Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 400 g kailan

  • 10 ulas bawang putih

    (dipotong)

  • ½ genggam daun kari

  • 2 biji cili padi

    (dihiris)

  • 2 sudu besar mentega

  • 6 sudu besar krim tebal (heavy cream)

  • minyak untuk menggoreng

  • garam secukup rasa

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Kailan Masak Buttermilk

{{totalReview}}
Kailan, sayur Cina berdaun yang sangat menarik. Dalam resipi ini, kailan boleh dihias dengan sos buttermilk berkim keemasan dengan sentuhan rasa pedas. Jika anda gemarkan makanan pedas, boleh tambah lebih cili padi dan daun kari. Selepas ditumis dengan mentega, krim tebal dan bawang putih, Kailan Masak Buttermilk bakal menjadi sebutan ramai.
  • Mudah
  • 15 min
  • 35 min
  • 10 min
  • 5 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 5 langkah-langkah
  • 8 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 35 min
  • 10 min

Cara membuat

  1. Hiris sayur kailan

    • Hiris dari penghujung daun kailan hingga ke bahagian tengah sepanjang 2 inci, tinggalkan bahagian tua dan batang. Hiris nipis daun kailan 2 inci, potong batang menjadi dua dan ketepikan.
    Hiris sayur kailan


  2. Goreng daun kailan

    • Panaskan minyak secukupnya dalam periuk dengan api tinggi. Goreng hirisan daun kailan yang nipis dalam minyak panas selama 10 minit sehingga garing.

    • Tambah garam dan ketepikan.

    Goreng daun kailan


  3. Celur batang kailan

    • Dalam periuk asing, isikan air secukupnya dan panaskan. Bila air sudah mendidih, celur batang kailan selama 10 saat.

    • Keluarkan batang kailan dan masukkan dalam mangkuk berisi air dan ais.

    • Tapis dan keringkan dengan tisu dapur.



  4. Tumis batang kailan

    • Panaskan 1 sudu besar minyak dalam kuali dengan api sederhana dan tumis batang kailan.

    • Tumis selama 1 minit dan ketepikan.



  5. Masak sos buttermilk

    • Dalam kuali yang sama, masukkan potongan bawang putih, daun kari dan hirisan cili padi dan tumis sehingga naik bau.

    • Bila sudah wangi, masukkan 2 sudu besar mentega dan 6 sudu besar krim tebal.

    • Tumi dan kacau sehingga sos menjadi pekat.

    Masak sos buttermilk


Hias dan Sajikan!

Susun batang kailan dalam pinggan dan tuang sos buttermilk. Hiaskan dengan daun kailan goreng dan hidang.

Hias dan Sajikan!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 400 g kailan

    • 10 ulas bawang putih

      (dipotong)

    • ½ genggam daun kari

    • 2 biji cili padi

      (dihiris)

    • 2 sudu besar mentega

    • 6 sudu besar krim tebal (heavy cream)

    • minyak untuk menggoreng

    • garam secukup rasa

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki