Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 4-6 orang
  • 1.4 kg seekor ayam

  • Lemak ayam (dari bahagian pinggul ayam)

  • 3 cawan beras jasmin (basuh dan ditapis)

  • 4 cawan + 3 sudu besar stok ayam

  • 50 g halia (dihiris)

  • 14 ulas bawang putih

  • 2 batang daun bawang

  • 5 cili merah bersaiz besar

  • 2 cili padi

  • 1 sudu besar + 1 sudu kecil cuka

  • 2 sudu kecil gula

  • 3 sudu besar sos kicap soya

  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 3 sudu besar minyak sayuran

  • Garam (secukup rasa)

  • 4 L air

  • Ais

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Nasi Ayam Hainan

Sajian yang popular di Singapura, Malaysia dan Thailand, ianya juicy dan keempukan ayam kukus sentiasa menjadi pilihan untuk menjamu selera! Ini adalah resipi mudah untuk anda cuba di rumah.
  • Sukar
  • 30 min
  • 70 min
  • 20 min
  • 8 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • Sukar
  • 8 langkah-langkah
  • 17 Bahan-bahan
  • 30 min
  • 70 min
  • 20 min

Cara Penyediaan

  1. Bersih dan sapukan ayam dengan garam

    • Bersihkan ayam dan potong bahagian lemak pada pinggul ayam. Simpan lemak ayam itu.
    • Tepuk kering serta sapukan ayam dengan 1 sudu besar garam dan bilas ayam dengan air untuk membuang garam berlebihan.

    Menyapu ayam dengan garam akan membuatkan kulit ayam kelihatan berkilat



  2. Letak ayam dalam air

    • Dalam periuk air mendidih, masukkan ayam dengan bahagian dada ke atas. Tutup periuk dengan api sederhana, biarkan selama 45 hingga 50 minit.
    Letak ayam dalam air


  3. Sediakan sos cili

    • Dengan menggunakan mesin pengisar, kisar cili merah bersaiz besar, cili padi, 8 ulas bawang putih, 10 g halia, 2 sudu besar stok ayam, 1 sudu besar cuka, 2 sudu kecil gula dan 4 sudu besar air. Biarkan sebentar.
    Sediakan sos cili


  4. Sediakan sos bawang putih halia dan sos kicap soya

     
    • Dalam periuk kecil dengan suhu tinggi, panaskan 3 sudu besar minyak sayuran. Bila minyak sudah panas, tutup api dan tambah 2 ulas bawang putih dan 10 g halia kisar. Kacau dan biarkan ia tumis selama 3 minit. 
    • Tambah ½ sudu kecil garam dan 1 sudu kecil cuka dan kacau selama 5 minit, sehingga wangi dan masak sedikit karamel. Biarkan sebentar.
    • Dalam mangkuk, campurkan 3 sudu besar sos kicap soya, 1 sudu besar minyak bijan dan 1 sudu besar stok ayam sehingga sebati.


  5. Masak nasi ayam

     
    • Dalam kuali dengan api sederhana, letakkan lemak ayam dan goreng selama 1 minit. Letakkan 4 ulas bawang putih kisar dan goreng untuk 1 minit. 
    • Letakkan beras dan gaul selama 2 minit. 
    • Tutup api dan masukkan beras ke dalam periuk nasi. Tambah ½ sudu kecil garam dan 4 cawan stok ayam. Masak nasi mengikut cara penyediaan periuk nasi.


  6. Rendam ayam dalam ais

    • Selepas 45 minit merebus ayam, letakkan ais ke dalam mangkuk adunan. Bila ayam sudah masak, keluarkan daripada periuk dan buang air dalam bahagian rongga ayam.
    • Masukkan ayam ke dalam ais, pastikan kulit ayam tidak rosak. Biarkan ayam di dalam rendaman ais selama 10 minit.

    Rendaman ais dapat menghentikan proses masakan, ia dapat mengekalkan jus dan memberikan tekstur kulit ayam yang lebih baik



Saji dan Hidang!

Potong ayam dan letakkan di pinggan sajian. Hidang bersama nasi, sos cili dan sos bawang putih halia.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4-6 orang
  • 1.4 kg seekor ayam

  • Lemak ayam (dari bahagian pinggul ayam)

  • 3 cawan beras jasmin (basuh dan ditapis)

  • 4 cawan + 3 sudu besar stok ayam

  • 50 g halia (dihiris)

  • 14 ulas bawang putih

  • 2 batang daun bawang

  • 5 cili merah bersaiz besar

  • 2 cili padi

  • 1 sudu besar + 1 sudu kecil cuka

  • 2 sudu kecil gula

  • 3 sudu besar sos kicap soya

  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 3 sudu besar minyak sayuran

  • Garam (secukup rasa)

  • 4 L air

  • Ais

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.