Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 600 g udang bersaiz besar

  • 2 sudu besar minyak sayuran

  • 2 biji telur kuning asin (dikukus selama 8 minit)

  • 2 biji bawang merah (dihiris)

  • ½ sudu besar halia (dihiris)

  • 3 ulas bawang putih (dicincang)

  • 2 biji cili padi (dihiris)

  • 1 biji cili merah bersaiz besar (dihiris)

  • 2 sudu besar sos ikan

  • 1 sudu besar jus limau

  • 1 biji limau (dipotong baji)

  • 1 helai daun pisang

  • 1 sudu kecil serbuk paprika (boleh digantikan dengan serbuk cili)

  • 1 sudu kecil garam

  • 1 sudu kecil lada putih

  • 1 sudu kecil gula

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Udang Telur Kuning Asin

{{totalReview}}
Salutan telur kuning asin dengan udang goreng segar yang popular!
  • Sukar
  • 20 min
  • 16 min
  • 15 min
  • 6 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • Sukar
  • 6 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 16 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Panaskan ketuhar, buang kulit dan urat udang

    • Panaskan ketuhar dengan suhu 200°C
    • Buang kulit dan urat udang. Biarkan bahagian kepala udang dan biarkan sebentar.


  2. Goreng aromatik

    • Dalam kuali dengan api sederhana, tambah bawang merah, halia, cili padi yang telah dipotong dan bawang putih cincang. Goreng kilas selama 3 hingga 4 minit, sehingga bawang merah menjadi jernih.

    | Jika anda tidak tahan pedas, anda boleh gantikan cili padi dengan cili merah bersaiz besar

    • Alihkan dari api, tambah 1 sudu kecil serbuk paprika dan campur sebati. Biarkan ia menyejuk.

    | Untuk menambahkan lagi aroma, goreng daun kari menggunakan minyak dan tambahkan kepada sos telur asin



  3. Salut udang

    • Pada udang, tambah aromatik yang telah digoreng, jus limau, 1 sudu besar sos ikan, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil lada putih dan 1 sudu kecil gula. Campur sebati sehingga ia menyalut udang sepenuhnya.


  4. Goreng telur kuning asin

    • Dalam kuali dengan api sederhana, panaskan 1 sudu besar minyak sayuran dan goreng telur kuning asin yang telah dikukus. Dengan menggunakan sudu, hancurkan telur kuning asin dan goreng kilas selama 3 hingga 4 minit.

    | Buat telur kuning asin anda sendiri! Mula dengan meletakkan 2 cam garam halus ke dalam bekas kedap udara, garam batu tidak boleh digunakan. Menggunakan sudu atau telur, buat lekuk ke dalam garam dengan jarak 1 inci. Lekuk itu perlu cukup dalam untuk menyokong telur kuning. Letak 1 telur kuning ke dalam setiap lekuk, pastika tiada langsung telur putih. Perlahan-lahan, tutup telut kuning itu dengan garam halus, dan pastikan telur kuning tidak pecah. Biarkan sekurang-kurangnya 8 jam atau semalaman. Lepas itu, basuh dengan air sejuk dan keringkan dalam ketuhar dengan suhu paling rendah selama 3 jam.



  5. Balut udang

    • Di atas kertas kerajang, letak daun pisang dan susunkan udang di atas daun pisang. Tuangkan campuran telur kuning asin ke atas udang dan balut seperti bungkusan.

    | Jika anda tidak mempunyai daun pisang, anda boleh menggunakan balut hanya dengan kerajang aluminium tetapi ia tidak akan harum.



  6. Panggang udang

    • Letakkan udang yang telah dibalut ke dalam ketuhar dan panggang selama 10 hingga 15 minit.


Saji dan Hidang!

Buka balutan kerajang dan hidang bersama limau dan hirisan cili merah.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 600 g udang bersaiz besar

    • 2 sudu besar minyak sayuran

    • 2 biji telur kuning asin (dikukus selama 8 minit)

    • 2 biji bawang merah (dihiris)

    • ½ sudu besar halia (dihiris)

    • 3 ulas bawang putih (dicincang)

    • 2 biji cili padi (dihiris)

    • 1 biji cili merah bersaiz besar (dihiris)

    • 2 sudu besar sos ikan

    • 1 sudu besar jus limau

    • 1 biji limau (dipotong baji)

    • 1 helai daun pisang

    • 1 sudu kecil serbuk paprika (boleh digantikan dengan serbuk cili)

    • 1 sudu kecil garam

    • 1 sudu kecil lada putih

    • 1 sudu kecil gula

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki