Resipi Bahan-bahan Ayam

Resipi Ayam Asia

Kemudahan untuk mendapat dan sisi versatil ayam di Asia membuatnya antara bahan makanan yang paling popular di seluruh benua. Berita baik anda tidak perlu untuk melancong untuk  mendapatkan hidangan ayam yang menyelerakan. Asian Food Network sudah membariskan buat anda resipi ayam Asia yang paling autentik. Ini termasuk cara paling cepat untuk menyediakan daging ini dan buat yang memerlukan sedikit bantuan anda boleh belajar dengan mudah bersama kami.

Buku masakan kami mengandungi resipi Asia yang mudah dimasak dan juga yang memerlukan masa yang lebih lama. Walau bagaimanapun, anda boleh memilih untuk mengikuti langkah-langkah dan membuatnya di dapur anda sendiri dan mengeluarkan bakat cef Asia anda.

Belajar untuk memasak ayam

Untuk sesetengah, memasak ayam mungkin perkara yang sukar, terutamanya ketika anda mahu memastikan dagingnya masak sepenuhnya. Budaya yang berbeza mempunyai cara yang unik dan tradisional untuk memasak ayam, tetapi asasnya, teknik masakan boleh dibahagikan kepada:

  1. Goreng kilas
  2. Goreng
  3. Gril/barbeku
  4. Panggang/bakar

Di Asia, ayam boleh dijumpai dalam setiap kebudayaan - dari Nasi Ayam Hainan ke Ayam Belado, anda akan menjumpai cara penyediaan dan teknik masakan di seluruh budaya. Resipi ayam Asia menggunakan cara masakan unik buat kaum Melayu, Cina dan India. Triknya adalah menguasai variasi teknik yang and boleh cuba menggunakan resipi yang mudah diikuti. Video tutorial kami juga, akan membantu anda dengan lebih baik nanti

Resipi ayam buat semua orang

Sama ada anda mencari resipi ayam cepat atau yang memerlukan kepakaran yang lebih tinggi, anda akan menjumpai resipi yang tepat di sini. Peminat makanan dan masakan sudah memberikan kelulusan kepada resipi ayam kami, jadi mana satu kegemaran anda?

Masak bersama hidangan sayuran untuk disajikan bersama hidangan ayam anda nanti!

Lebih banyak inspirasi untuk anda

Kongsi Resipi
Tutup

Kami menggunakan kuki untuk meningkatkan pengalaman pelayaran anda, untuk tujuan analisa dan menunjukkan tawaran yang dirumus khas dengan minat anda di laman kami atau di laman pihak ketiga. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada Polisi Kuki kami.

Dengan mengklik "Terima", anda bersetuju dengan penggunaan kuki dan teknologi serupa.