Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 2 ketul paha ayam

  • 4 gumpal mee sua kering

  • 50 g halia (dibuang kulit dan dihiris)

  • 400 ml wain Cina(diagihkan)

  • 3 sudu besar minyak bijan

  • 500 ml stok ayam atau air

  • 5 ketul cendawan shiitake kering(direndam dalam air panas sehingga kembang & dihiris nipis)

  • 1 sudu besar beri goji(direndam dalam air sehingga kembang)

  • garam & lada putih(secukup rasa)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Sarah Huang Benjamin

Mee Sua Ayam dengan Wain dan Halia

“Comfort food” ini boleh dijadikan hidangan permulaan untuk Tahun Baru. Sup panas yang sarat dengan perisa, bersama aroma ayam, halia dan wain Cina yang pasti meningkatkan selera anda.
  • Sederhana
  • 70 min
  • 40 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 70 min
  • 40 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Reneh sup ayam

    • Panaskan minyak bijan dalam periuk besar dengan api sederhana.

    • Tumis hirisan halia selama 1-2 minit sehingga naik bau.

    • Masukkan hirisan cendawan shiitake dan tumis selama 30 saat.

    • Kemudian tuangkan 200 ml wain beras Cina bersama air atau stok ayam.

    • Masukkan ketulan paha ayam ke dalam sup dan biarkan mendidih.

    • Rendahkan api, letakkan tudung periuk dan reneh selama 25-30 minit, sehingga paha ayam menjadi empuk.

    Reneh sup ayam


  2. Masak mee

    • Tambahkan garam ke dalam sup secukup rasa.

    • Masukkan mee sua kering ke dalam sup bersama buah goji.

    • Kacau mee supaya terlerai dan masak selama 1 minit.

    Masak mee


Saji dan Hidang!

Hidangkan panas-panas.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 2 ketul paha ayam

  • 4 gumpal mee sua kering

  • 50 g halia (dibuang kulit dan dihiris)

  • 400 ml wain Cina(diagihkan)

  • 3 sudu besar minyak bijan

  • 500 ml stok ayam atau air

  • 5 ketul cendawan shiitake kering(direndam dalam air panas sehingga kembang & dihiris nipis)

  • 1 sudu besar beri goji(direndam dalam air sehingga kembang)

  • garam & lada putih(secukup rasa)

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.