Bahan-bahan

  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • 3 paha ayam

  • 6 biji yu zhu(solomon's sealrhizome)

  • 4 keping dang gui(akar angelica)

  • 6 biji kurma merah(tanpa biji)

  • 10 ketul longan kering

  • 2 sudu besar buah goji

  • 2 keping halia tua

  • 1 sudu besar wain memasak Cina

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • ½ sudu kecil gula

  • ½ sudu kecil lada putih

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Stim Herba

Hidangan yang digemari golongan tua dan muda, Ayam Stim Herba sangat berkhasiat dan berperisa. Herba perubatan Cina yang digunakan - yu zhu dan dang gui - diketahui dapat meningkatkan tenaga, merawat sakit perut dan mengawal tekanan darah. Jika anda tidak biasa dengan rawatan homeopati Cina, hidangan ini akan meyakinkan anda - hidangan ini dibuat sepenuhnya dengan proses penstiman, salah satu cara memasak yang sihat tanpa menggunakan apa-apa sumber lemak!
  • Mudah
  • 90 min
  • 30 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 15 Bahan-bahan
  • Mudah
  • 3 langkah-langkah
  • 15 Bahan-bahan
  • 90 min
  • 30 min
  • 15 min

Ayam Stim Herba

Makanan untuk Badan dan Minda

Terasa letih secara fizikal dan mental? Demam selsema? Tidak cukup tidur? Menikmati semangkuk Ayam Stim Herba adalah satu cara untuk menyihatkan badan anda. Hidangan yang digemari tidak mengira usia, Ayam Stim Herba sangat berkhasiat dan berperisa. Merupakan resipi hidangan tradisional dalam masakan Cina, setiap bahan yang terkandung mempunyai kebaikan tersendiri.

Herba perubatan Cina dalam masakan ini - Yu Zhu dan Dang Gui - diketahui dapat meningkatkan tenaga, merawat sakit perut dan mengawal tekanan darah. Bila herba direneh lama di dalam sup, bahan-bahan semula jadi yang dapat membantu mengawal dan meningkatkan fungsi semua jadi badan dapat dikeluarkan. Jika anda tidak berapa tahu tentang rawatan Homeopati Cina, anda boleh belajar berkenaan cara-cara menggabungkan herba Cina ke dalam sup untuk mendapatkan pelbagai manfaat kesihatan. Terdapat banyak hidangan Asia yang berasaskan kebaikan herba di dalam masakan.

Ayam Stim Herba padat dengan nutrien dan daging ayam yang sangat kerana dimasak distim sepenuhnya. Stim menggunakan kaedah haba lembap; cara memasak dengan pantas tanpa mengurangkan nutrien dalam makanan. Berbanding kaedah memasak yang lain, stim tidak menggunakan sumber lain seperti mentega atau minyak, sekaligus membolehkan anda menikmati perisa unik dan semula jadi.

Amat penting untuk proses memasak hidangan tradisional ini difahami dengan betul, agar anda dapat memanfaatkan sepenuhnya khasiat yang terkandung di dalam setiap suapan. Ayam Stim Herba nampak seperti sukar untuk disediakan tetapi masa penyediannya hanyalah lebih kurang satu jam untuk mendapatkan tekstur isi ayam yang lembut.

Cubalah resipi Ayam Stim Herba kami ini untuk menikmati hidangan makan malam yang dipenuhi khasiat!

 

Soalan Sering Ditanya Tentang Ayam Stim Herba

Tidak perlu bersusah payah untuk menyediakan Ayam Stim Herba, anda boleh lakukannya dengan resipi ringkas kami ini.

Ayam Stim Herba boleh digandingkan dengan apa?

Ayam Stim Herba boleh dimakan begitu saja, atau anda boleh masak labu atas nasi putih untuk dimakan bersama. Hidangan sampingan lain yang sesuai untuk dimakan bersama ayam adalah seperti sayur tumis, tauhu sejuk atau telur kukus.

Apa yang boleh dibuat dengan lebihan Ayam Stim Herba?

Jangan risau kalau anda tidak dapat habiskan Ayam Stim Herba. Ada pelbagai cara untuk menjadikan lebihan ayam sebagai hidangan baru. Contohnya seperti mengambil isi ayam dan dimakan bersama bubur nasi!

Bolehkah saya gunakan bahagian atas paha ayam sahaja untuk resipi ini?

Ya! Jika seekor ayam terlalu banyak, hanya bahagian atas paha ayam saja sudah mencukupi. Sebenarnya anda boleh gunakan mana-mana bahagian ayam yang disukai, tetapi seekor ayam dicadangkan jika anda memasak untuk seluruh ahli keluarga.

 

Tip & Petua Untuk Memasak Ayam Stim Herba Yang Berkhasiat Dan Berperisa

Resipi Ayam Stim Herba adalah sangat ringkas, tetapi kami sediakan beberapa tip dan petua untuk mendapatkan tekstur lembut ayam yang sempurna dan perisa yang rasa yang mencukupi.

  1. Pastikan saiz ayam yang betul: Bahagian atas paha ayam pun sesuai untuk resipi ini. Tetapi, pastikan anda beli ayam bersaiz medium supaya isi ayam dapat menyerap semua nutrien dan perisa dari herba yang digunakan. Saiz ayam yang terlalu besar mungkin tidak boleh menyerap sepenuhnya perisa yang diinginkan.

  2. Sediakan ayam: Sebelum ayam distim, sapukan garam kasar ke seluruh permukaan dan celah-celah ayam untuk membantu menghilang tisu kulit mati berwarna kekuningan. Kemudian bilas ayam untuk mengelakkan rasa masin yang kuat. Ayam juga boleh diperap dengan kicap soya cair untuk menambah perisa. Balut ayam dengan kemas supaya rasa herba dapat dipertingkat.

  3. Beli herba Cina yang diperlukan: Jika anda menggunakan herba Cina untuk kali pertama, anda boleh beli herba yang sudah siap dibungkus untuk memudahkan proses. Membeli herba Cina secara berasingan lebih menjimatkan kos.

  4. Guna air mendidih untuk mengukus: Anda perlu menambahkan air apabila air menjadi kering ketika ayam distim. Pastikan air yang ditambah adalah air mendidih supaya suhu tidak berubah. Ini membolehkan proses memasak kekal konsisten.

Cara Penyediaan: Cara-cara untuk Masak Ayam Stim Herba

  1. Perap ayam

    • Lumur garam di seluruh ayam dan bilas dengan air.

    • Perap selama 20 minit dengan ½ sudu kecil gula, ½ lada putih, 1 sudu kecil kicap soya, ½ sudu kecil garam dan dua keping halia tua. Tempoh perapan yang lebih masak boleh menaik rasa.



  2. Tumis herba

    • Masukkan 1 sudu kecil minyak bijan ke dalam kuali dan tumis halia sehingga perang.

    • Masukkan campuran herba Cina: yu zhu, dang gui, kurma merah, longan kering dan  buah goji bersama 2 sudu besar air panas. Kacau sebati selama 2 hingga 3 minit.

    • Keluarkan dari kuali.

    Tumis herba


  3. Stim ayam dan herba

    • Letak ayam di atas kerajang aluminium atau kertas pembakar dan curahkan wain memasak Cina bersama herba.

    • Bungkus dengan menggulungkan penghujung aluminium atau kertas pembakar. Bila dibungkus kemas, haba kukusan dapat dikekalkan dan rasa dipertingkat.

    • Stim selama 1 hingga 1 ½ jam.

    Stim ayam dan herba


Saji dan Hidang!

Ayam Stim Herba sudah siap untuk dimakan. Resipi yang sangat ringkas ini padat dengan perisa dan dipenuhi khasiat yang bagus untuk anda.

Hidangkan Ayam Stim Herba bersama nasi putih atau boleh dimakan begitu sahaja.

Kongsikan gambar Ayam Stim Herba anda dan tag kami di Instagram!

Saji dan Hidang!

Ulasan

icon
Bahan-bahan
icon
Kongsi
Bahan-bahan
  • Hidangan untuk 3-4 orang
  • 3 paha ayam

  • 6 biji yu zhu(solomon's sealrhizome)

  • 4 keping dang gui(akar angelica)

  • 6 biji kurma merah(tanpa biji)

  • 10 ketul longan kering

  • 2 sudu besar buah goji

  • 2 keping halia tua

  • 1 sudu besar wain memasak Cina

  • 1 sudu kecil minyak bijan

  • ½ sudu kecil gula

  • ½ sudu kecil lada putih

Pemakanan
Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.