Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 200g spageti kering

  • 4 biji kuning telur masin(dikukus)

  • 10 hingga 12 ketul udang(dikopek dan dibersihkan)

  • 2 sudu besar mentega

  • ¼ cawan daun kari

  • 60 ml krim putar

  • 1 ulas bawang putih(dicincang halus)

  • 1 biji cili padi(cili mata burung) - dihiris

  • 1 sudu besar gula

  • 2 sudu besar minyak zaitun(boleh diganti dengan minyak sayuran)

  • 4 liter air

  • garam

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Pasta Udang Mentega dengan Telur Masin

{{totalReview}}
Bukan semua resipi fusion menjadi. Kebanyakannya terlalu bercita-cita tinggi tetapi menghasilkan keputusan yang tidak memuaskan. Resipi Pasta Udang Mentega dengan Telur Masin berbeza, kerana ia mempunyai idea untuk menyentuh deria rasa yang diinginkan sambil menggabung citarasa Barat dan Timur. Pasta bermentega diganding dengan perisa unik telur masin, diiringi aroma bawang putih dan daun kari. Pasti anda teringatkannya setiap kali terfikir tentang hidangan pasta.
  • Mudah
  • 10 min
  • 20 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 12 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 20 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Masak pasta

    • Panaskan 4 liter air dengan 2 sudu besar garam dalam periuk. Masukkan spageti bila air mendidih dan masak mengikut arahan pada paket. Tapis pasta, gaul dengan 2 sudu besar minyak zaitun dan letak di tepi.

    • Minyak zaitun membantu daripada pasta menjadi kering dan melekat.



  2. Tumis aromatik

    • Cairkan mentega dalam kuali asing dengan api sederhana, kemudian masukkan bawang putih, daun kari dan cili padi. Tumis sehingga naik bau selama 1 minit.


  3. Tambah kuning telur masin, gula dan krim putar

    • Masukkan kuning telur masin ke dalam kuali dan lenyek menggunakan spatula atau garpu sehingga sebati dengan sos.

    • Masukkan pula gula dan krim putar dan kacau selama 4 hingga 5 minit, sehingga gula larut dan sos menjadi sedikit pekat. Tambahkan garam secukup rasa.



  4. Tambah pasta dan udang

    • Masukkan spageti dan udang ke dalam sos. Kacau selama 4 hingga 5 minit, sehingga pasta disalut rapi.

    • Anda boleh pilih untuk menggunakan udang atau pun yang dibekukan untuk resipi ini.



Saji dan Hidang!

Pindahkan pasta udang mentega dengan telur masin ini ke dalam pinggan dan hidang panas-panas.

Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 200g spageti kering

    • 4 biji kuning telur masin(dikukus)

    • 10 hingga 12 ketul udang(dikopek dan dibersihkan)

    • 2 sudu besar mentega

    • ¼ cawan daun kari

    • 60 ml krim putar

    • 1 ulas bawang putih(dicincang halus)

    • 1 biji cili padi(cili mata burung) - dihiris

    • 1 sudu besar gula

    • 2 sudu besar minyak zaitun(boleh diganti dengan minyak sayuran)

    • 4 liter air

    • garam

    Pemakanan
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.