Bahan-Bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 1 ekor ikan siakap (lebih kurang 700g, dibuang sisik dan dibersihkan)

  • 2 biji limau purut (jus)

  • 2 helai daun limau purut (dihiris halus)

  • 1 biji cili merah besar (dipotong halus)

  • 1 ulas bawang putih (dipotong halus)

  • 1 sudu kecil halia muda (dipotong halus)

  • 2 sudu besar sos kicap cair

  • 1 sudu besar minyak kelapa organik

  • Garam (secukup rasa)

  • Gula perang (secukup rasa)

  • 1 helai daun pisang

  • 1 ikat daun ketumbar (sebagai hiasan)

  • 1 sudu besar asam jawa

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ikan Siakap Kukus Bersama Kuah Limau dan Cili Yang Menyegarkan

{{totalReview}}
Rasai kesegaran ikan kukus bersama sentuhan pedas kemasaman!
  • Mudah
  • 20 min
  • 10 min
  • 15 min
  • 4 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 4 langkah-langkah
  • 13 Bahan-bahan
  • 20 min
  • 10 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Bersihkan ikan siakap

    • Bersihkan ikan siakap menggunakan air sejuk mengalir.
    • Buang air dan sapukan dengan asam jawa untuk membersihkan ikan dan memgurangkan bau ikan.
    • Biarkan selama 5 - 10 minit
    • | Jenis yang digunakan untuk resipi Thai ini boleh ditukar - hanya pastikan ikan itu segar sahaja. Ikan yang boleh digunakan termasuk tilapia, ikan merah, kerapu dan juga barramundi.


  2. Campuran kuah

    • Sementara menunggu ikan yang disaluti dengan pes asam jawa, dalam satu mangkuk tambahkan jus 1 biji limau, setengah daun limau purut, potongan cili, bawang putih, halia, 2 sudu besar kicap cair, 1 sudu besar minyak kelapa organik dan secubit garam serta gula secukup rasa.
    • Rasa untuk pastikan kombinasi itu masam, masin dan manis, kemudian tambahkan perasa secukup rasa.
    Campuran kuah


  3. Sediakan ikan siakap

    • Selepas 5 - 10 minit, bersihkan ikan sepenuhnya dengan air sejuk dan buangkan pes asam jawa. 
    • Letak ikan di atas papan pemotong dan potong ikan dengan pisau yang tajam.
    • Ini untuk memastikan ikan masak sepenuhnya ketika proses mengukus dan untuk semua perasa daripada kuah meresap ke dalam ikan. 
    • Alaskan dulang untuk mengukus ikan dengan daun pisang dan letakkan ikan di atasnya.
    • Renjiskan kuah ke seluruh ikan dan terbalikkan, pastikan bahagian perut ikan turut disadurkan dengan kuah.
    • | Untuk lebih aroma, sumbatkan serai yang ditumbuk ke dalam rongga ikan.


  4. Kukus ikan siakap

    • Dalam kuali wok, masukkan air secukupnya. Panaskan dengan suhu tinggi dan tutup kuali dengan tudung penutup.
    • Apabila sudah mengeluarkan stim, alihkan tudung penutup dan letakkan dulang yang berisi ikan di atas buluh pengukus atau di atas alat penegak, tutup dan biarkan ikan masak selama 8 hingga 10 minit.
    • Selepas 8 hingga 10 minit, alihkan tudung penutup dan pastikan ikan sudah masak dengan melihat bahagian yang terbelah.
    Kukus ikan siakap


Sajia dan Hidang!

Apabila sudah masak, pindahkan daripada wok, hiaskan dengan ketumbar dan makan bersama nasi kukus.

Sajia dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 1 ekor ikan siakap (lebih kurang 700g, dibuang sisik dan dibersihkan)

    • 2 biji limau purut (jus)

    • 2 helai daun limau purut (dihiris halus)

    • 1 biji cili merah besar (dipotong halus)

    • 1 ulas bawang putih (dipotong halus)

    • 1 sudu kecil halia muda (dipotong halus)

    • 2 sudu besar sos kicap cair

    • 1 sudu besar minyak kelapa organik

    • Garam (secukup rasa)

    • Gula perang (secukup rasa)

    • 1 helai daun pisang

    • 1 ikat daun ketumbar (sebagai hiasan)

    • 1 sudu besar asam jawa

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki