Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 6 orang
  • 500 g daging lembu cincang

  • 1 kotak kepingan lasagna saiz besar (250 g)

  • 4 sudu besar tepung besar

  • 1 biji telur(dipukul)

  • 5 sudu besar mentega

  • 2 cawan santan kelapa

  • 4 cawan susu segar

  • 2 cawan keju mozarella diparut

  • 1 cawan keju parmesan

  • 2 biji bawang(dicincang)

  • 4 ulas bawang putih(dicincang)

  • 2 cm lengkuas

  • 2 cm halia

  • 2 tangkai daun serai

  • 1 inci kunyit hidup

  • 6 helai daun limau purut(simpan 2 helai untuk hiasan)

  • 1 helai daun kunyit

  • 2 biji cili mata burung

  • 2 sudu besar kerisik(pes kelapa bakar)

  • 10 biji cili kering(dipoting dan direndam)

  • 2 biji asam gelugur(direndam dalam air dan ditapis)

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

  • 1 sudu besar serbuk jintan

  • 1 sudu kecil lada hitam

  • 2 sudu kecil serbuk cili

  • ¼ sudu kecil buah pala

  • 3 sudu kecil garam (1 sudu kecil untuk sos bechamel, 2 sudu kecil untuk rendang)

  • 2 ½ sudu besar gula

  • 4 sudu besar minyak masak

Lasagna Rendang Daging
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Lasagna Rendang Daging

Hidangan lasagna fusion ini terbaik bagi mereka yang gemarkan citarasa tempatan. Pes rendang bersama lapisan keju memberikan perisa yang sangat berkrim.
  • Sederhana
  • 15 min
  • 35 min
  • 10 min
  • 3 langkah-langkah
  • 29 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 29 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 35 min
  • 10 min

Cara Penyediaan

  1. Masak sos bechamel

    • Cairkan mentega dalam periuk dengan api rendah sederhana. Tambah tepung dan kacau sebati sehingga menjadi konsistensi lembut dan warna keemasan.

    • Tambah susu suam satu cawan sedikit demi sedikit ke dalam campuran mentega, kacau sehingga menjadi sos pekat dan lembut.

    • Tambah perasa dengan garam dan buah pala. Alihkan dari api.

    • Ketepikan sos bechamel.



  2. Kisar & tumis bahan-bahan rendang

    • Guna pengisar untuk kisar bawang, bawang putih, lengkuas, halia, serai, kunyit hidup, cili mata burung dan cili kering untuk mendapatkan pes.

    • Tambah 4 sudu besar minyak masak ke dalam kuali dengan api sederhana.

    • Masukkan daging. Kacau dan masak sehingga daging berwarna keperangan.

    • Tambah serbuk ketumbar, serbuk jintan, serbuk cili dan lada hitam. Kacau sebati dan biarkan ia masak.

    • Tambah pes rempah ke dalam kuali berisi daging bersama daun limau purut, asam gelugur dan daun kunyit. Masak sehingga minyak pecah sambil teruskan mengacau.

    • Tambah santan kelapa, kerisik dan tambah perasa dengan gula dan garam. Kacau sebati, kemudian rendahkan api. Biar rendang masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat, tapi pastikan tidak terlalu kering. Padamkan api dan alihkan kuali.



  3. Bakar lasagna

    • Ceduk kuah rendang ke dasar dulang membakar.

    • Aturkan kepingan lasagna dan tambah lagi beberapa cedukan kuah rendang.

    • Kemudian tambah beberapa sudu sos bechamel. Taburkan keju parmesan diikuti dengan keju mozarella. Titiskan sedikit telur yang telah dipukul.

    • Ulang langkah sehingga kepingan lasagna habis diguna.

    • Untuk lapisan paling atas, hiaskan dengan hirisan daun limau purut.

    • Tutup dengan kerajang aluminium.

    • Bakar pada suhu 180 d selama 25 hingga 30 minit.

    • Keluarkan kerajang aluminium dan bakar lagi selama 10 hingga 15 minit sampai keju menjadi sedikit keperangan.



Saji dan Hidang!

Keluarkan dulang dari ketuhar. Biarkan ia sejuk sedikit dan potong empat segi. Hidangkan serta-merta.

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 6 orang
  • 500 g daging lembu cincang

  • 1 kotak kepingan lasagna saiz besar (250 g)

  • 4 sudu besar tepung besar

  • 1 biji telur(dipukul)

  • 5 sudu besar mentega

  • 2 cawan santan kelapa

  • 4 cawan susu segar

  • 2 cawan keju mozarella diparut

  • 1 cawan keju parmesan

  • 2 biji bawang(dicincang)

  • 4 ulas bawang putih(dicincang)

  • 2 cm lengkuas

  • 2 cm halia

  • 2 tangkai daun serai

  • 1 inci kunyit hidup

  • 6 helai daun limau purut(simpan 2 helai untuk hiasan)

  • 1 helai daun kunyit

  • 2 biji cili mata burung

  • 2 sudu besar kerisik(pes kelapa bakar)

  • 10 biji cili kering(dipoting dan direndam)

  • 2 biji asam gelugur(direndam dalam air dan ditapis)

  • 1 sudu besar serbuk ketumbar

  • 1 sudu besar serbuk jintan

  • 1 sudu kecil lada hitam

  • 2 sudu kecil serbuk cili

  • ¼ sudu kecil buah pala

  • 3 sudu kecil garam (1 sudu kecil untuk sos bechamel, 2 sudu kecil untuk rendang)

  • 2 ½ sudu besar gula

  • 4 sudu besar minyak masak

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.