Bahan-bahan:

  • Hidangan untuk 2-3 orang
  • 2 ketul paha ayam tanpa tulang, tanpa kulit

    (dipotong dadu)

  • 2 biji bawang merah 

    (dipotong dadu)

  • 4 biji tomato 

    (dipotong baji)

  • 2 sudu besar kacang gajus (direndam dalam air panas selama 5 minit dan dikeringkan)

  • 2 sudu besar halia 

    (diparut)

  • 2 sudu besar bawang putih 

    (diparut)

  • 1 sudu kecil serbuk kunyit

  • 2 sudu kecil serbuk cili 

    (boleh diganti dengan serbuk paprika)

  • 1 sudu kecil garam masala

  • 1 sudu kecil garam

  • ½ biji lemon 

    (jus)

  • 2 sudu besar mentega tanpa garam

  • 1 sudu kecil madu

  • 2 cawan air

  • 1 cili merah besar 

    (dihiris - untuk hiasan)

  • minyak sayuran

Daftar untuk keahlian percuma dan dapat akses kandungan premium percuma sekarang & nikmati Manfaat Hanya untuk Ahli
Resipi Ihsan Daripada
Asian Food Network

Ayam Kunyit Tomato

{{totalReview}}
Ayam Kunyit Tomato adalah sajian Asia Tenggara yang merupakan sepupu kepada Kari Ayam, tetapi sangat berbeza dari segi rasanya. Ketulan ayam dilumur kunyit dan garam, disatukan dengan sedikit kepedasan daripada cili, rasa masam tomato dan santan kelapa berkrim. Hiaskan dengan cilantro dan tuangkan di atas nasi putih.
  • Sederhana
  • 45 min
  • 40 min
  • 15 min
  • 3 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • Sederhana
  • 3 langkah-langkah
  • 16 Bahan-bahan
  • 45 min
  • 40 min
  • 15 min

Cara Penyediaan

  1. Potong dan perap ayam

    • Bilas dan potong ayam menjadi ketulan kiub kecil.
    • Dalam mangkuk, campurkan kiub ayam bersama 1 sudu besar halia parut, 1 sudu besar bawang putih parut, jus lemon, 1 sudu kecil garam, ½ sudu kecil serbuk kunyit dan 1 sudu kecil serbuk cili sehingga menyaluti dengan sekata.
    • Biarkan ia diperap untuk sekurang-kurangnya 30 minit.

    | Untuk menjimatkan masa dan lebih berperisa, perap ayam pada malam sebelumnya.

    Potong dan perap ayam


  2. Sediakan kari

    • Dalam periuk dengan api sederhana rendah, panaskan mentega dan tumis bawang merah bersama 1 sudu besar bawang putih parut dan 1 sudu besar halia parut, sehingga bawang bertukar menjadi sedikit jernih.
    • Tambah tomato, ½ sudu kecil serbuk kunyit, 1 sudu kecil serbuk cili, 1 sudu kecil garam masala, kacang gajus, 1 sudu kecil madu dan 2 cawan air.
    • Gaul sebati dan biarkan mereneh dengan menutup periuk selama 20 minit, sehingga kuah menjadi pekat.
    • Selepas mereneh selama 20 minit, pindahkan kari ke dalam mesin pengisar atau pemproses makanan dan kisah sehingga halus. 
    • Biarkan sebentar.

    | Jika anda mempunyai mesin pengisar tangan, anda boleh kisar kari terus di dalam periuk.



  3. Masak kari ayam

    • Dalam periuk yang berbeza dengan api sederhana, panaskan 2 sudu besar minyak sayuran dan layurkan ayam selama 5 hingga 7 minit untuk mengekalkan jusnya. 
    • Apabila ayam sudah masak, tambah pes kari ke dalam periuk dan gaul sebati.
    • Biarkan masak selama 5 hingga 7 minit, kemudian alihkan dari api.
    Masak kari ayam


Saji dan Hidang!

Tuangkan kari ke dalam pinggan sajian dan hiaskan dengan hirisan cili merah dan hidang ketika panas.

|Hidangan ini boleh disajikan bersama nasi, roti prata atau roti kegemaran anda!

Saji dan Hidang!
Dapatkan resipi-resipi berinspirasi dengan suapan teroka yang baharu!
Lihat sekarang

Ulasan

Penilaian Keseluruhan

    Tunjukkan lebih banyak ulasan
    icon
    Bahan-bahan
    icon
    Kongsi
    Bahan-bahan
    • Hidangan untuk 2-3 orang
    • 2 ketul paha ayam tanpa tulang, tanpa kulit

      (dipotong dadu)

    • 2 biji bawang merah 

      (dipotong dadu)

    • 4 biji tomato 

      (dipotong baji)

    • 2 sudu besar kacang gajus (direndam dalam air panas selama 5 minit dan dikeringkan)

    • 2 sudu besar halia 

      (diparut)

    • 2 sudu besar bawang putih 

      (diparut)

    • 1 sudu kecil serbuk kunyit

    • 2 sudu kecil serbuk cili 

      (boleh diganti dengan serbuk paprika)

    • 1 sudu kecil garam masala

    • 1 sudu kecil garam

    • ½ biji lemon 

      (jus)

    • 2 sudu besar mentega tanpa garam

    • 1 sudu kecil madu

    • 2 cawan air

    • 1 cili merah besar 

      (dihiris - untuk hiasan)

    • minyak sayuran

    Pemakanan
    Tutup

    Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.

    Baca Polisi Kuki