Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 300 g tauhu pejal/tau kwa

    (dikeringkan)

  • 1 + 4 biji telur

  • ½ cawan serbuk roti panko

  • 1 biji cili merah

    (dibuang biji dan dipotong dadu halus)

  • ½ cawan daun ketumbar

    (dipotong)

  • 4 biji bawang merah

    (dikupas dan dipotong dadu)

  • ½ sudu kecil garam

  • 4 ketul roti burger

  • daun salad butterhead

  • mayonis dan sos cili thai

    (untuk hiasan)

  • 1 sudu besar minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Burger Tauhu Telur Vegetarian

{{totalReview}}
Dalam banyak-banyak pilihan hidangan utama bebas daging, burger vegetarian ini pasti menyerlah dengan perisa enak sos cili Thai, herba ketumbar dan daun salad butterhead rangup. “Daging” pula diperbuat dengan tauhu petak pejal, dicampur dengan cili dan bawang merah manis, sebelum dimasak dalam kuali dan di hidang dengan telur goreng. Kadang kala, berkhasiat dan lazat boleh didapati dalam satu hidangan.
  • Mudah
  • 15 min
  • 15 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 10 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 15 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Buat campuran patti tauhu

    • Dalam mangkuk, lenyek tau kwa dengan 1 biji telur, serbuk roti panko, ketumbar, bawang merah, cili dan garam.

    • Gaul sebati.



  2. Masak burger

    • Panaskan kuali tidak lekat dengan api sederhana, dan buat patti satu persatu. Sapukan sedikit minyak dalam kuali.

    • Bentukkan patti dengan tangan dan letak patti tauhu dalam kuali. Masak selama 3-4 minit sehingga perang keemasan dan masak sepenuhnya.

    • Terbalikkan patti tauhu perlahan-lahan. Pecahkan sebiji telur ke dalam kuali dan bakar roti (permukaan dipotong di bawah).

    • Masak semua bahan selama lagi 3-4 minit.

    Masak burger


  3. Aturkan burger

    • Sapukan mayonis dan sos cili Thai pada permukaan roti bahagian bawah.

    • Letak sekeping daun salad butterhead di atas roti, diikuti dengan patti tauhu, kemudian telur.



Saji dan Hidang!

Letakkan bahagian atas roti dan sedia untuk dihidang. Ulang langkah untuk buat lebih banyak burger.

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 4 orang
    • 300 g tauhu pejal/tau kwa

      (dikeringkan)

    • 1 + 4 biji telur

    • ½ cawan serbuk roti panko

    • 1 biji cili merah

      (dibuang biji dan dipotong dadu halus)

    • ½ cawan daun ketumbar

      (dipotong)

    • 4 biji bawang merah

      (dikupas dan dipotong dadu)

    • ½ sudu kecil garam

    • 4 ketul roti burger

    • daun salad butterhead

    • mayonis dan sos cili thai

      (untuk hiasan)

    • 1 sudu besar minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki