambah ais kiub dan dinginkan dalam peti sejuk selama 30 minit.

    • Keluarkan udang, tapis dan bila. Ketepikan.

    Sediakan udang


  2. Goreng udang

    • Panaskan minyak dalam kuali dan goreng udang dengan api sederhana. Goreng setiap bahagian selama 1-2 minit sehingga 80% masak.

    • Alihkan dari api dan ketepikan.



  3. Goreng nasi

    • Masukkan baki minyak dalam kuali yang sama dan panaskan.

    • Masukkan telur ke dalam kuali. Pecahkan kuning telur dan kacau.

    • Masukkan nasi dan kacau supaya nasi tidak bergumpal. Teruskan mengacau supaya nasi disalut rapi dengan telur.

    • Tambah serbuk stok ayam dan garam. Kacau sebati.

    • Masukkan kicap soya dan teruskan mengacau sehingga kicap diserap kering.

    • Masukkan daun bawang dan lada sulah secukup rasa.

    • Masukkan udang dan kacau kali terakhir selama 15 saat dan padamkan api.

    Goreng nasi


Hias dan Hidang!

Hidang panas-panas

Hias dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2-3 orang
    • 8 ekor udang saiz sederhana

      (dikupas kulit dan dibuang kotoran)

    • 1 sudu kecil gula

    • ½ sudu kecil soda penaik

    • air untuk rendam udang

    • 1 cawan ais kiub

    • 4 + 4 sudu besar minyak

    • 5 biji telur

    • 3 cawan nasi masak

    • 1 sudu kecil serbuk stok ayam

    • ¾ sudu kecil garam

    • ¾ sudu besar kicap soya

    • 2 batang daun bawang

      (dipotong)

    • ½ sudu kecil lada sulah

    Pemakanan
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.