Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 4 orang
  • 1 kg kepak ayam

  • 60 ml madu

  • 1 ketul 3 cm halia (dibuang kulit dan diparut)

  • 3 ulas bawang putih (dipotong halus)

  • 2 sudu besar kicap cair

  • 1 sudu kecil garam

  • ½ sudu kecil lada hitam

  • 1 sudu besar minyak sayuran

  • ¼ cawan air

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

Pekat dan manis dengan sentuhan gula perang, resipi kepak ayam sos kicap ini adalah kegemaran ramai. Hidangkan resipi ayam yang enak ini sesuai untuk apa jua acara dan pasti menjadi bintang tarikan. Asian Food Network akan membantu anda menghasilkan resipi kepak ayam sempurna yang mudah dan menyelerakan.
  • Mudah
  • 5 min
  • 50 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 9 Bahan-bahan
  • 5 min
  • 50 min
  • 15 min

Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

Adakah anda menyebut kepak ayam?

Antara pilihan daging yang paling versatil, kepak ayam boleh digunakan untuk menghasilkan sajian snek di rumah yang boleh dipadankan bersama hidangan makan malam, tidak dilupakan makanan yang akan membuat anda menjilat jari bersama bir pada hujung minggu. Sama ada goreng atau panggang, anda boleh menyediakan pelbagai jenis hidangan menggunakan kepak ayam tetapi hari ini, kami mahu berkongsi citarasa dari dapur Cina Malaysia dengan resipi Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

Kepak ayam yang menyelerakan

Apa yang membuat Kepak Ayam Kicap Madu Sticky sungguh menyelerakan adalah terletak pada saduran sempurna yang digunakan untuk memerap kepak ayam sebelum dimasak di dalam ketuhar. Satu campuran yang menggunakan sos Cina yang wajib ada, saduran itu merangkumi cecair perasa iaitu sos kicap cair bersama madu yang likat dan juga sedikit bawang putih dan halia. 

Sos kicap cair adalah bahan yang sangat penting dalam masakan Cina lebih-lebih lagi untuk sentuhan masin dan aroma soya yang dihasilkan pada hidangan. Kicap turut sama digunakan dalam dapur Melayu dan India dalam gabungan hidangan fusion yang terhasil disebabkan penyatuan budaya di Asia Tenggara - contohnya masakan Singapura!

Juga merupakan bahan yang sering digunakan ketika goreng kilas dan sebagai perasa, sos kicap cair selalu dipilih daripada alternatif kicap manis atau kicap pekat kerana ia tidak memberikan warna yang pekat pada makanan. Hanya sedikit sahaja, anda boleh menikmati keenakan sos ini dan dalam masa yang sama mengekalkan warna asal hidangan anda!

Menikmatinya, manis tapi dengan sedikit kemasinan, kepak ayam yang rangup untuk memenuhi selera ayam anda!

Jika ini adalah pertama kali anda menghasilkan Kepak Ayam Kicap Madu Sticky, usah gusar kerana kami akan membantu anda di sini. Baca seterusnya untuk mendapatkan tip bagaimana untuk menghasilkan Kepak Ayam Kicap Madu Sticky dan soalan-soalan yang sering ditanya untuk mendapatkan jawapan yang anda perlukan.

Soalan-Soalan Yang Sering Ditanya mengenai Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

Adakah Kepak Ayam Kicap Madu Sticky ini masin?

Walaupun sos kicap adalah bahan yang digunakan dalam resipi ini (kami menggunakan 2 sudu besar), kemanisan daripada madu akan mengimbangi rasa masin pada saduran itu. Dengan sedikit sentuhan rempah seperti halia parut dan potongan bawang putih, anda tidak akan merasai kemasinan pada daging ayam tetapi kepadatan kombinasi rasa yang bersatu di atas pinggang makan nanti.

Jika anda lebih gemar untuk mengurangkan kandungan garam dalam masakan anda, anda boleh memilih untuk memerap kepak ayam dengan lada hitam dan minyak sahaja.

Fakta menarik: Halia dan bawang putih dapat membantu mengurangkan rasa mentah pada daging, lantas membuat ia popular dalam variasi masakan Asia..

Bagaimana untuk menghasilkan Kepak Ayam Kicap Madu Sticky lebih pedas?

Kepak ayam ini lebih lazat dinikmati dengan kelikatan rasa manis dan masin. Walau bagaimanapun, jika anda ingin menghasilkan masakan buat tetamu yang sukakan rasa pedas, anda boleh menambahkan satu sudu kecil serbuk cili atau kepingan cili ketika memerap ayam bersama saduran itu. Atau jika anda mahu mengekalkan rasa kepak ayam itu dengan resipi asal, anda boleh menghidangkan sos cili bersama kepak ayam itu buat yang gemar menambah rasa pedas dalam setiap kunyahan.

Bolehkah saya memanaskan semula Kepak Ayam Kicap Madu Sticky di dalam ketuhar gelombang mikro?

Jika anda mahu memanaskan kepak ayam ini, kami sarankan anda untuk meletakkan semula di dalam ketuhar dan bukannya ketuhar gelombang mikro. Walau bagaimaanpun, pastikan ketuhar itu tidak terlalu panas kerana ia akan merosakkan kepak itu dan mengurangkan kelikatannya. Namun begitu, kepak ayam ini sesuai dimakan sejurus dikeluarkan daripada ketuhar.

Apakah bahan-bahan yang sesuai dihiaskan bersama Kepak Ayam Kicap Madu Sticky?

Anda boleh menghiriskan bawang sebagai hisan dan tambah daun pasli untuk sentuhan warna pada hidangan.

Tip untuk menghasilkan Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

  1. Perap kepak ayam pada malam sebelumnya. Jika anda mahu menghidangkan kepak ayam yang lazat ini ketika jamuan makan, anda pasti mahu yang terbaik untuk menarik hati. Lebih lama anda tinggalkan ayam dalam perapan, lebih lazat kepak ayam itu kerana lebih banyak masa untuk menyerap saduran dan perasa. Ia juga dapat menjimatkan masa untuk memasak nanti!
  2. Letakkan kertas pengalas di atas dulang pembakar sebelum menyusun kepak ayam itu: Saduran itu mungkin sukar untuk dibersihkan daripada dulang pembakar. Anda dapat mengelakkan diri daripada proses pembersihan untuk menghilangkan kesan saduran dengan menggunakan kertas pengalas dan boleh terus dibuang selepas setiap pembakaran. 
  3. Pastikan saduran anda konsisten: Saduran adalah kompenan terpenting dalam resipi ini untuk memastikan ia dimasak dengan sempurna sebelum anda memerap kepak ayam dengannya. Bila mencampurkan bahan-bahan, pastikan anda member perhatian pada tekstur - ia sepatutnya pekat dan tidak mudah mengalir. Anda juga boleh mencuba dahulu rasa saduran itu sebelum ia menyejuk supaya anda dapat pastikan ianya tepat. 
  4. Perap ayam dengan tangan: Bila memerap ayam itu, gunakan tangan untuk mencampurkan saduran itu pada kepak ayam dan berikan sapuan yang bagus. Pakai sarung tangan plastik lut-cahaya. 
  5. Pastikan kepak ayam itu masak: Cucuk kepak ayam itu dengan garpu untuk memastikan daging itu lembut dan empuk. Dagingnya putih dan jus daging itu pula tiada warna merah jambu. Anda juga boleh menggunakan termometer masakan jika ada.

Cara menyediakan Kepak Ayam Kicap Madu Sticky

  1. Panaskan ketuhar dan sediakan kepak ayam

    • Seperti resipi bakar lain, pastikan ketuhar dipanaskan sebelum memasak kepak ayam yang telah diperap. Suhu ideal untuk peringkat permulaan adalah 200°C.
    • Sementara ketuhar itu panas, anda boleh menyediakan kepak ayam dengan menambahkan perasa sebelum memerap. Dalam sebuah mangkuk, gaulkan kepak ayam bersama garam, lada dan minyak. Biarkan seketika dan sediakan saduran.


  2. Menyediakan Saduran

    • Tarikan utama Kepak Ayam Kicap Madu Sticky terletak pada sadurannya. Ianya perlu sempurna! Di dalam kuali dengan api sederhana, campurkan madu,  ¼ cawan air, 2 sudu besar sos kicap cair, halia dan bawang besar, dan campurkan semua bersama. 
    • Pastikan campuran itu masak selama 6 hingga 8 minit sehingga ia memekat dan menurun. 
    • Biarkan ia menyejuk selama 10 minit sebelum memerapnya dengan kepak ayam.


  3. Memerap ayam

    • Tuangkan saduran ke atas ayam dan gaulkan bersama.
    • Biarkan selama 30 minit. Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, anda boleh memerap kepak ayam pada malam sebelum untuk menambahkan lagi rasanya. 
    • Letakkan kepak ayam di atas dulang pembakar. Kami sarankan anda untuk meletakkan kertas pengalas terlebih dahulu. Bakar selama 30 hingga 35 minit, sehingga kepak ayam itu bertukar coklat keemasan. Gunakan garfu untuk memastikan ia dimasak sempurna. 
    • Jika kepak ayam kelihatan hangus ketika dibakar, kurangkan suhu menjadi 180° dan terus memasak.


Saji dan Hidang!

Letakkan kepak ayam di atas pinggan sajian dan hidangkan panas.

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 4 orang
  • 1 kg kepak ayam

  • 60 ml madu

  • 1 ketul 3 cm halia (dibuang kulit dan diparut)

  • 3 ulas bawang putih (dipotong halus)

  • 2 sudu besar kicap cair

  • 1 sudu kecil garam

  • ½ sudu kecil lada hitam

  • 1 sudu besar minyak sayuran

  • ¼ cawan air

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.