Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 2 orang
  • 2 ketul paha ayam -dihiris

  • 1 biji cili capsicum hijau

  • 1 biji bawang besar

  • 2 ulas bawang putih -ditumbuk

  • 10 g halia -dikupas & dihiris

  • 10 g lada biji putih

  • 20 g lada biji hitam

  • 3 sudu besar sos tiram

  • 2 sudu besar kicap soya cair

  • 1 sudu besar gula

  • 1 sudu besar minyak bijan

  • 1 sudu besar kicap soya pekat

  • 20 g mentega

  • 2 sudu besar wain shaoxing

  • 1 sudu besar tepung jagung

  • 2 sudu besar air

  • 3 sudu besar minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Tumis Lada Hitam

{{totalReview}}
Kalau anda gemarkan rasa pedas lada, resipi Ayam Tumis Lada Hitam ini perlu ada dalam repertoir anda! Hidangan beraroma dan pedas, dipenuhi dengan biji lada putih dan hitam, cili capsicum merah dan ditumis bersama potongan ayam dan bawang. Kalau anda ingin buat hidangan ini nampak lagi menawan, boleh tambahkan warna dengan cili capsicum hijau dan kuning! Nikmati resipi ringkas 30 minit ini nasi putih panas.
  • Mudah
  • 15 min
  • 10 min
  • 10 min
  • 2 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 2 langkah-langkah
  • 18 Bahan-bahan
  • 15 min
  • 10 min
  • 10 min

Ayam Tumis Lada Hitam

Menu Masakan Ringkas untuk Makan Malam Hari Minggu!

Mahu cari resipi makan malam yang ringkas pada hari minggu? Resipi popular ini mudah untuk disediakan, mesra bajet dan terjamin enak untuk dihidangkan.

Berasal dari China, kaedah menumis ini memerlukan anda untuk mengacau bahan-bahan secara berterusan dengan sedikit minyak panas dari semasa ke semasa. Kini, menumis selalu dikaitkan dengan masakan dan hidangan orang Asia. Terdapat banyak kaedah dan gaya masakan berlainan yang boleh ditemui dalam kulinari Asia.

Ada banyak sebab kenapa kaedah menumis ini menjadi kegemaran ramai. Ia adalah cara yang cerdik untuk menggabungkan protein, sayur-sayuran dan nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan sesuai untuk bila-bila masa. Anda boleh tumis apa saja - ianya merupakan formula paling asas untuk menyatukan protein dan sayur-sayuran kegemaran menjadi satu hidangan yang menyelerakan.

Tumisan bukan saja mudah, ia juga sangat versatil. Bila anda sudah ada protein dan sayur yang dipilih, anda boleh bereksperimen dengan sos yang ingin digabungkan. Ada banyak hasil boleh dicapai dengan teknik ini.

Kalau anda gemarkan rasa pedas lada, resipi Ayam Tumis Lada Hitam ini perlu ada dalam repertoir anda! Hidangan beraroma dan pedas, dipenuhi dengan biji lada putih dan hitam, cili capsicum merah dan ditumis bersama potongan ayam dan bawang.

Selain daripada versatil, ada beberapa sebab kenapa Ayam Tumis Lada Hitam ini menjadi pilihan keluarga untuk makan malam hari minggu. Tak mengambil masa lama untuk dimasak, bahan-bahan mudah didapatkan, dan antara hidangan paling terbaik dibuat daripada lebihan makanan!

Mengetahui cara-cara untuk membuat masak tumis yang bagus akan menjimatkan masa dan tenaga anda untuk menyediakan hidangan yang sihat, memuaskan dan lazat bila pulang dari kerja! Cubalah resipi Ayam Tumis Lada Hitam kami ini sebagai hidangan ringkas makan malam anda.

 

Soalan Sering Ditanya Tentang Ayam Tumis Lada Hitam

Kalau ini pertama kali anda ingin masak Ayam Tumis Lada Hitam, jangan risau! Kami boleh membantu anda.

 

Bolehkah saya tukarkan sayur (lada capsicum) kepada cili kembung atau saderi?

Semestinya! Daya tarikan masak tumis ini adalah ianya sangat versatil. Dalam resipi Ayam Tumis Lada Hitam kami, capsicum digunakan tetapi jika anda tiada capsicum, boleh gunakan apa sahaja sayur-sayuran yang ada.

Sayur lain yang boleh digunakan adalah seperti cili kembung, brokoli dan saderi. Masak tumis adalah satu cara untuk menghabiskan apa-apa bahan yang tinggal di dalam peti sejuk.

Bolehkah saya sejukkan dan panaskan semula Ayam Tumis Lada Hitam untuk hari esok?

Salah satu sebab kenapa hidangan ini sangat diminati adalah bukan setakat mudah disediakan - ia juga mudah dimasak secara awal. Ya, anda boleh sejukkan Ayam Tumis Lada Hitam dan kemudian panaskan semula untuk dinikmati sebagai hidangan tengah hari di tempat kerja!

Apa yang sedap dimakan bersama Ayam Tumis Lada Hitam?

Soalan yang bagus! Anda boleh hidangkan bersama nasi putih supaya kegebuan nasi boleh menyerap sos lada hitam yang lazat atau untuk pilihan lebih sihat, gantikan dengan quinoa atau beras perang.

 

Tip & Petua Untuk Menyediakan Ayam Tumis Lada Hitam Yang Terbaik

Masak tumis adalah satu resipi di mana pelbagai gabungan protein, sayur dan sos boleh dilakukan. Di sini kami sediakan beberapa tip dan petua yang bakal membantu anda untuk masak Ayam Tumis Lada Hitam autentik, dihidangkan dengan gaya ala restoran Cina..

  1. Sediakan bahan-bahan dengan awal: Bahan-bahannya sangat ringkas. Potong semua sayur-sayuran kepada saiz mudah disuap dan potong bawang merah, bawang besar dan daun bawang siap supaya mudah untuk dicampak ke dalam kuali bila anda mahu masak hidangan makan malam di saat-saat akhir! 
  2. Perap daging semalaman: Lagi lama anda perap daging, lagi berperisa bila daging sudah dimasak. Pastikan daging dihiris nipis dan memanjang supaya dimasak sepenuhnya. Untuk ikan atau ayam, boleh dipotong dadu. Pastikan daging dipotong melawan urat. Taburkan lada dan garam pada daging sebelum dimasukkan ke dalam kuali.
  3. Eksperimen dengan perisa: Jangan takut untuk cuba gantikan herba dan rempah berlainan bila menghasilkan sos. Contohnya, anda boleh gabungkan daun kari India dengan sos Cina seperti sos tiram atau kicap soya untuk menghasilkan perisa yang kompleks. Biji lada segar yang dikisar juga memberikan rasa yang berbeza berbanding lada yang siap dikisar.
  4. Tumis dengan api tinggi: Rahsia untuk mendapatkan rasa Ayam Tumis Lada Hitam yang kuat adalah dengan  menumis sayur dan daging menggunakan api tinggi. Kaedah ini akan membuatkan jus di dalam daging keluar dengan lebih banyak, sekali menghasilkan perisa yang lebih menyerlah. Ayam Tumis Lada Hitam yang dimasak dalam kuali dengan api yang tinggi juga akan memberikan rasa salai atau dipanggil ‘wok hei’.

Resipi: Cara Penyediaan Ayam Tumis Lada Hitam Pedas

  1. Tumbuk biji lada

    • Bakar biji lada putih dan hitam di dalam kuali selama 30 saat, kemudian alihkan dari api.
    • Tumbuk biji lada dalam batu lesung selama 2 minit.
    • Ketepikan.


  2. Tumis sayur-sayuran dan aromatik

    • Masukkan 3 sudu besar minyak sayuran ke dalam kuali dan panaskan dengan api sederhana tinggi.
    • Bila minyak sudah panas, masukkan bawang besar, dan lada capsicum merah.
    • Tumis selama 30 saat, kemudian masukkan bawang putih dan halia.
    • Tumis lagi selama 30 saat

    Untuk lebih nutrien dan warna, tambahkan lada capsicum kuning dan hijau.

    Tumis sayur-sayuran dan aromatik


  3. Masak ayam

    • Masukkan ayam yang dipotong dadu atau dihiris panjang. Masak selama 3 minit atau sehingga isi ayam tidak lagi lutsinar.

    • Tambah 3 sudu besar sos tiram, 2 sudu besar kicap soya cair, 1 sudu besar gula, 1 sudu besar minyak bijan, 1 sudu besar kicap soya pekat, lada dan mentega.

    • Kacau sehingga sebati.

    • Campurkan dalam satu mangkuk kecil 1 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar air, kemudian tuangkan ke dalam kuali.

    • Kacau selama seminit dan alihkan dari api.

    • Campuran tepung jagung itu tadi membantu memekatkan sos.



Saji dan Hidang!

Hidangkan Ayam Tumis Lada Hitam di atas nasi putih lembut atau quinoa. Hiaskan dengan daun bawang yang dihiris halus dan sudah siap untuk dinikmati!

Pastikan anda tag kami di Instagram bila anda menyajikan resipi Ayam Tumis Lada Hitam yang

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2 orang
    • 2 ketul paha ayam -dihiris

    • 1 biji cili capsicum hijau

    • 1 biji bawang besar

    • 2 ulas bawang putih -ditumbuk

    • 10 g halia -dikupas & dihiris

    • 10 g lada biji putih

    • 20 g lada biji hitam

    • 3 sudu besar sos tiram

    • 2 sudu besar kicap soya cair

    • 1 sudu besar gula

    • 1 sudu besar minyak bijan

    • 1 sudu besar kicap soya pekat

    • 20 g mentega

    • 2 sudu besar wain shaoxing

    • 1 sudu besar tepung jagung

    • 2 sudu besar air

    • 3 sudu besar minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki