Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 3 orang
  • 150 g mee kuning

  • 150 g bee hoon tebal

  • 10 ekor udang (dengan kepala)

  • 300 g kulit udang

  • 600 g tulang babi

  • 2 ekor sotong

  • 200 g daging perut babi

  • 1 sudu besar ketulan lemak babi(digoreng)

  • 2 ketul kek ikan (dihiris)

  • 60 g tauge

  • 4 tangkai kucai Cina (dipotong sepanjang 5 cm)

  • 2 biji telur (dipukul)

  • 2 sudu besar bawang putih (dicincang)

     

  • 4 biji bawang merah

  • 1 sudu besar biji lada putih

  • 30 g gula batu

  • 3 tsp fish sauce

  • 3 sudu kecil sos ikan

  • 1 sudu kecil kicap soya cair

  • sambal & potongan limau

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Mee Hokkien Singapura

Kalau hidangan boleh menjadi perasaan, Mee Hokkien Singapura pastinya dikenali sebagai ceria! Sepinggan mee kuning dan bee hoon, udang kemerahan, gegelang sotong dan helaian kucai Cina bergenang di dalam kuah yang dibuat dengan brot makanan laut dan dihidang dengan limau, hidangan popular ini boleh ditemui di Pusat Penjaja seluruh Singapura. Ingat tip ini - lagi lama anda renehkan brot makanan laut, lagi lazat rasanya!
  • Sederhana
  • 20 min
  • 70 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 20 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 4 langkah-langkah
  • 20 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 70 min
  • 15 min

Mee Hokkien Singapura

Kalau hidangan boleh menjadi perasaan, Mee Hokkien Singapura pastinya dikenali sebagai ceria! Sepinggan mee kuning dan bee hoon, udang kemerahan, gegelang sotong dan helaian kucai Cina bergenang di dalam kuah yang dibuat dengan brot makanan laut dan dihidang dengan limau, hidangan popular ini boleh ditemui di Pusat Penjaja di seluruh Singapura.

Cipta semula hidangan penjaja ini di rumah

Dengan asal-usul dari wilayah Fujian di China, Mee Hokkien Singapura boleh dilihat sebagai versi lain Mee Udang Penang, satu hidangan Cina dari Malaysia yang sama tandingannya. Tetapi, jika anda mahukan sesuatu yang enak buat pertama kali di pusat penjaja Singapura, Mee Hokkien boleh menjadi permulaan yang bagus dalam pengembaraan kulinari Singapura anda.

Sekali lagi, kami mahukan anda menikmati hidangan ini tidak kira di mana anda berada - asalkan resipi kami di bawah diikut secara teliti, anda boleh menyediakan sendiri sepinggan Mee Hokkien Singapura di dapur.

Anda juga boleh mengawal kandungan garam dan minyak bila menyediakan sendiri Mee Hokkien Singapura. Sementara jabatan kesihatan kebangsaan bekerja keras untuk menggalakkan penjaja Singapura mengamalkan cara memasak yang sihat, menyediakan sendiri hidangan di rumah memberikan anda kawalan penuh untuk bahan-bahan yang digunakan. Selain itu, kita juga mempunyai citarasa sendiri untuk sesetengah hidangan - anda boleh tambah lebih banyak udang jika gemarkan makanan laut.

Mee Hokkien Singapura adalah yang paling kami gemari dalam banyak-banyak resipi. Selain daripada aromanya yang menyelerakan dan penuh dengan perisa, ia juga sesuai dijadikan menu makan tengah hari untuk dibawa ke sekolah atau pejabat. Tambahkan sehiris limau dan satu sudu sambal, dan anda sudah bersedia untuk memasuki pengembaraan gastronomi!

 

Soalan Sering Ditanya tentang Mee Hokkien Singapura

Apakah jenis mee khas yang digunakan untuk Mee Hokkien Singapura?

Resipi tradisional Mee Hokkien Singapura menggunakan dua jenis mee: mee telur kuning tebal dan bee hoon beras. Biasanya jumlah yang sama rata digunakan kerana ia memberi rasa dan tekstur unik kepada keseluruhan hidangan.

Bolehkah brot yang siap dibuat ditemui di pasar raya?

Dengan kehadiran dan kepopularan makanan siap dibuat dan kit resipi mudah dan ringkas, anda patutnya boleh temui brot Mee Hokkien di pasar raya. Tetapi, seperti yang kami katakan, hidangan yang sedap adalah hidangan yang dibuat sendiri kerana anda boleh mengawal kandungan nutrien.

Bolehkah saya tidak gunakan lemak dan daging babi dalam hidangan ini?

Mee Hokkien Singapura klasik menggunakan lemak dan daging babi untuk meningkatkan rasa dan memekatkan kuah. Jika anda menyediakan hidangan ini untuk tetamu yang tidak gemar atau tidak boleh makan daging babi, anda boleh gantikan dengan tepung jagung untuk tujuan memekatkan kuah. Tentang perisa pula, boleh biarkan bro makanan laut mereneh lebih lama supaya lebih banyak perisa boleh dikeluarkan dari udang, bawang merah dan sotong.

Apa yang boleh dinikmati bersama Mee Hokkien Singapura?

Mee Hokkien Singapura biasanya boleh dihidang bersama sambil gaya Malaysia/China, iaitu pes perencah cili tumis. Anda boleh beli sebotol di pasar raya untuk disimpan di rumah dan dihidangkan bersama hidangan lain seperti Mee Sup Udang. Anda juga boleh buat sendiri sambal - sila rujuk resipi Telur Dadar Tiram. Pastikan anda perah sedikt jus limau ke dalam mee dan kacau sebelum mula makan!

 

Tip menyediakan Mee Hokkien Singapura

  1. Reneh lebih lama untuk mee lebih kering: Jika anda bukan penggemar mee basah, boleh biarkan campuran mee mereneh lebih lama supaya kuah diserap oleh mee. Jika anda gemarkan lebih banyak kuah, tambah brot ketika mee dimasak.
  2. Guna lebih banyak kulit udang untuk stok berperisa: Jika anda gemar untuk tidak menggunakan lemak dan daging babi, boleh tambah lebih banyak kulit udang untuk buatkan brot jadi lebih berperisa. Biarkan brot mereneh lebih lama dan kuah akan jadi lebih sedap!
  3. Tambah sayur hijau: Ada orang yang rasakan hidangan ini nampak kosong. Anda boleh potong beberapa daun bawang dan gaulkan dengan mee, dan guna pasli sebagai hiasan.
  4. Tambah garam hanya selepas ujian rasa: Resipi kami menggunakan stok ikan bilis dan kicap soya cair yang sudah memberikan kandungan garam secukupnya. Untuk memastikan hidangan anda tidak terlalu masin, cuba buat ujian rasa di pengakhiran proses memasak ketika mee masih mereneh untuk tahu sama ada garam perlu ditambah atau tidak. Kami syorkan untuk menambah lebih banyak kicap soya cair. Jika tidak, perahkan sedikit jus limau untuk melengkapkan rasa hidangan.

 

Cara Penyediaan Mee Hokkien Singapura

  1. Celur tulang babi

    • Didihkan air dalam periuk dan masukkan tulang babi. Anda juga boleh tambahkan ekor babi untuk meningkatkan rasa brot.

    • Keluarkan tulang babi dari periuk, buang air dan bilas tulang babi untuk menghilangkan bendasing.



  2. Masak stok makanan laut dan masak hirisan daging perut babi

    • Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dalam periuk bersih dengan api tinggi.

    • Tumis 1 sudu besar bawang putih cincang, bawang merah dan kulit udang selama 3 minit sehingga kulit udang bertukar warna merah.

    • Bila kulit udang sudah berwarna merah, tambah stok ikan bilis, biji lada putih, gula batu, tulang babi dan daging perut babi.

    • Masak sehingga mendidih sebelum api direndahkan kepada sederhana.

    • Biarkan stok mereneh selama 40 minit.

    • Keluarkan daging perut babi dan biarkan ia sejuk sebelum dihiris. Tapis stok dan tambahkan 3 sudu besar stok ikan.



  3. Masak udang dan sotong

    • Rebus udang dalam stok makanan laut selama 1 minit sehingga masak sepenuhnya.

    • Keluarkan udang dari periuk dan biarkan ia sejuk sebelum kulit dikupas. Ketepikan.

    • Rebus sotong dalam periuk yang sama selama 30 saat atau sehingga masak sepenuhnya.

    • Keluarkan sotong dari periuk dan biarkan ia sejuk sebelum dihiris. Ketepikan. 

    Masak udang dan sotong


  4. Tumis mee Hokkien

    • Panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dalam kuali dengan api tinggi, dan masukkan 1 sudu besar bawang putih diikuti dengan 1 biji telur yang dipukul. Kacau sehingga menjadi telur hancur.

    • Dalam kuali yang sama, masukkan mee kuning, bee hoon tebal dan dua senduk stok makanan laut.

    • Gaul sebati dan biarkan mereneh selama 2 minit.

    • Tambahkan ketulan lemak babi, 1 sudu kecil kicap soya cair dan lagi 2 senduk stok makanan laut. Anda boleh tambahkan lebih banyak stok makanan lauk kalau anda gemarkan mee berkuah.

    • Gaul sebati dan biarkan mereneh selama

    • lagi 3 minit kalau anda gemarkan mee yang lebih kering.

    • Masukkan daging perut babi, udang siap dikupas, hirisan sotong, hirisan kek ikan, tauge dan kucai Cina ke dalam kuali. Gaul sebati.

    • Angkat campuran mee dari api bila sudah siap.

    • Alihkan ke dalam pinggan hidangan.

    Tumis mee Hokkien


Saji dan Hidang!

| Hidangkan Mee Hokkien Singapura dengan potongan limau dan semangkuk kecil sambal.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 3 orang
  • 150 g mee kuning

  • 150 g bee hoon tebal

  • 10 ekor udang (dengan kepala)

  • 300 g kulit udang

  • 600 g tulang babi

  • 2 ekor sotong

  • 200 g daging perut babi

  • 1 sudu besar ketulan lemak babi(digoreng)

  • 2 ketul kek ikan (dihiris)

  • 60 g tauge

  • 4 tangkai kucai Cina (dipotong sepanjang 5 cm)

  • 2 biji telur (dipukul)

  • 2 sudu besar bawang putih (dicincang)

     

  • 4 biji bawang merah

  • 1 sudu besar biji lada putih

  • 30 g gula batu

  • 3 tsp fish sauce

  • 3 sudu kecil sos ikan

  • 1 sudu kecil kicap soya cair

  • sambal & potongan limau

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.