Masakan Cina

Adakah anda penggemar sajian dan pemanis mulut Cina? Asian Food Network akan membantu anda dengan membuatnya lebih mudah, cepat, dan kekal autentik. Resipi kami datang daripada pencinta masakan di China, Hong Kong, Taiwan dan juga dari sekitar Asia, dan diamalkan sendiri oleh mereka. Cara penyediaan langkah demi langkah, gambar, dan video akan membuat lebih mudah tidak kira di mana anda berada. Informasi diet utama diterangkan, jadi kurang masa untuk penyediaan tetapi lebih banyak masa untuk berkongsi hidangan Cina yang autentik, mudah dan cepat dengan yang tersayang. Anda sudah menjamu selera?

Masakan Cina ada yang kompleks, di mana setiap hidangan mempunyai keseimbangan dari segi rupa, aroma dan yang paling penting - rasa. Tetapi buat yang baharu, anda boleh memulakan dengan beberapa resipi yang mudah di Asian Food Network yang mengajar setiap langkah penyediaan untuk memastikan ianya autentik tetapi masih membenarkan anda untuk bereksperimen dalam masa yang sama.

Bagaimanakah untuk memasak hidangan Cina yang paling popular tanpa mengabaikan warisan tradisi? Usah risau, kami di Asian Food Network akan membantu anda. Berasal daripada ajaran Confucianisme, di mana makanan digunakan untuk mempromosi kesihatan dan panjang umur. Antara hidangan Cina popular termasuklah Mapo Tofu, Three Cup Chicken, Xiao Long Bao, Chinese Spinach Soup, Steamed Pork Ribs, dan Steamed Chicken and Pumpkin yang menggunakan cara masakan “ringan” dengan bahan-bahan, sos, perasa seperti sos ikan, serbuk lima rempah, sos tiram, kicap soya, cuka, bawang putih, halia segar dan lain-lain yang akan memberikan citarasa dan aroma yang kompleks.

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.