Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 1 kg filet ayam(dipotong memanjang)

  • 6 biji kuning telur masin(direbus dan diparut)

  • 6 tangkai daun kari

  • 1 cawan tepung ubi

  • 1 cawan tepung beras

  • 125 g mentega

  • 1 ½ cawan minyak sayuran

  • 1 sudu kecil cili merah(dihiris)

  • garam(secukup rasa)

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Goreng Telur Masin

{{totalReview}}
Hidangan berasaskan telur masin bukan hanya ikut musim. Sesuai dimasak bersama ketam, sotong dan apa saja yang digoreng dan dijadikan snek. Tak kira apa pun hidangan signatur anda, pasti hidangan telur masin yang mencuri perhatian dan digemari ramai. Dalam banyak-banyak pilihan, kami pilih resipi asli Ayam Goreng Masin Asia ini sebagai nombor satu. Sangat mudah untuk disediakan dan hanya menggunakan bahan-bahan asas, semua orang boleh masak hidangan ini dan dapat hasil yang memuaskan. Jaga-jaga jangan terus meratah sebelum sempat dihidangkan, kerana pasti ianya lazat.
  • Sederhana
  • 10 min
  • 5 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 2 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 10 min
  • 5 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Salut ayam dan goreng

    • Masukkan ayam, tepung ubi, tepung beras dan ½ sudu kecil garam ke dalam mangkuk dan gaul sehingga ayam disalut rapi.

    • Panaskan 1 ½ cawan minyak sayuran dalam periuk. Pastikan salutan tepung tidak terlalu tebal dan masukkan ayam perlahan-lahan ke dalam minyak yang sudah panas.

    • Angkat dan toskan minyak di atas pinggan berlapik tisu dapur.

    Salut ayam dan goreng


  2. Goreng kilas ayam telur masin

    • Cairkan mentega dalam kuali dengan api sederhana, tumis daun kari selama 1 minit sehingga wangi.

    • Masukkan parutan kuning telur masin dan kacau sehingga sebati.

    • Masukkan ayam goreng, alihkan kuali dari api dan gaul sehingga ayam disalut sepenuhnya.

    Goreng kilas ayam telur masin


Hias dan Hidang!

Alihkan ayam ke dalam pinggan hidangan dan letak hirisan cili sebagai hiasan. Sedap dihidang panas-panas.

Hias dan Hidang!

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 1 kg filet ayam(dipotong memanjang)

    • 6 biji kuning telur masin(direbus dan diparut)

    • 6 tangkai daun kari

    • 1 cawan tepung ubi

    • 1 cawan tepung beras

    • 125 g mentega

    • 1 ½ cawan minyak sayuran

    • 1 sudu kecil cili merah(dihiris)

    • garam(secukup rasa)

    Pemakanan
    Kongsi Resipi
    Tutup

    Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.