Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 400 g mi putih segar atau kering

  • ½ sudu kecil biji lada Sichuan (dikisar)

  • 2 sudu besar minyak cili

  • 1 sudu besar pes bijan (pes Tahini)

  • 3 sudu besar sos kicap cair

  • 1 ½ sudu besar gula

  • 1 sudu kecil cuka (dark vinegar)

  • 2 sudu besar minyak

  • 3 sudu besar sichuan ya cai

  • 100 g daging babi cincang (diperap dengan ¼ sudu kecil garam, ½ sudu kecil gula, ½ tepung jagung, ½ minyak bijan, ½ sudu kecil wain Shaoxing, ½ kicap cair)

  • ½ sudu besar wain Shaoxing

  • ½ sudu besar kicap cair

  • 4 biji cili kering (dibuang biji)

  • 1 batang daun bawang (dipotong)

Mi Dan Dan Din Tai Fung
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Mi Dan Dan Din Tai Fung

{{totalReview}}
Sukakan mi yang pedas, manis dan juga masam? Pasti anda akan menyukai Mi Dan Dan inspirasi Din Tai Fung yang menampilkan sayuran, daging babi cincang yang diperap dan sos pedas iaitu kicap soya, gula, minyak cili, pes bijan dan lada biji Sichuan. Nota tambahan untuk sajian ini - jika anda suka hidup yang lebih berbahaya, letakkan lebih banyak lada biji nanti!
  • Sederhana
  • 20 min
  • 20 min
  • 10 min
  • 5 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 5 langkah-langkah
  • 14 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 20 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Sediakan sos

    • Dalam kuali kecil, panaskan kicap soya, gula dan cuka. 
    • Hasilkan sos itu dalam nisbah: 2 bahagian campuran kicap/gula, 2 bahagian minyak cili, 1 bahagian pes bijan.
    • Taburkan serbuk lada biji Sichuan dan campurkan sebati.


  2. Goreng kilas daging babi

    • Panaskan kuali bersama minyak panas. Tambah cili kering, tumis selama lebih kurang 30 saat untuk menambah rasa pada minyak. Bila ia mula menukar warna, keluarkan dan buang. 
    • Tambahkan Yacai dan terus menggoreng dalam suhu rendah selama 1 minit, sehingga ia mula kelihatan layu.
    • Naikkan suhu kepada sederhana tinggi dan letakkan daging babi bersama perapannya. 
    • Goreng kilas selama 1-2 minit, pastikan memecah-mecahkan daging babi itu.
    • Bila daging babi sudah mula menukar warna, tambah ½ sudu besar wain masakan. Kemudian tambah ½ sudu besar kicap soya. Kacau sebati sehingga tiada lagi kelihatan cecair. Angkat dan biarkan sebentar.
    Goreng kilas daging babi


  3. Rebus mi

    • Rebus air dalam periuk sehingga mendidih.
    • Rebus mi selama 3 minit atau mengikut arahan paket.
    • Bila sudah masak, keluarkan dari api dan bilas dengan air sejuk.
    Rebus mi


  4. Susun atur mi

    • Ceduk 3 sudu penuh sos dan tuangkan ke dalam mangkuk.
    • Letakkan mi di atas sos, kemudian tuangkan inti daging di bahagian atas.


Hias dan Hidang!

Tuangkan beberapa sudu minyak cili di sekitar mi, dan hiaskan dengan sedikit daun bawang.

Hias dan Hidang!

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 400 g mi putih segar atau kering

    • ½ sudu kecil biji lada Sichuan (dikisar)

    • 2 sudu besar minyak cili

    • 1 sudu besar pes bijan (pes Tahini)

    • 3 sudu besar sos kicap cair

    • 1 ½ sudu besar gula

    • 1 sudu kecil cuka (dark vinegar)

    • 2 sudu besar minyak

    • 3 sudu besar sichuan ya cai

    • 100 g daging babi cincang (diperap dengan ¼ sudu kecil garam, ½ sudu kecil gula, ½ tepung jagung, ½ minyak bijan, ½ sudu kecil wain Shaoxing, ½ kicap cair)

    • ½ sudu besar wain Shaoxing

    • ½ sudu besar kicap cair

    • 4 biji cili kering (dibuang biji)

    • 1 batang daun bawang (dipotong)

    Pemakanan
    Kongsi Resipi
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.